BAB 12

Humor Completed 812

“Somad memang betul apa yang Tara cakap tu. Memang dia punca awak tak
sihat selama nie. Punca kepala awak sakit selama nie.” akhirnya doktor
muda tu mencelah perbualan Tara dengan Somad .

Tara makin kuat esak tangisnya bila dengar ayat doktor muda. Somad pelik.

“Apa yang doktor cakap nie? doktor jangan nak bawak fitnah kat sini.
Isteri saya tak da kena mengena dengan sebab saya sakit.” Somad bengang
bila orang tuduh bininya macam tu. Sapa tak sayang bini oiii.

“Betul tu Somad . Apa yang Dr. Rahman cakap memang betul Tara yang
sebabkan kamu sakit.” Tan Sri Ku Arshad pula menyampuk.

“Abang Tara mintak ampun…” Tara mati-mati ingat disebabkan peristiwa dia
sepak kepala Somad sampai dua kali tu punca Somad sakit. “Tara salah.
Tara yang buat abang sakit.” Makin lebat air mata Tara turun.

“Doktor tipu! Kalau betul apa sebabnya?” Somad dah mula bengang, kalau
bukan sebab dia terlantar atas katil nie memang dah lama lebam sebelah
mata doktor tu.

“Terus-terang sahaja Man. Biar Somad tau Tara punca dia sakit.” Tan Sri
Arshad masih serius riak wajahnya.

“Sebenarnya…” Doktor muda tu terdiam. Dipandang wajah Tara dan Somad
silih berganti. Kemudian ke arah Tan Sri Ku Arshad pula. Daddy
menganggukkan kepalanya tanda ‘Teruskan.’

“Baiklah. Sebenarnya… Puan Tara awak menghidapi ketumbuhan yang serius.
Dah lama ketumbuhan nie membesar dalam badan awak. Dah 3 bulan.”

Somad terkejut. Tara rasa nak pengsan.

“Habis tu kenapa suami saya pulak yang sakit doktor?” Tara cuba tabahkan
dirinya mendengar berita yang baru disampaikan tu. Dia sakit. Dia ada
ketumbuhan dalam badannya?

Tiba-tiba Dr. Rahman dengan Daddy tersenyum. Somad dengan Tara rasa
pelik sangat. Anak menantu sakit pun Daddy boleh senyum??

“You’re pregnant Puan Tara . Dah 3 bulan.” Dr. Rahman berterus-terang.

“Hahh?!” serentak Somad dengan Tara bukak mulut. Mereka berpandangan.

“Tapi… tapi… doktor cakap saya ada ketumbuhan tadi? Mana satu nie.” Tara
pening. Daddy dengan doktor muda tu ketawa melihat reaksi Tara .

“Saya acah ja tadi tu. Saja nak buat surprise kat awak berdua. Hehe.
Sebenarnya, awak tak sakit apa pun Somad … awak cuma pengsan sebab penat
bekerja.”

“Habis tu apa kaitan saya sakit dengan isteri saya?” Somad masih lagi blur.

“Hish! Kamu nie lambat loading betullah Somad . Yang selama nie Somad
rasa pening-pening, loya pagi-pagi tu sebab Tara tengah berbadan dua la.
Sebab tu kamu sakit.” Daddy menggeleng kepalanya.

“Tapi kenapa suami saya pulak yang sakit patutnya saya la yang sakit
doktor. Saya yang mengandung bukan suami saya.” Sorang lagi bendul. Elok
la tu dua-dua jadi laki bini.

“Sepatutnya macam tu la. Tapi ada jugak kes suami yang alami alahan
teruk masa isterinya mengandung. Muntah-muntah, sakit kepala, semua tu
si suami yang alami. Isteri dia tak sakit apa pun. Contohnya macam
korang berdua nie la.” Doktor muda tu tersenyum lagi.

Somad dan Tara saling berpandangan sebelum kedua-dua sengih melebar.

“We are gonna be parents!” Somad menjerit. Tapi tiba-tiba…
“Gulpp…gulp…. Wekkk!” Somad termuntah dekat tepi katil. Tara
menepuk-nepuk perlahan belakang Somad .

“Daddy ingatkan daddy ja yang alah teruk masa arwah mummy mengandungkan
Somad . Rupa-rupanya kamu lagi teruk alahnya Somad . Haha.” Tak senonoh
betul Tan Sri nie. Anak tengah sakit boleh dia bantai gelak.

“Abang nak anak berapa orang hari tu? 6 7 orang kan? Tara ok ja… kalau
macam nie punya gaya tiap-tiap tahun Tara boleh mengandung… haha.” Tara
pun sama ja dengan bapak mertuanya. Tapi tangannya masih setia mengurut
belakang suaminya.

“Buwekkk… tak nak! Abang tak sanggup… sorang pun cukup lah… gulp…
wekkk!” berkerut-kerut dahi Somad tahan sakit.

Gamat satu bilik sakit tu dengan ketawa.

“Mati-mati tadi Tara ingat abang sakit sebab Tara sepak kepala abang
dulu… haha.” Tara ketawa.

Terus sepi bilik sakit tu… tiga pasang mata tak berkelip memandang ke
arahnya. Terdiam terus Tara . ‘Erk, terlepas cakap.’

Terlajak perahu boleh di undur terlanjak kata? Lu pikirlah sendiri.

“What??!” terkejut Dr. Rahman, Daddy dengan Somad ! Dia sendiri pun dah
lupa pernah kena kick boxing dengan isterinya.

“Err… alamak… kantoi.” Tara tersengih-sengih menampakkan giginya...

Terjawab sudah persoalan tiga lelaki tu macam mana Somad boleh pengsan
dan tanda lebam di kepalanya dulu.

“Abang… ampun… Tara ingat abang hantu. Tu yang kaki Tara naik atas
kepala abang. Sorry ye?” Tara membuat muka comel Somad meminta maaf.

Somad mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

‘Tara , Tara … moga bahagia milik kita selamanya… anak baba nanti jangan
brutal sangat macam mama tau. Takut baba.’ Somad berkata dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience