Rate

Bab 4

Romance Series 7063

"Genting???!!!!" tanya Adra agak kuat. Dia tertidur agak lama memandangkan tengah hari memang waktu tidurnya.

Amirul hanya tersengih apabila Adra memberikan reaksi sebegitu. Sengaja dia membawa Adra ke situ walaupun mereka hanya mempunyai masa dua hari untuk bercuti.

"Kenapa,? Ad tak suka abang bawa Ad datang sini,?" tanya Amirul walaupun dia sudah mengetahui Adra tidak menggemari Genting Highland. Adra lebih suka ke Cameron Highland. In semua disebabkan mereka menonton filem Final Destination yang menyebabkan Adra nekad tidak mahu menaiki roller coster seumur hidupnya.

Adra membuat muka sambil merenung Amirul. Mamat ni betul-betul nak kena dengan aku ni, getus hati Adra geram.

Adra tunduk sambil menyepak batu di kaki. Abang Am pergi beli tiket ke pergi buat tiket? Lambat betul! Dia merenung kearah sekeliling. Ada yang jalan berdua, ada yang membawa anak-anak. Macam manalah muka anak-anak aku nanti, tanya hati Adra.

Amirul mencuit pipi Adra di sebelah kiri lalu cepat-cepat dia bergerak ke sebelah kanan Adra. Adra menoleh ke kiri, tak ada orang lalu dia menoleh ke kanan.

"Astaghfirullahalazim!" kata Adra terkejut. Siapa pulak ni dengan bertopeng hantu segala,? Dia merenung baju di badan lelaki itu

"Abang Am!" kata Adra agak kuat. Dia menumbuk-numbuk perlahan di bahu Amirul. Amirul yang dari tadi ketawa mengaduh sakit apabila ditumbuk Adra.

"Sakit la Ad,". Adra masih menumbuk bahunya.

"Sakit la sayang," Adra berhenti. Muka Adra memerah. Sudahlah suhu di Genting yang sejuk itu telah membuatkan mukanya memerah, kini ditambah pula dengan kata-kata Amirul sebentar tadi, makin bertambah merahlah muka Si Adra.

Amirul tersenyum sumbing. Panggil sayang baru nak berhenti.

"Apa sayang-sayang,? Nasib baik tak ada sakit jantung tau," kata Adra masih tak berpuas hati. Dia cuba menyembunyikan rasa malunya tadi.

Amirul menarik tangan Adra menuju ke barisan panjang untuk menaiki roller coster. Adra hanya menurut tanpa memandang sekeliling kerana masih protes dengan Amirul.

"Arghhhhhhhh" Adra lantas mengangkat kepalanya apabila dia mendengar suara orang menjerit. Matanya membulat melihat roller coster itu bergerak dengan kelajuan yang tinggi di hadapan matanya. Muka Adra mula pucat.

"Abang, kita main benda lain la. Tak nak la main benda ni," pujuk Adra sambil merangkul lengan Amirul.

"Ala Ad ni, roller coster ni selamat la, kalau tak, takkan orang sanggup beratur panjang macam ni," kata Amirul memujuk kembali.

"Ad takut," rengek Adra.

"Abang ada," kata Amirul lembut sambil merenung mata Adra. Adra tertunduk apabila dia tidak mampu membalas pandangan Amirul. Apahal dengan jantung aku ni,? Tak reti nak duduk diam-diam ke,? Hish!

"Jom,"kata Amirul menarik tangan Adra.

Adra berhasrat mahu memejamkan matanya apabila benda itu mula bergerak. Dia tidak mahu melihat apa yang berlaku. Tangan Amirul digenggam erat.

Tiba dia terasa angin menyapa mukanya.Sejuk. Dia perlahan-lahan membuka mata.

"Abang! Best la naik roller coster tu! Jom naik lagi sekali," ajak Adra sebaik mereka turun dari roller coster.

"Abang lapar la," kata Amirul. Dia sudah berpeluh. Sumpah aku tak naik lagi! Dia cuba menyembunyikan perasaannya apabila Adra mengajaknya untuk round kedua. Alasan mahu makan diberikan.

Adra hanya menurut. Bukannya dia tak perasan muka Amirul sebaik sahaja mereka turun dari roller coster tu. Acah macho konon! Tu la, tadi paksa aku naik sangat, ni dia pulak yang kecut.

Adra menyuap hirisan ayam kedalam mulutnya. Lapar betul! Sekarang dah pukul 4. Last dia dan Amirul makan pagi tadi. Dia merenung Amirul yang tidak makan lagi. Muka Amirul masih pucat.

"Abang,? kenapa ni,?" tanya Adra lalu meletakkan tangannya ke dahi Amirul. Tak panas pun.

"Tak ada apa-apalah," Amirul mula makan.

"Lepas ni, nak pergi mana,?" tanya Amirul.

"Mana-mana kecuali satu tempat tu," kata Adra.

Amirul tersenyum.Dia memahami satu tempat yang dimaksudkan Adra. Rumah Hantu! Adra memang takut hantu.

Mereka menaiki Rio Float setelah selesai makan. Berkeping-keping foti mereka pelbagai gaya diambil. Setelah itu, mereka ke Arcade Centre. Di situ, Amirul asyik berbangga kerana dapat mengalahkan Adra. Kemudian mereka ke Adult Bump Car. Adra melanggar Amirul sesuka hati sehingga Amirul tidak dapat bergerak. Memang perangai Adra suka memandu sesuka hati. Jadi, tak hairan la kalau dia boleh selamba badak ja langgar Amirul.

Akhir sekali, mereka menaiki Cruise. Adra hanya mendiamkan diri. Kenapa rasa sweet pulak ni,? Dia hanya naik berdua dengan Amirul. Adra mengerling Amirul di sebelah. Amirul sedang memandangnya.Cepat-cepat dia berpusing ke hadapan. Adra mengeluarkan telefonnya lalu mengambil beberapa keping gambar. Jantungnya dah tak reti nak duduk diam. Rasa macam nak tercabut keluar ja!

"Ad," panggil Amirul lalu mengambila telefon di tangan Adra. Dia merapatkan dirinya dengan Adra sambil telefon di tangan diangkat sedikit tinggi.

Muka Amirul dan Adra begitu hampir sehinggalan Adra dapat mendengar hembusan nafas Amirul. Adra merenung Amirul di sisi. Mukanya blur. Mereka begitu rapat. Kalau kapal ni bergerak sedikit, confirm Adra akan tercium pipi Amirul.

Amirul mengambil beberapa keping gambar. Adra masih merenungnya. Dia menoleh kearah Adra. Tangannya masih ligat mengambil gambar mereka. Amirul merenung ke dalam mata Adra.

"Ad," panggil Amirul lembut.

Tiba-tiba cahaya terang muncul di penghujung terowong. Adra menoleh kearah lain sambil membetulkan rambutnya. Amirul pula membelek-,belek gambar yang diambilnya tadi. Masing-masing cuba menyembunyikan debaran di hati.

Mereka menginap di hotel. Rupa-rupanya Amirul sudah menyediakan pakaian mereka untuk dibawa ke sini. Dia telah menyuruh bibik di rumah Adra mengemas pakaian Adra untuk dibawa ke sini. Sepanjang perjalanan ke hotel, mereka hanya membisu. Amirul sesekali mengerling ke arah Adra yang berjalan di sisinya. Dia bahagia apabila melihat muka Adra yang memerah apabila dia merenung anak mata gadis itu. Dalam diam-diam, dia mengumpul semangat untuk berterus-terang tentang perasaannya. Dia hanya menunggu masa yang sesuai sahaja.

p/s: maaf sebab lewat. Saya masih bersekolah dan akan mengambil SPM tahun ini. Jadi, saya tidak mempunyai banyak masa untuk menulis. Tinggalkan komen agar saya dapat memperbaiki mutu penulisan saya. Love u all my readers.

,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience