Aku berlari keluar dari rumah ku yang besar itu,dengan baju ku yang sudah berlumur darah,serta tanganku turut menyertai sekali,aku berlari sekuat hati bagaikan aku sedang menyertai pertandingan larian dunia
Aku sendiri mendengar beberapa tapak kaki yang ingin mengejar dan mendapatkan ku,aku telah menyangka mereka lelaki,aku tak bisa melihat wajah mereka saat malam yang semakin larut itu,aku berlari saat itu
Ah aku mula rasa ini semua gila!!
Aku takut!!
Aku berharap ada yang mahu membantu aku!!
Tapi tiada!!
Setelah putus harap,aku masih berharap dan terus berharap
Tolong!!tolong!!tolong aku!!
Itu yang aku jeritkan dalam hati saat ini.Aku menuju ke sebuah lorong gelap,aku bersembunyi disitu,aku menggigil ketakutan dan keseluruhan badanku berpeluh.
Dalam beberapa detik,aku meninjau keadaan sudah rasanya semakin pulih,lalu aku berpaling dan sesuatu mengejutkan berlaku kepada ku
15 tahun kemudian,
Nisrina telah tinggal dengan bapa saudaranya selepas kematian ibu dan bapanya,Dato' Yahya Azharrudin,nama yang cukup terkenal.Ramai yang tidak tahu beliau tak mempunyai anak mahupun isteri,apatah lagi kehadiran Nisrina anak saudaranya yang ia rahsiakan bertahun lamanya.
Yahya Dan Nisrina sudah bagaikan seorang bapa dan seorang anak.
Sewaktu Makan Tengahari,
Dato' Yahya fokus dengan makanan dan minuman di depan matanya, disampingnya kelihatan seperti seorang lelaki, bukan bodyguard,tapi PA Dato' Yahya (Muhammad Zakri Zukhni)
Nisrina memulakan percakapan
Nisrina"Papa,nis nak tanya sesuatu"
Dato' Yahya"Panggil Uncle,Uncle Bukan Papa,Boleh tak nis tolong
ubah cara percakapan nis,dah lama Uncle tegur bende ni,tapi still sama"
Nisrina"Tak boleh ke,nis anggap Uncle papa nis,bende kecil macam ni pun,boleh jadi isu besar ke"
Dengan nada yang tinggi bapa saudaranya menyambut
Dato' Yahya"Ibu dan Bapa nis,dah meninggal tersangatlah lama,jadi takkan ada orang yang boleh ganti tempat papa nis,apatah lagi ibu"
Nisrina"Oh kerana ini masalahnya lah"
Dato' Yahya membantah
Dato' Yahya"Bukan"
Nisrina"Okey,Okey Uncle,nis akan panggil Dato' Yahya Uncle,Untuk puaskan hati Uncle dan sakitkan hati nis,nis sanggup"
Dato' Yahya telah mengecewakan hati nis saat itu,tapi Dato' Yahya tetap dengan egonya dan menghiraukan semua itu
Walaupun kehidupan Nisrina serba mewah,dia tetap terpelajar menjadi seseorang yang harus berdikari,hari ni mahupun hari seterusnya dia diajar untuk ke kolej menaiki pengangkutan awam,sangat pelik.
Kereta mewah yang ada sekadar hiasan diluar rumah untuk apa?
Dato' Yahya tak menyediakan pengangkutan dia pulang dan pergi dari dia kecil sehingga gadis itu dewasa,bagi Dato' Yahya,Nisrina harus belajar,hidup tanpa perlu berharap harta orang lain,dan Nisrina tak pernah memandang satu sen pun harta Dato' Yahya.
Sedang Nisrina termenung didalam kelas,kawan karib nya menyapa Nisrina.
(Nur Rozana Amira)
Rozana"Jadi tak"
Nisrina"Jadi Apa"
Nisrina kebingungan
Rozana"Pergi Camping cuti sem nanti,alah takkan papa kau tak bagi,kau bukan pernah keluar dengan aku"
Nisrina"Kalau bagi sekalipun,aku tak nak pergi,kau ajak lah orang lain"
Rozana"Kau ni Introvert sangatlah"
Nisrina"Sorry,tapi aku memang tak nak"
Rozana"Aku tahu,papa kau dah didik kau sebaiknya,tapi kau Kene bergaul,Kene cari vibes baru dalam hidup,untuk lebih maju maksud aku,aku bukan nak bawak kau dekat dunia yang kotor,tapi aku nak,kau jadi orang yang terbuka,jadi manusia yang pandang dunia ni luas bukan kecil"
Rozana tersenyum kepada Nisrina dan itu membuatkan Nisrina rasa bersalah
Bersambung.....
Share this novel