Jam 3.00 pagi,nisrina yang baru mamai dari bangun tidur,segera turun ke bawah dan menghampiri dapur,dia membuka petik ais,almari almari di atas dan bawak mencari makanan untuk dimakan,namun tiada satu pun dia berkenan untuk makan,sedangkan barangan makanan dan minuman di dapur complete.
Akhirnya dia hanya mengambil susu strawberi yang baru dibeli semalam dan tuangkan ia dalam cawan.Bahunya dihentak seseorang dan minumannya hampir tersembur rupanya itu Hakimi.
Nisrina"Kau ni,buat terkejutlah"
Hakimi ketawa kecil.
Nisrina berasa pelik dengan pandangan Hakimi terhadapnya saat itu.
Nisrina"Kau ni,pandang atas bawah,atas bawah,kau nak buat sesuatu dekat aku ke"
Hakimi"Mana ada,kan dah lama tak jumpa"
Nisrina"Eh kita baru berpisah bertahun bukan berpuluh tahun"
Hakimi"Aku nak tanyalah"
Nisrina"Pukul 3.00 pagi ni,kau nak tanya apa"
Hakimi"Tentang pembunuhan parents kau,kau dah tahu lebih details"
Pertanyaan yang menghilangkan kata kata nisrina
Nisrina menarik nafas lalu
Nisrina"Bende ni dah lama,lama sangat,aku memang berharap orang sekeliling takkan tanya aku tentang hal ni,tapi manusia,diorang ada hak untuk tahu,dan aku sendiri tak tahu hakikat,punca,motif dan apatah lagi sebab kan,dahlah jangan tanya aku lagi tentang hal ini"
Hakimi"Maaflah,aku akan berusaha untuk baiki diri,supaya tak tanya hal ni lagi,tapi kan,kau,tak rasa sebak ke sedih ke,bila cakap tentang parents kau,aku jarang tengok kau nangis"
Nisrina"Buat apa nak nangis,bende pun dah lepas"
Hanya tuhan yang tahu bertapa hancurnya hati seorang gadis kecil yang terpaksa tumbuh tanpa ibu bapa.
Tapi ini nisrina,semua orang menganggapnya tak punya hati kan.
Pagi pagi lagi,nisrina sudah keluar untuk ke kelas.
Di dalam kelasnya,dia merasa dirinya tersisih,rakanya Rozana,hanya berjumpa dengannya bila ada waktu terluang,selebihnya dia bersama rakan karibnya yang lain,mungkin kerana nisrina gadis Introvert.
Nisrina berasa kosong,dia sangat memerlukan tempat bercerita,tapi apakan daya,rakannya juga menganggap dia tidak punya hati dan perasaan hanya kerana dia menampilkan dirinya yang ego dan keras.
Pensyarah meminta semua pelajar dari kelasnya melakukan kerja berkumpulan sebelum cuti sem,dan perlu dihantar selepas 6 minggu.Nama ahli dan kumpulan hendaklah diberikan hari ini.
Nisrina memanggil rakannya sambil memberikan senyuman yang lebar
Nisrina"Kau kumpulan dengan aku eh,aku tak ada kawanlah"
Rozana"Tak naklah dengan kau,aku dengan kawan aku yang lain,lagi pun,kau kurang bagi
kerjasama kalau kerja kerja kumpulan ni"
Nisrina"Oh macam tu,tak apelah,aku cari yang lain"
Rozana menyampuk lagi sekali
Rozana"Kalau kau cari pun diorang bukan nak dengan kau,baik kau jumpa pensyarah,kata kau solo,tengok diorang,ramai dah ada ahli yang cukup"
Perubahan mood nisrina berlaku.
Nisrina"Terima kasihlah,nasib kau boleh selesaikan masalah aku"
Rozana"Tulah,lain kali belajar bercampur dengan orang,kan kau yang sensara,dah lah,pergi bagitahu cikgu"
Seorang rakan,bende biasalah ada sisi baik dan kurang baik,yang baik kita ikut,yang kurang baik tak payahlah ikut
Tengku Hakimi berada di rumah dengan Cik Siti sahaja,sedang cik Siti fokus mengemas rumah,Hakimi menyelinap masuk bilik pejabat Dato' Yahya.Entah apa yang ia cari.Dia membuka laci dan beberapa almari dalam ruangan pejabat itu,dia menemukan banyak sampul surat coklat.Dia membuka satu persatu,lepas 30 minit berlalu,satu sampul surat yang kurang tebal sangat mengejutkan hatinya setelah ia lihat dengan matanya sendiri.
Hakimi"Apa bende ni,takkanlah"
Nisrina pulang sangat awal hari ni,mungkin kerana kecewa dan rasa hampa yang gila,malah dia tertanya,sama ada orang jauhkan diri dengan dia,atau dia cuba jauhkan diri dari orang lain
Cik Siti"awal balik"
Nisrina"Cik Siti dah makan"
Cik Siti"Dah,nisrina nak makan ke minum kalau nak cik Siti sediakan"
Nisrina"Tak nak kot,nanti nisrina nak,nisrina ambil sendiri macam selalu"
Nisrina"Eh,Hakimi mana cik Siti"
Cik Siti teringat
Cik Siti"dekat atas rasanya,dia tak keluar hari ni,lama juga dia sembang dengan cik Siti,lepas tu dia naik atas,kenapa"
Pandangan cik Siti meragukan
Nisrina"janganlah pandang macam tu,scary tau tak"
Cik Siti"okeylah,cik Siti nak sambung kerja"
Nisrina mengangguk.
Hakimi yang berada di dalam ruangannya seperti memikirkan beban yang agak berat
Hakimi"Patut ke aku bagitahu"
Hakimi"tapi ni kan masalah keluarga dia,takkan aku nak masuk campur"
Hakimi"tapi kalau tak bagitahu rasa bersalah nanti"
Hakimi menghela nafas yang sangat panjang dan memandang sampul surat itu.
Bersambung......
Share this novel