BAB 1

Others Completed 3726

Peluh deras membasahi dahi lalu merintik masuk ke mata membuatkan mataku terkebil-kebil menahan pedih. Pancaran matahari tengahari itu terik sekali.Sesekali biasan cahaya yang membahang menyengat perit. Suasasana serba kuning walau langit di angkasa membiru. Penghawa dingin ku tetapkan pada volume paling maksimum, lalu ku sandarkan kepala di kerusi kereta. Terik dan silau aku tak tahan meskipun sedari tadi aku di dalam kereta.Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah,negeri jelapang padi,mengambil masa lima jam lamanya.

Sesekali,kebosanan memandu menerjah diri.Rasa malas hendak meneruskan perjalanan yang agak jauh ini.Aku hanya perlu memberi perhatian kepada pemanduanku sahaja.Waktu tiba,insyaallah,dalam masa terdekat lagi.Sesekali aku bersiul

nyaring di dalam kereta.Menghilangkan kebosanan yang mengisi kirmizi hati ini.Setelah memandu tanpa henti selama empat jam di dalam kereta yang agak kecil ini,pinggangku berasa bagai ditusuk-tusuk.Di kala pinggangku semakin tidak tertanggung lagi,aku banyak kali membetulkan kedudukan kerusi pemandu.

“Aduh!Jauh benar.”Ku mengeluh dalam hati sendirian.Hasratku untuk menziarahi ibu

angkatku,yang sudah terpisah denganku sejak setengah dekad lalu mesti diteruskan juga.

Aku berazam mahu berjumpa dengan wanita yang banyak berjasa terhadapku itu.Dialah yang memberi aku makan,minum dan kasih-sayang semenjak aku lahir lagi kerana aku dilahirkan dalam keadaan yatim dan kata ibu angkatku,aku menjadi yatim piatu sepenuhnya ketika usiaku mencecah enam bulan,ibu kandungku meninggalkanku di dunia yang penuh dugaan ini.Pergi menghadap Maha Pencipta.Semenjak itu,ibu angkatku yang daku panggilnya emak itulah yang menjaga dan merawatku disusuli dengan kasih-sayangnya yang tiada berbelah bahagi terhadapku dengan anak kandungnya itu.Lima tahun lepas,aku berhijrah ke Kuala Lumpur dan telefon bimbit pertamaku yang dibawa bersamaku ketika itu,dicuri dan ibu angkatku juga berhijrah ke kampung lain.

Semenjak itu,aku terputus hubungan dengan ibu angkatku yang lebih mesra ku panggil mama itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience