"Kenapa dengan adik oppa ni? Macam stress je?"
Suara lelaki yang berada di hadapan ku membuat aku terus memandang ke arahnya. Aku... Aku terkejut... I'm shock!! Kalau tadi aku rasa sejuk macam ais kutub utara sekarang , aku rasa macam mayat tak bernyawa. Sesiapa... Tolong aku dah tak boleh bergerak bila tengok muka lelaki tampan ni. Tolong... boleh kutip dia tak ???
"Haih... Adik oppa ni mengelamun lagi ker?" Lelaki di hadapan ku terus menunduk muka dan memuncungkan mulut.
Ekk... Merajuk pula macam mana nak tegur. Tadi baru je lepas blur. Makan pun tak habis, tenaga pun kurang sebab kesejukan. Haih... oppa depan aku ni dah melampau tau...
"Er... moonbin oppa~" aku terus menolak perlahan tangan dia. Tapi, ia tidak berjaya. Adoi... Apa watak dia sebenarnya? Boleh ke aku tanya? Em... malulah ** Dahlah aku ni peminat dia....Dia ni idol takkanlah main tegur - tegur pula... Tunggu dia tegur aku dulu...
( 5 minit kemudian)
Sunyi~
"Em... adik oppa dah makan?" Moonbin oppa memulakan perbualan. Dia merapatkan jarak duduknya dekat bersama aku. Aku hanya dia seribu bahasa. Serius aku tak boleh buka mulut. Beb... Tolong!! Mulut aku beku!!!
"Sara... kenapa? merajuk dengan oppa?" Oppa terus mendekatkan jarak mukanya ke muka ku.
Aku cepat - cepat menggeleng kepala. Aku nak tolong kepala dia suruh jangan dekat dengan kepala aku pun susah tau... Tiba - tiba dia merapat muka dia ke muka ku...
3 inci...
2 inci...
dan tiba - tiba rasa sangat dekat pula... aku terus memejakan mata... *dalam diam ada nafsu*
"Sara... bibir Sara dah beku ni!!! Pelayan... tolong buatkan hot latte... pali!! " Aku terus terkejut. Tiba - tiba oppa ku jerit macam nak terberanak kenapa???
Situasi Moonbin & Sara...
"Fuh~~ " aku menghirup perlahan air latte itu. Badanku kini sudah stabil seperti suhu yang telah ditetapkan ^^. Badanku telah ditutup dengan jeket sejuk Moonbin oppa. Rasa bahagia betul ?~
"Haih~ nasib baik tak jadi ais tadi... Buat terkejut je tau tak ?" Oppa terus menggosok perlahan rambutku. Sambil menghadiah sebuah senyuman yang paling manis didunia.
" Dae.. oppa nega mianhe...Oppa~ Sarakan... Err... oppa... Ar..." Asal aku gagap ni? Aduh tiba - tiba penyakit gagap ni datang balik... Aku melihat Moonbin oppa di hadapan yang setia mendengar penjelasan.
" Er... oppa Sara rasa... Sara... bu..kan adik oppa." aku terus meninggikan sedikit suara ku biar oppa dengar.
"Ha! Haha... You just kidding right? I know that... Oppa dah lama tau kenal Sara. So, don't joking like this... okey?" Bin oppa terus lagi meneruskan misi ketawa yang... begitu hampe...
" Ha Ha Ha," ketawa kekok . Apa yang lawak? Nak jujur pun lawak?
.....
Aku dengan Bin oppa dalam perjalanan keluar dari cafe tadi... Mati - mati aku ingat pasar raya. Kata oppa cafe ni bising sikit sebab ramai orang akan singgah sini bila time hari cuti. Aku memandang ke bawah dari oppa ku habis bayar bil sampai sekarang ni . Aku tak tahu nak mulakan perbualan dengan apa. Blank terus otak aku. Macam dah tak boleh fikir secara waras. Aku betul - betul mengikut dari belakang oppaku kalau di belok aku belok kalau dia senget aku sengetlah. Dah nama pun oppa.
Tiba Bin menghentikan langkahnya. Dan tanpa sengaja Sara melanggar badan Moonbin.
" Oppa kenapa tiba - tiba break emergency..?" Aku mula memandang ke wajah oppaku...
Kena sumpah ke dia ni??? Aku tengoklah mata oppaku pandangan ke arah mana. Depan... Okey aku pun tengok depan. Hah... ni aku tahu kes apa. Aku paling tak suka benda ni. Anjing...
