Bab 5 Gomawo~ (BLOOM - astro)

Fanfiction - KPOP Series 1572

Aku mencelikkan sedikit mataku. Rasa letih tadi masih berbaki. Perasaan aku sekarang ni amat kosong dan pelik.

"Aku dekat mana ni?" Soalan pertama di lontarkan. Aku masih bingung dengan keadaan sekarang. Aku rasa di... dalam bilik dan bilik perempuan yang pasti. Tapi, aku tidak tahu empunya bilik... Kepalaku terus toleh kiri dan kanan. Aku mencari seseorang....

" Mana... Rocky" Aku melihat pakaianku mana tahu ada apa - apa terjadi. (faham - fahamlah ) Masih pakaian yang sama.

Krek....

Bunyi pintu terbuka membuatkan aku terkejut sedikit. Mataku terus tertumpu ke arah pintu bilik tu...

" Adik oppa dah bangun? Tadi pergi mana sampai penat sangat ni? " Bin oppa mengambil tempat duduk di sebelah ku. Sambil memandang ku dengan penuh kasih sayang. (cat eyes)

" Tadi berjalan - jalan dengan Rocky... Lepas tu kitaorang naik basikal sama -sama kat taman... " Aku dengan ceria menceritakan segala aktiviti aku dengan Rocky. Mesti ada yang tertanya macam mana aku boleh tau taman tu. Sebab masa alam aku Rocky ada tunjukkan taman tu dekat Vlive.( ni hanya rekaan semata - mata)

" Aau... adik oppa dah pandai cari kawan..." Bin oppa mula memandangku dengan cara mengusik. Aik? Aku pula yang bingung... Seriuslah adik bin oppa ni tak mesra? Dengan kawan... arr patutlah Rocky cakap Sara dengan bin oppa tu rapat macam pasangan kekasih. Tapi aku tengok elok je Rocky layan aku... dia tak rasa janggal pun??

" Cuma... saja jer. Er... oppa sekarang pukul berapa? " Aku mula ubah topik... macam mana aku nak habiskan cerita yang macam tak ada pengakhiran ni?

" Arr... pukul hati awak dalam hati saya... haha cia cia...." Aku tengok dia macam nak lumat je... nasib abang dan idol kesukaan aku. Orang tanya betul - betul dia main cia - cia pulak.

" Sorry... Hem sekarang pukul lala- er pukul 11: 15 pm. Kenapa tanya??" Bin beralih dari pandang jam ke muka adik dia yang cantik.

" Oppa tak tidur lagi?" aku mula kerut dahi ada juga rasa macam lama sangat aku tidur tadi. Tidur mayat ke?

" Oh... tadi oppa masak sebab nanti mana tahu adik kesayangan oppa ni balik lapar... tapi dia bukan main tidur nyenyak dekat atas bahu Rocky tu... sampai ada sungai lagi..." Aku memandang muka oppaku dengan riak wajah yang... luar jangkaan aku... A- aku T- takkan aku... air liur basi??

" O- oppa t- tipu kan... Takkanlah Sara buat su- tak... Sara tak pernah buat air liur basi pun sepanjang hidup Sara..." Aku betul - betul rasa bersalah dekat Rocky. Mesti badan dia sakit dukung aku... lama pula tu. Lepas tu... aku buat s... sungai?? Tak mungkin...

" Tak percaya tanya sendirilah..." Bin oppa mula memandangku dengan pandangan yang mengejek.

" Rocky tak balik lagi tu... baru je tadi balik. Jadi... Sara ada peluang nak minta maaf dekat dia..." Sambung Bin sebelum menutup pintu dan tak lupa dengan jongketan kening...

' Haih.... apasal air liur ni susah nak telan ni??'

Aku tanpa berlengah lagi aku terus bangun dari tilam dan keluar dari bilik tu tanpa menukar apa - apa pakaian yang dia pakai. Dan lari sepantas yang mungkin. Aku berlalu di sebelah oppaku yang sedang membancuh air kopi.

"Wo... Lajunya. Ya! Sara cepat balik tau." Bin oppa terus menoleh ke arah ku. Aku hanya membuat tanda ok.

.....

Sara keluar dari rumah bin oppa dengan keadaan yang tercungap tak cukup nafas.

"Ha... ha... fuh~ Penat... kenapa lah aku lari tadi... Wa.. wah! bintang!! Dah lama tak nampak..."

Sara terus berjalan mengikuti jalan yang hanya sehala. Tiba di sebuah tempat yang jalannya di pagari oleh taman bunga dan terdapat bangku yang telah diduduk oleh seseorang. Tempat itu juga tempat di mana bintang dapat dilihat dengan cantik.

Sara masih teragak - agak untuk duduk dengan lelaki itu atau bangku sebelah kiri lelaki itu. Fikirannya untuk mencari Rocky kini menggila dalam kepala otak. Tak nak kena tanggung malu lama - lama. Dah tiada idea Sara merasai lebih baik menenangkan fikiran dulu dengan duduk di sebelah lelaki itu. Pasal malu tu biar tolak ke tepi tak apa dia dah pandai tebalkan muka.

......

Dia yang dari tadi tekun melihat satu persatu bintang yang tak terkira nilainya. Tiba - tiba terasa seseorang mengambil tempat di sebelah bangku kirinya. Tiba - tiba hati ingin sangat melihat siapa orang tu. Dia pun menoleh ke arah 'orang itu'. Pandangan mereka bertemu dan dijangka hanya terserempak.

......

Aku baru sahaja duduk di sebelah lelaki itu. Mataku mula mahu melihat lelaki itu tampan atau tak. Dengan rasa teragak - agak aku pun menoleh. Pandangan aku berbalas dengan pandangan dia. Kenapa... kenapa pandangan ini... Membuat aku punya rasa bersalah tu datang balik. Habislah aku.....

......

"Er... awak dah bangun?" Rocky yang berada di sebelahku masih lagi memandang ku. Mata ku terus tertumpu dekat baju Rocky mencari.... (tahu - tahu jelah).

Rocky perasaan tingkah laku ku. Dia pun melihat baju dia. Dan terus memandang ku dengan wajah ke kebingungan.

"Er... Tadi... oppa saya kata saya ada buat sungai dekat baju awak." Aku terus bagi tahu dia dengan satu nafas. Gila malu.... Pipi ku terus membahang kemerahan.

Tiba - tiba bibir Rocky mengukir senyuman. Dia terus memandang Sara yang berada di sebelah kiri. Sara betul - betul membuatkan dia tidak boleh menumpukan sesuatu tapi... Sara perlukan tumpuan itu dari dia. Rocky terus beralih pandangannya ke arah jam. 11: 55 pm. Tinggal 5 minit je. Kehendak dia pergi ke sini hanya untuk melihat bintang sambil menyanyi or... rap.

Sara yang sekarang lain sangat dengan Sara yang dia kenal. Sara takkan datang jumpa dia dengan hanya perkara yang temeh macam ni. Tapi, tak tahu lah antara di terhantuk apa sampai baik sungguh dengan aku hari ni. Sampai sanggup duduk dekat cafe lama - lama dengan aku. Sebab tulah aku bersedia nak bagi surat tu...

" Tiba masanya...." aku mengambil tempat di sebelah Sara....

" Sara... a- awak ingat tak surat yang saya bagi tu?" Pandangan aku terus berbalas . Pandangan ini yang aku harap selama ni. Kita memang tak pernah serapat ini tetapi... keberanian yang muncul tiba - tiba membuatkan aku berani untuk mengenali lebih dekat Sara ni....

Sara memasukkan tangannya ke dalam poket baju dan keluarkan surat tu. Dia menunjukkan yang surat tu pada dia dihadapanku tanpa melihat muka ku.

" Oppa awak gurau je....Mana ada air liur basi dekat baju saya.." Kini muka Sara terus berubah dan memandang ke arah ku. Aku tahu aku cool~ Aku hanya memberi senyuman biar rasa bersalah dia berkurang.

" Bukalah..."

Aku membuka perlahan - lahan surat tu. Dan terlihat sekeping kad dan gambar. Aku keluarkan gambar tu terdahulu.

" Ni gambar masa kita sama - sama sekolah menengah. Masa tu saya... Sara, kalau saya bagi tahu awak nak tolak benda ni pun tak apa.... sebab perasaan ni memang dah lama terpahat dekat hati saya... Mula sekolah sampai habis sekolah. Saya cuma nak luahkan sahaja awak jangan ubah perlakuan awak bila saya bagi tahu perasaan ni... " aku memandang muka Rocky dengan mata yang tak berkedip. Semua yang dikatanya banyak maksud tersirat...

" Saya... su--"

" Ya!! Rocky kitaorang telefon tak angkat - angkat...." Aku dan Rocky menoleh ke belakang. Aku nampak muka dia kecewa... Tapi kenapa?

" Mian... Awak saya pergi dulu ni mesti diaorang salah info ni..." Rocky berlari ke arah MJ, Jinjin, Sanha dan... Eunwoo. Eunwoo memandang ku dengan senyuman manisnya yang menjadi kegilaan ramai.

Aku terus menoleh ke tempat lain. Takut jatuh hati... Aik? nak pergi mana? Apa salah info?

.....
" Wah! hyung dating dengan noona Sara... Au.."

" Mana ada..." Pipi Rocky terus membahang.

" Rocky... jom balik..." Jinjin mula mengajak Rocky dengan senyuman nipis. Ye, dia tahu betapa setia Rocky dekat Sara. Rocky selalu luahkan perasaan dia dekat Jinjin. Betapa sakit, pedih, dan dukanya hati Rocky dia tahu. Rocky kata dia hampir putus asa dengan harapan yang dia nak gapai. Tapi... sekarang bila tengok Rocky dah okey dengan Sara. Maknanya... dia berjayakan?

" Ok. Hyung nanti aku nak cakap sesuatu... tau jumpa dekat rumah..." Rocky meninggalkan Sanha, Mj, Jinjin dan Eunwoo... Dengan senyuman yang terukir di bibir.

" Jinjin kenapa dengan rock tu?" Eunwoo mula mendekati Jinjin. Pelik. Selama ni buka main munyuk je... Balik - balik macam orang tak ada perasaan macam batu.

" Dia... dah ada kekasih latu... Ya.. Eunwoo kau bila nak ada girlfriend? " Mj mula menolak - menolak lengan Eunwoo.

" Tengah tunggulah tu. Siapa lah yang akan dapat separuh hati dari Eunwoo? " Jinjin mula menyakat face genius dia orang. Dan Sanha... dari tadi tak di layan... Jadi dia ikut jejak langkah Rocky dari belakang.

Masing - masing cari maknae diaorang. Tak sampai beberapa minit semua dah membawa diri da...

.....
Sara yang berjalan pulang sambil membaca surat yang diisi oleh Rocky dengan penuh perasaan. Sampai dia dapat rasa betapa sukar untuk mendekati Moon Sara.

{Rocky - rock}

Hai Moon Sara. Saya nak bagitahu awak yang saya... ada perasaan baru terhadap awak iaitu kawan. Perasaan cinta lama yang saya pupuk dari mula kita kenal. Perasaan ini masih sama dah lebih dan tak kurang. Tetapi , saya tahu saya pernah bagitahu sebelum ni tapi... mungkin masa tu saya belum cukup matang untuk awak. Dan disebabkan tu... layanan awak makin berbeza seakan - akan awak benci tengok muka saya. Suka jauhkan diri dari saya dan bila saya cakap yang layanan awak dah kurangkan perasaan cinta tu. Ye... kurang sangat - sangat saya ada tak ada perasaan cinta langsung terhadap awak. Tapi tak tahulah kalau tiba - tiba perasaan tu boleh berbutik untuk kali kedua. Semoga awak dapat orang yang awak impikan.

(Happy birthday....
Selamat hari lahir yang ke 20 tahun setiap berjalan ni. Mungkin perasaan pedih itu akan hilang sikit demi sedikit. Gomawo~ sebab awak dah ajar saya cara kesetiaan dan kematangan. Saya akan tetap tunggu jawapan awak hujung nyawa sekalipun. Yang penting orang yang bersama saya adalah awak)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience