Hujan mula lebat.Aku mula lapar bila time macam ni...Aku mula menyelongkar dapur dan...mendapati secawan maggi kari.Apalagi tuang air panas..mula letak perencah tunggu beberapa minit dan siap untuk di makan.
"Hmm syoknya dapat makan Maggi panas-panas masa hujan ni... ,"
Nama aku Sara peminat ASTRO nombor tujuh atau segala nombor bagi aku yang bertuah... Aku seorang tak banyak cakap dan tak selesa dengan orang yang baru kenal tapi kalau dia friendly dalam seminggu terus aku rapat dengan dia ^^.
ASTRO. Perkataan yang sangat familiar yang kita dengar bukan? Dulu TV ada beberapa saluran je and timbul pula ASTRO yang mempunyai 300 lebih saluran. Tak ke gitu? Aku seorang yang suka memendam. Ayah dengan Ibuku sibuk dengan kerja masing - masing sampai aku dekat kena palau je. Ibu dengan ayah kadang balik lewat dan kadang - kadang tak ingat jalan rumah? Hidupku penuh dengan bersendiri. Kadang - kadang masa darjah enam stress nak buat karangan pasal keluarga ni. Boleh sampai tiga hari suci lagi murni buku tu.
Sebab tu... Ia boleh mengajar aku apa erti hidup sendiri dan lebih berdisiplin. Aku tidak ada tempat bergantung 'bagai layang - layang putus tali..' peribahasa yang paling aku ingat -_-. Sadis ke kehidupan ku? Harta pun tak boleh buat gembira. Lagi satu aku seorang yang suka cakap sendiri **.
Sebab tu aku teringin merasai mempunyai abang ? Lagi dikasihi dan sayangi...?
(Ok... cukup dengan pengenalan ini)
" Fuhh~ Panas^^. Hem... Sara... Sara suka betul kau berangan... Haih kau nak masuk alam lain? Hehe Mustahil ..." aku mencipta sebuah senyuman nipis kerana fikir yang kalau boleh aku nak lari dari rumah ni, dari masalah keluarga semua tu dengan memasuki alam lain...
Selang beberapa minit aku rasa pelik dengan keadaan yang tadi sunyi dan sekarang riuh seperti di kedai makan...
Suhu sejuk semacam je keadaan tidak seperti sebelum ini.
Aku mula memandang sekelilingku. Ada perasaan takut... Nak nangis pun ada, rasa blur -_-/// tu penting...
" Aku dekat mana ni?" Aku rasa kebingungan dengan keadaan sekeliling sungguh riuh rendah. Sampai aku tak dapat dengar satu persatu apa orang yang duduk sambil minum tu cakap. Tapi aku tertarik dengan segerombolan(?) eh... macam tak kena ayat tu. Sekumpulan lelaki yang amat bergaya...
Aku memandang mereka dari jauh. Dalam... selang dua meja gitu. Mejaku depan kaunter pembayaran. Lalu, aku sepetkan mata untuk dapat melihat lebih jelas gelaran jejaka yang tampan ini.
"Ah... Tak mungkin???" Rasa macam nak lari, nak jerit je aku masa tu. Nasib ada orang ramai control sikit. Lelaki dekat meja ketiga tu ialah...
ASTRO. Ye, ASTRO idol yang aku minat selama ni kini menjadi realiti di hadapan ku...tetapi kurang seorang iaitu Moonbin tidak ada. Mungkin pergi tandas kut?
Aku rasa macam dah beku dekat sini... Rasa macam jadi ais dekat kutub utara. Sekarang...1001 soalan betul - betul dalam otak aku. Aku rasa mimpi ni...
"Sara... Kau tengah mimpi je sekarang ni don't believe your dream right now." Aku terus pejamkan mata dan berharap agar aku bangun dari mimpi yang unbelievable ni. You know it is impossible. Aku terus membuka mata perlahan - lahan.
"Tak mungkin... Sara you have get up," Aku terus raup(?) mukaku. Apa sebenarnya yang terjadi?..Aku mula melihat keadaan aku sekarang ni...
Tiba-tiba...
Share this novel