" Sara oppa kira sampai tiga lepas tu lari tau... kalau ada apa - apa jangan risau oppa akan melindungi kau Yahai Adik..." Bin oppa mula mengundur ke belakang. Aku hanya mengangguk sahaja.
" Ok... Hana......."
" Kenapa panjang sangat hana tu.... Op--" Hampa oppaku lari lintang pukang ke belakang. Dia ni memang nak kena... Oi kata melindungi konon. Tuih betul!!! Mampus aku.... Baru je aku mahu ke belakang tiba - tiba aku terlanggar tin minuman yang datang dari mana entah ni???
"Kau memang nak kena... ( kata perlahan)" Anjing tu pun melihat aku sebagai mangsa pertama dia. Aku rasa ni anjing yang bawa penyakit tu....
Aku apa lagi lari tak cukup tanahlah jawapnya.... Laju betul anjing tu kejar aku hampir nak tercabut kaki aku ni.
Kung!!! Kung!!!
" Dah... aku... penat! Huh!!" nafasku terus tidak teratur nasib baik ada pagar... Haih, betul ke ni jalan balik ke rumah. Biar betul... Kalau betul aku sanggup tidur dekat cafe tadi lagi bagus. Aku baru sahaja nak pergi jalan nak ke cafe tadi tiba - tiba , aku terlanggar seorang pak cik tua ni...
" oh ... joesonghamnida " aku terus menunduk kepala ku. Untuk meminta maaf.
" Gwenchana... oh... Adik buat apa dekat sini? " Kata pak cik tu sambil memegang semangkuk makanan 'dog food' .
" Ar... ahjusshi... Saya saja je jalan dekat sini... Kenapa ahjusshi datang sini? Nanti kena gigit dengan anjing sakit tu..." Kata ku sambil menuding jari ke anjing yang kena halang dengan pagar.
" Haha... anjing tu tak sakitlah ~ Dia cuma lapar. Kenapa dia ada gigit kamu ke?" Pak cik di depanku terus melihat aku dari atas ke bawah. Aku terus menggeleng kepala.
" Maaflah kalau anjing tu ada kejar kamu~" Ahjusshi tu hendak membongkokkan badannya. Dengan rasa bersalah, aku cuba membatalkan niat dia dengan cuba untuk pegang bahu dia.
" Tak perlu pun ahjusshi. Lagi pun okey apa senam pagi - pagi..." kataku sambung tersenyum nipis.
" Saya pergi dulu ahjusshi... annyeong" Aku terus berlalu pergi lepas menundukkan sedikit kepalaku.
Ahjusshi tu hanya membalas senyuman sahaja.
Aku jalan je sepanjang jalan tu. Tak tahu jalan kita jalan je... Nasib baik ada satu jalan je... Nak cakap lorong ? Macam tempat kawasan perumahan... Jalan dia agak luas tak sempit...
" Bila nak sampai ni... Rasa macam dah 1 hari aku menempuhi segala halangan ini..." aku terus berjalan. Tiba - tiba aku ternampak papan cafe tu. Terus aku pecut tak ingat dunia...?
" Huh.... Akhirnya aku sampai. Yes!?" Baru je aku mahu masuk ke dalam...
" Sara..." Ada suara yang menegur ku dari tepi... aku terus menoleh memandang ke arah suara itu.
" Oh,Rocky... " Aku terus tersenyum apabila melihat empunya suara itu... Aku betul - betul tak sangka. Aku yang selama ni minat dekat orang tu dan sedangkan orang tu tak kenal kita... Tapi, sekarang orang yang aku minat, orang yang ada di depan mataku yang menjadi oppa ku ialah member ASTRO or ahli ASTRO sendiri. Adakah hari ni adalah hari bahagia??? Aku harap perkara ni berkekalan...
" Buat apa dekat sini? Cari hyung ke?" Rocky terus memandangku pelik.
" Er... Saya... nak... Ah, nak minum hot chocolate... hah tu lah pergi cafe. Saja nak luangkan waktu bersendirian. " kataku sambil buat - buat nak buka pintu cafe tu. Padahal duit satu sen pun tak bawa pergi sini pun bawa badan je... Manggie tu pun dah sejuk tak sedap Bin oppa suruh buang.
" Oh... yeke" Rocky menggosok perlahan leher belakangnya tu sambil tersenyum manis.
....... aku rasa nyawa aku tinggal 70 - 30 sekarang ni... Tolong jangan senyum... >_>
" Masuklah..." Kata Rocky bersama senyumannya yang tak pudar dari bibirnya.
" Ar??? Ma...suk?" kataku sambil memandang dia. Yang masih lagi di tempat yang sama, dan... masih lagi disitu... Tiba - tiba Rocky ketawa kecil...
Kenapa pula ni? Ada benda yang tak kena ke??? Kena serang penyakit ke sekarang ni? Aku memang dia dengan kening terangkat...
" Mian... mian. Er... Sara tak bawa dompet ke?" Kata Rocky yang membuat aku malu.... aku cuba tebalkan muka setebal yang mungkin.
" Ma... ma... macam mana tu?" pipiku terus membahang menahan malu. Apa tengoklah ni dekat bandar Seoul. Aku pulah pergi cafe tapi... tak da duit? Malu ni... muka nak letak mana?
" Ni Rockylah. Dari riak muka pun dah tahu... Eh, tak lah . Saya tahu sebab biasanya duit awak oppa awak yang bawa. Jadi tulah korang rapat sangat. Macam pasangan kekasih tahu??" Kata Rocky yang mula mendekati ku...
???? Tak tahu pun? Selama ni... aku tak ada boyfriend pun. Duit semua aku yang uruskan. Yuran sekolah sampai sekarang ni.... Tak pernah duit aku dipegang oleh mana - mana pihak . Kecuali duit aku yang dekat dalam bank tu...
Tiba - tiba aku merasakan pergelangan tanganku dipegang oleh seseorang. Dia menarikku masuk ke dalam cafe tadi. Dan dia terus duduk di hadapan cermin yang boleh nampak pandangan luar. Aku sebelah dia... Rasa macam dalam mimpikan. Rocky terus buat order dan duduk di sebelah ku sambil memegang satu alat yang bila pesanan dia dah siap ia akan menyala (?).
Aku tidak melepaskan pandangan yang lebih indah dari pandangan luar tu. Pemandangan ini sungguh indah. Yang tidak boleh dilakukan oleh aku sebelum datang sini. Dulu bukan main pandang dekat majalah... Sekarang... Aku sungguh tidak percaya ^-^? Rasa nak jatuh bangunan... Ni realiti ke tidak? Alam yang aku masuk ni?
Macam menarik... Tapi adakah ini hanyalah sebuah permainan? Atau pun cerita yang tidak mempunyai tajuk? Atau pun... Ini hanya khayalan aku je...
Aku terus menerus mengalihkan pandangan ke arah lain. Apa motif aku masuk dalam dunia ni? Dengan secara tiba - tiba pula tu... Apa... ini kegembiraan sementara?
"Sara... Sara?" Rocky terus memandang wajah ku pelik. Aku tidak perasan yang Rocky telah mengambil pesanannya tadi dan aku tidak perasan Rocky memanggil ku dari tadi. Dan.... aku tidak mengetahui yang... air... mata ku jatuh...
Aku terus mengelap air mata yang jatih di pipi. Lalu terus memandang ke arah Rocky... dengan senyuman.
" Gwenchana? " Kata rocky dengan riak muka yang agak cemas...
" Dae... nega gwenchana... Jangan risau..." Aku terus menenangkan dia.
" Awak jangan buat saya takut... Kalau hyung tahu mati saya kena campak" Kata Rocky sambil mengurut dadanya yang cemas tadi.
Aku tertawa kecil melihat tingkah lakunya itu. Tertawaku mati apabila melihat surat berwarna merah bercorak hati yang Rocky bagi tadi.
" Apa ni?" Kataku sambil memandang ke arah surat itu. Tiba - tiba di depan ada ayat yang berbunyi....
{ Jangan buka... }
{Buka bila pukul 12 tengah malam...}
P/S Betul - Betul masuk jam pukul 12
The Strong Rock
ROCKY
Aku memandang surat dan Rocky silih berganti. Aku terus melihat jam Rocky. Baru pukul 6 . 30 petang dab terus menyimpat kertas tu di dalam poket baju aku... baju berfasion?
Aku dan Rocky kini memandang ke depan. Tatkala kami merasa janggal-- Maksud aku... aku yang berasa janggal dengan situasi ini... Siapa budak yang selalu bersama Rocky sebelum ni? Dan Bin oppa? Aku bukan merampas hak orang lain kan?
Share this novel