BAB 7

Humor Completed 812

Masa berganti masa. Tara dengan Somad dah tamat belajar dan bekerja di
syarikat Tan Sri Ku Arshad. Daddy sendiri yang nakkan anak menantunya
bangunkan syarikat mereka. Walaupun Tara dengan Somad tolak dengan
alasan nak berdikari. Daddy tak terima. Katanya dekat syarikat sendiri
pun boleh cari pengalaman boleh berdikari. Tara dengan Somad bukannya
dilantik terus memegang jawatan tinggi. Masing-masing terpaksa bermula
dari bawah. Tara dan Somad akur sebab ada betulnya cakap Daddy mereka
tu. Gembira betul Tan Sri Ku Arshad tengok Tara dengan Somad hidup
bahagia tak macam mula-mula masa mereka kahwin. Ya ALLAH. Dia tak mau
ingat balik teruk tak teruknya perangai anak menantunya tu… baik sikit
ja dari hantu!

“Lepas nie Daddy nak cucu. Boleh Tara ?”

Tara terdiam… glupp… tiba-tiba ja air liur rasa kesat semacam.

“Boleh ja Daddy no hal… setakat tujuh enam orang tu dak masalah.” Somad
tersengih miang-miang keladi.

Tara dah pandang macam nak telan Somad tu. Tapi cover-cover depan
bapak mertua kan.

“La, apasal tujuh enam orang ja bang… kenapa tak bagi genap sepuluh
terus? Rasa-rasa tak cukup kita ganda bagi cukup dua puluh… boleh
buat team sokongan baru dekat syarikat kita kan abang kannnn.” Beserta
dengan ‘kannnn’ yang panjang tu paha Somad jadi mangsa kena cubit dengan
Tara . Berkerut-kerut dahi kawan tahan sakit. Tak kan nak menjerit depan
Daddy? Jatuh la air muka dia.

Tan Sri Ku Arshad ketawa besar tengok gelagat anak menantunya dalam hati
syukur dipanjatkan moga berkekalan hingga akhir hayat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience