BAB 4

Humor Completed 812

“Non Tara … ooo non…” Bibik memanggil Tara di biliknya
a.k.a store rumah tu.

“Ada apa bik?” Tara terus menanya sebaik pintu di buka.

“Tuan Muda mahu Non ke biliknya. Sekarang juga.”

“Huh… malas saya. Cakap saya dah tidur.”

“Tapi Non… kalau Non enggak mahu ketemu Tuan Muda. Nanti Tuan Muda
enggak mahu makan. Bik takut Tan Sri marahin Bibik. Non tolong ya… pergi
ke bilik Tuan Muda. Gayanya mahu Non tukarkan balutan kepalanya.”

“Yala-yala… saya buat nie sebab Bik tau.” Tara dengan malas terus
menutup pintu dan mengikut Bibik memasuki rumah. lambat-lambat kaki di
atur ke arah bilik Somad .

Dalam hati tak habis-habis Tara menyumpah. Sejak-sejak hilang ingatan
nie. Somad dah buang tebiat!

Tanpa mengutuk pintu Tara terus masuk bilik Somad . Natijahnya Tara
ternampak Somad hanya berseluar pendek sedang memakai baju...

“Sorry…” Tara nak keluar semula tapi di tahan Somad .

“Nope, masuk ja dah siap pakai baju dah.” Dia tersenyum. Tara buat
muka menyampah. Nie yang Tara meluat. Somad dah lain! Kalau dulu tak
pernahnya dia nak senyum dekat Tara . Tapi sekarang pantang nampak Tara
mesti dia tersengih-sengih.

“Kenapa suruh datang sini?”

“Tolong tukarkan nie.” Dia menunjuk balutan di kepalanya.

“La, yang sakit kepala kau, tangan aku tengok dua-dua elok lagi. Balut
lah sendiri. Menyusahkan aku ja.” Lagi sekali Tara nak keluar dari bilik
tu. Tapi Somad menarik tangannya.

“Saya balut tak kemas. Awak balut kemas… lagipun saya dah biasa awak
yang tukarkan balutan nie. masa kat hospital selalu awak yang buatkan
untuk saya.” Somad buat muka kesian.

Tara mengalah. Mereka duduk dibirai katil. Berhati-hati tanggannya
membalut kepala Somad . Yang Somad pulak ambik kesempatan merenung Tara ,
dari rambut ke dahi, dari dahi turun ke mata ke hidung dan akhir sekali
ke bibir. Lama dia merenung bibir comel Tara . Sampaikan Tara tak selesa.

“Mata tu jaga sikit boleh tak. Aku cucuk karang biar buta baru kau tau.”
Tara mengugut Somad tapi Somad hanya ketawa kecil.

“Sampai hati sayang nak cucuk abang. Tak sayang ke kat abang?”

Tara menjuling mata naik atas. “Pakai bahasa biasa boleh tak? Bahasa
yang kita selalu guna. Aku kau! Bukan saya awak. Bukan abang sayang!
Sumpah geli tekak aku nie. Nak termuntah.” Tara buat aksi nak termuntahnya.

Somad hanya ketawa. “Comel sayang buat macam tu.” Tara rasa nak pengsan.

“Dah siap kepala kau nie. Tu makan nasi yang bibik masak. Kesian dia
kalau kau tak makan Daddy marah dia pulak.”

“Sayang temankan abang makan ya.” Somad menarik perlahan tangan Tara .

“Eii, lepaslah. Kau nie betul la ke tak ingat langsung pasal kita? Kau
dengan aku guna bahasa aku kau bukan abang sayang. Ke kau buat-buat
lupa? Orang lain semua kau ingat. Aku kau tak tak ingat. Kau nak
pekenakan aku lagi kan? Baik mengaku.” Tara mendesak Somad .

“Tak la abang betul tak ingat apa-apa pasal kita. Buat apa nak menipu?
Sayang teman abang makan ya… please…” Somad dah mengeluarkan
wajah innocent dia.

Tara dah serba salah. Dia tau kalau tengok muka innocent Somad mesti
dia lembut hati.

“Mengada. Makan la cepat aku tunggu kat sini.” Kan tengok… Tara dah
mengalah.

“Sayang suapkan abang…”

“Pangggg!” sekali Somad kena lempang dengan Tara . Hahaha.

“Mengada kau ingat kau budak kecik nak bersuap-suap. Makan sendiri.”
Tara buat muka garang.

Terdiam terus Somad … laju ja tangan dia ambik sudu kemudian suap
sendiri! Hahaha. Tau takut bini.

Selesai saja Somad habis makan Tara terus bangun.

“Nak ke mana tu?” Somad tanya.

“Balik bilik aku la. Tanya lagi.”

“Apa pulak. Sayang isteri abang kan… so, bilik sayang kat sini la.”
Somad menahan Tara dari keluar dari bilik tu.

“Jangan nak cari pasal dengan aku la malam-malam nie. Dah la tadi
mengada nak macam-macam. Aku nak balik bilik aku. Aku nak tidur, penat
tau tak layan kerenah kau nie. Dah tepi aku nak keluar.” Tara menolak
badan Somad yang menghalang jalannya...

“No! abang cakap tak, maknanya tak. Mulai hari nie bilik sayang dekat
sini. Tara kena tidur dengan abang malam nie. Muktamad.” Somad terus
menarik tangan Tara .

“Lepas lah Somad . Aku nak balik bilik!” Tara meronta-ronta.

Sebaik pintu bilik tu dikunci dari dalam dan lampu terpadam, suara Tara
pun turut sama terpadam. Diam terus tak berbunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience