Sudah dua hari aku di kampung.Patutnya hari ini,tiba masa aku pulang ke rumah.
Cutiku,tidaklah panjang.Setelah usai segalanya,aku memulakan perjalanan.Usai lalu di persimpangan,di kawasan kubur,ku lihat,orang ramai sedang mengelilingi kawasan perkuburan. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Tidak mungkin ada jenazah yang hendak dikebumikan kerana sudah tentu mama akan memberitahu kalau ada berlaku sesuatu kematian di kampung itu. Perasaanku seperti semacam. Aku turun dari kereta,untuk melihat perkara yang sebenar. Aku mencelah di celahan orang ramai yang sedang berkerumun itu.
Ya Allah! Pakcik meninggal! Aku terpana,lebih-lebih lagi,pakcik meninggal dalam keadaan sedang sujud ketika solat!Aku tertujah belakang ke pokok seketika.Baru semalam aku berbual dengan orang tua itu.Aku menepuk-nepuk dahi. Sungguh mulia orang tua itu disisi ALLAH sehingga diberi penghormatan meninggal di dalam keadaan sebegitu rupa walaupun sebelum ini dia adalah seorang pemaksiat! Ya ALLAH,sungguh besar kurniamu,sungguh besar pengampunanMu, Ya ALLAH! Walaupun sebelum ini,dia dipandang rendah oleh masyarakat. Rupa-rupanya darjatnya tinggi di sisi ALLAH! Orang yang memandang rendah terhadapnya
Yang kononnya mulia belum tentu tinggi nilainya di sisi ALLAH dan belum tentu
Akan mendapat balasan sebegini.Aku mengucap panjang.Sedih dan kagum dengan kerahmatan ini. Orang ramai yang berkerumun mula mengucap apabila melihat keadaan pakcik yang seakan sujud itu.Masing-masing hanya menggelengkan kepala.
Share this novel