Setelah beberapa hari berlalu,Nisrina telah pun dibebaskan Dato' Yahya dari penjara yang memerangkap perasaannya saat itu,Dato' Yahya tidak pernah senang duduk selepas kedatangan Dato' Musli,dia mengawal hidup Nisrina dengan begitu ketat saat ini,Dato' Yahya menyediakan kenderaan dan driver pergi dan balik dari kolej,selepas pulang kolej ,tidak boleh merayau kemana mana dan terus pulang rumah.
Nisrina akur dengan perintah Dato' Yahya.
Nisrina hadir ke kelas dan duduk di tempat dia seperti biasa,Rozana terus menghampirinya,dia memberikan 3 helai kertas berkelip kepada Nisrina.
Nisrina terus membaca tanpa berfikir lagi, agak lama juga,dia cuba memahami isi dalam kertas tersebut.
Nisrina"Siapa yang suruh kau,suka suka buat keputusan"
Soalan itu terlempar luar jangkaan Rozana.
Rozana"Selama ni okey je,maksud aku,kau okey je kalau aku buat keputusan untuk kau,lagipun aku dah watsap kau dekat beberapa hari,kau tengok pun tak,jadiii"
Nisrina"Aku dah bagi keputusankan,aku cakap aku nak solo,aku nak solo"
Rozana"Nisrina!,cuba buang ego kau,tak perlu pentingkan diri sangat"
Nisrina"Aku pentingkan diri"
Rozana"Ialah,habis siapa,aku,aku cuba buat sesuatu yang terbaik"
Nisrina"Kau buat semua ni untuk diri kau,untuk kawan kawan kau yg kau sayang sangat tu,bukan untuk aku"
Bertapa perlahan ya intonasi yang dilemparkan Nisrina kepada rakannya,walaupun ia dalam keadaan yang kecewa.
Rozana"Tak kisahlah apa kau nak cakap,Selasa ni,kita sekumpulan Kene presend,aku harap,kau boleh bagi kerjasama"
Rozana berlalu pergi meninggalkan Nisrina
Nisrina berasa kecewa saat itu,dengan sikap Rozana,namun apakan daya,Nisrina malas untuk mencetuskan pergaduhan.
Pulang dari kolej,masa yang tepat,driver nisrina sudah menunggunya diluar kolej,siap membukakan pintu lagi,Pengintip Dato' Musli saat itu,memerhati situasi tersebut,dia berasa agak susah sikit waktu sekarang untuk mencari peluang dan ruang.
Jam 10.00 malam,Nisrina menonton tv seperti biasa,kebiasaannya dia akan membaca novel,tapi hari ni,dia tiada mood untuk itu.
Zakri menegur Nisrina sebelum dia pulang.
Zakri"cik nisrina,cik tak tidur lagi"
Nisrina menggelengkan kepalanya.
Zakri"Hari ni Dato' balik lambat sikit,dan lagi satu,ubat saya dah letak dekat tempat,macam biasa,cik nisrina Kene makan ubat,jangan stop,kalau dah tinggal sikit,cepat cepat bagitahu saya yeh,saya pergi dulu,saya ada urusan"
Nisrina"Saya nak cakap dengan awak kejap,kalau boleh"
Zakri"Boleh,apa salahnya"
Nisrina" Dah beberapa tahun kan awak berkhidmat untuk Uncle,jadi awak mesti tahu semuanya terlebih dahulu sebelum saya"
Zakri"Terus terang jelah,cik nisrina nak tanya apa,saya akan jawab,ini antara saya dengan cik nisrina saje"
Nisrina bangun dan menghampirkan dirinya dengan Zakri.
Nisrina"Tak guna kalau saya tanya,kebenarannya,awak akan report semuanya dekat Dato' juga,selama ni,apa saya tanya,apa yang saya bagitahu,awak inform dekat Dato' "
Zakri"Saya cuma jalankan tugas saya,ini kerja saya,hasil pendapatan saya,jadi tak salah,kalau saya jalankan kerja saya"
Reaksi wajah Nisrina saat itu sungguh menggerunkan,siapa lihat pasti ketakutan.
Nisrina "Orang dalam rumah ni,semua hipokrit"
Nisrina menutup Tv dan membawa dirinya pergi ke bilik tidur.
Hakimi mengetok pintu bilik Nisrina lewat malam.
Hakimi"Sorrylah kacau kau malam malam ni"
Nisrina"Tak apa,aku pun belum tidur,ah kenapa"
Hakimi"Esok atau hari ni,aku nak balik rumah family aku,jadi kita memang tak akan kerap berjumpa lagi,jadi kau,kalau ada apa apa,kau watsap je aku,col pun aku okey,kau boleh luahkan dekat aku,lagi pun,kau dah macam adik aku,kalau aku anggap girlfriend aku,kau tak nak col aku nanti"
Nisrina dan Hakimi ketawa kecil.
Nisrina"Emm,kalau kau nak singgah sini,bagitahu Dato' siap siap,aku minta maaflah,pasal kedatangan kau waktu tu,aku macam tak suka,nanti dah gerak,kau col aku,tak pun watsap"
Hakimi"Mestilah,dah lah,kau tidur,esok kan kau ada kelas,nanti kau ngantuk dalam kelas aku pula yang kau salahkan,sorry ganggu kau malam malam,selamat malam"
Nisrina"Selamat Malam juga"
Pada pagi itu,biasalah suasana pagi yang sepatutnya disinari cahaya,pasti akan tegang apabila melihat wajah Dato' Yahya.
Dato' Yahya"Ingat,balik kolej jangan merayau"
Nisrina"Tahu Uncle"
Dato' Yahya"Kenapa tak nak bantah Uncle"
Nisrina"Uncle dah jadikan Nisrina macam tunggul yang tak ada hati dan perasaan,nak tak nak,Nis tetap Kene tunduk dengan Uncle,Nis pergi dulu"
Dato' Yahya agak terkesan dengan kata kata yg baru Nisrina lemparkan padanya.
Shilla yang berada di rumah Dato' Musli,bersarapan sama sama dengannya.
Shilla"Bila you nak bertindak,nak tunggu Nisrina gila,baru nak bertindak"
Dato' Musli "Apa you ni cakap macam tu"
Shilla"You lembab lah Musli"
Dato' Musli "Nis tu bawah pantauan Dato' Yahya sekarang,kalau l masuk time tak Kene,boleh hancur plan l"
Shilla"Hantarlah l,l perempuan,dia perempuan"
Dato' Musli"Shilla,ini bukan soal jantina"
Shilla"Habis tu"
Dato' Musli"I cuma nak nis dalam keadaan yang baik,itu saje,l tak nak hancurkan hidup dia,macam mana Dato' Yahya buat"
Shilla"I bukan nak pressure you,lagi lama you biarkan Yahya hidup dengan Nis,tiba masa budak tu akan jadi keras,dan masa tu,tak ada apa yang boleh runtuhkan kepercayaan dia pada Dato' Yahya lagi,walaupun you sebagai halangan,jadi, plan cepat cepat,biar kita nampak Beria dan bodoh sekarang,bukan bengang suatu hari akan datang"
Di dalam kelas,semua pelajar sedang fokus menghadap pensyarah mereka,dan selepas beberapa minit kelas berakhir namun tersisa 30 minit lagi sebelum kelas pensyarah lain bermula,hari ini nisrina agak sibuk sedikit,dalam berapa hari lagi akan bermulanya perbentangan berkumpulan sebelum cuti sem nanti.
Nisrina berehat di cafe,di depan ada secawan coffee dan sebungkus roti berperisa coklat.
Berapa terkakunya Nisrina apabila melihat Dato' Musli yang tiba tiba datang di depannya bersama 2 pengawal laki laki di kiri dan kanannya.
Dato' Musli memberikan senyuman kepada Nisrina terlebih dahulu
Dato' Musli"Saya tahu cik nisrina tak banyak masa untuk bercakap dengan saya,saya cuma nak cakap perkara penting sahaja"
Nisrina tidak memberikan respon.
Dato' Musli"Tolong percayakan saya"
Nisrina terus memandang wajah Dato' Musli.
Dato' Musli "Saya merayu cik nisrina,saya cuma nak,cik nisrina selamat dan sihat,saya dah banyak berikan luka dalam kehidupan cik nisrina,saya tinggalkan cik Nisrina sehingga cik nisrina diseksa,saya punca segala galanya,jadi izinkan saya untuk tebus segalanya."
Nisrina"Saya tak faham apa yang Dato' Musli cuba sampaikan,tapi apa yang saya rasa, Dato' macam dah kenal saya terlalu lama"
Dato' Musli"Cik fikir balik,manusia mana ,yang nak datang merayu pada orang yang dia tak kenal,kecuali orang gila,saya tebalkan muka saya,bukan sebab saya tembok,tapi saya ada tujuan,percayalah saya,percayakan saya,itu takkan rugikan cik nisrina,suatu hari akan ada untung disebalik kepercayaan cik nisrina pada saya,Saya merayu"
Nisrina mula merasakan simpati saat itu.
Hakimi mengemas barang nya sebelum ia pulang ke rumah,dia ditelefon oleh seorang doktor,siapa doktor tersebut?kenapa dia perlu menelefon Hakimi?
Reaksi Hakimi keatas panggilan telefon tersebut agak serius.
Hakimi "Terima Kasih"
Hakimi "Saya cuma harapkan dok terus berlakon,saya cuma risaukan kesihatan dia"
Hakimi " Saya tahu dok tak pentingkan duit selain pesakit,sebab itu saya perlukan dok,saya harap,dok boleh tolong saya dan dia,terima kasih lagi sekali "
Hakimi"Baiklah dok,baik"
Bersambung.....
Share this novel