Rate

Bab 3

Romance Series 7063

Ikmal terkejut beruk apabila matanya dapat menangkap susuk tubuh gadis kuntilanak di hadapan bengkel abangnya. Cepat-cepat dia berlari menuju ke dalam bilik pejabat abangnya. Dia menjenguk ke luar melalui tingkap di dalam bilik abangnya.

"Woi! Kau ni dah kenapa, Dik?" tegur Akmal kehairanan. Apa kena dengan budak ni,? Terjenguk-jenguk macam orang yang buat kesalahan berat lalu dicari oleh pihak polis.

"Astaghfirullahalazim! Abang ni tak boleh bagi salam dulu ke,?" balas Ikmal. Hampir putus nyawanya disergah begitu.

"Kau tu yang masuk tak bagi salam, kata aku pulak," tungkas Akmal.

Ikmal tersengih apabila menyedari dia yang bersalah. Dah tu nak buat macam mana. Takkan nak tunggu dekat depan, pasang red carpet dan tunggu macam penyambut tetamu sambut kedatangan gadis kuntilanak tu pulak. Memang dia takkan buat!

Akmal dan Ikmal serentak menoleh kearah pintu apabila pintu pejabat itu diketuk dari luar.

"Masuk," kata Akmal.

Pintu dikuak.

"Bos, ada client nak jumpa. Nak buat payment katanya," balas Arif yang merupakan seorang pekerja di bengkel itu.

"Okay, bagi dia masuk,"

Hampir tersembul mata Ikmal apabila 'client' yang dikatakan tadi ialah Adra dengan abangnya. Lantas dia berpusing menghadap tingkap. Aduh! Gawat! Macam mana ni,? Mampus aku kalau dia nampak aku dekat sini, kata Ikmal dalam hati. Dia mengerling kearah belakang. Adra dan abangnya telah mengambil tempat di sofa dalam pejabat itu. Dia dapat melihat abang Adra bersalaman dengan Abang Akmal. Cap di atas meja dicapai lalu dipakai di kepala. Cap itu ditundukkan sedikit bagi menutup mukanya.

"Errrr.. encik,?" panggil Adra.

"Ya saya,?" balas Akmal. Amirul merenung Adra pelik. Apa kena dengan minah ni,?

"Tu siapa,?" tanya Adra. Sejak dari tadi dia memerhatikan lelaki yang berada di tepi tingkap itu. Macam cacing kepanasan ja dia tengok.

"Tu adik saya. Ikmal! Kau tu dah kenapa,? Yang kau pakai cap abang tu kenapa,?"tanya Akmal yang pelik dengan tingkah laku Ikmal dari tadi.

"Hah,? Ni cap Abang ke,?" soal Ikmal kembali tergagap-gagap. Dia langsung tidak menoleh kearah belakang.

"Kau nak cakap dengan Abang ke dengan tingkap tu,?" bidas Akmal geram dengan tingkah laku Akmal.

"Err.. nak cakap dengan abang la," balas Ikmal. Lambat-lambat dia berpusing untuk menghadap abangnya.

"Kau,?????" kata Adra hampir terjerit. Dia berdiri seiring dengan suaranya.

Ikmal menulis di tempatnya. Habislah aku! Memang dah kena dengan Abang Akmal selepas ini.

"Korang kenal ke,?" tanya Akmal kehairanan.

Ikmal diam. Adra membisu. Akmal hanya memandang mereka berdua saling berganti. Amirul sudah tidak dapat menahan perasaan apabila dia melihat Ikmal dan Adra saling merenung.

"Kitaorang memang dah kenal. Satu sekolah kan Ikmal,?" Amirul mencelah. Dia main hentam saja. Nama Ikmal pun baru diketahui tadi.

"A'ah, kitaorang dah kenal dah pun abang," Ikmal menambah sambil tersenyum. Dia berjalan kearah Amirul dan bersalaman. Adra pelik. Hari.tu bukan gaduh ke,? Sejak bila dah berbaik ni,? Dia merenung kearah Amirul yang memegang tangan Ikmal agak lama. Pelik melihat cara mereka berbalas senyuman. Tu senyuman bukan original! Tu senyuman plastik!

"Sampai bila korang nak bersalam ni,?" tegur Akmal.

Serentak dengan itu pegangan tangan itu dilepaskan. Amirul tersenyum. Ikmal tersengih. Akmal dan Amirul meneruskan perbincangan. Ikmal dan Adra hanya menjadi pemerhati. Sesekali Ikmal merenung Adra. Direnung mata gadis itu, anak mata yang bundar, bulu mata yang lentik. Direnung pula hidung gadis itu, kecil dan kelihatan comel. Akhir sekali, direnung bibir gadis itu, sedikit shiny, mungkin dicalitkan dengan sedikit lip tint. Tiba-tiba bibir Adra terbuka. Ikmal terpana. Nasib baik bukan bini aku. Kalau bini aku, dah lama Alhamdulillah. Ish! Apa kau ni Ikmal,? Anak dara orang tu, bisik hatinya. Sumpah dia tidak tahu. Ada perasaan aneh ketika melihat seulas bibir itu terbuka.

Amirul mengerling kearah Ikmal. Sejak dari tadi Ikmal menilik muka Adra. Nasib baik ni bengkel abang kau, kalau tak dah lama aku buka gelanggang WWE dekat sini, getus hatinya.

"So, semuanya dah settle kan Encik Akmal,?" tanya Amirul mengakhiri perbincangan mereka. Dia ingin segera blah daripada situ sebelum tahap kesabarannya menipis.

Akmal mengiyakan soalan Amirul. Dia berjabat tangan dengan Amirul.

"Jom Ad. Kita pergi dating,?" kata Amirul kepada Adra. Matanya mengerling kearah Ikmal. Riak di wajah itu berubah.

"Ish! Abang ni. Apa pulak nak pergi dating. Buat malu ja," balas Adra perlahan. Malu terhadap Ikmal dan Akmal.

Amirul hanya tersengih. Sengaja dia berkata begitu untuk menduga Ikmal. Tangan Adra dicapai dan mereka serentak berdiri. Akmal dan Ikmal turut berdiri. Akmal menghantar Amirul dan Adra ke kereta mereka.

'Sial la kau! Kau ingat dengan bermesra-mesra depan aku, kau boleh buat aku sakit hati,? Tolong sikit!' getus hati Ikmal geram. Dia sudah mengetahui status sebenar Amirul dan Adra daripada budak sekelas Adra. Dia tidak sedap hati memandangkan dia juga turut merasakan Amirul menyimpan perasaan terhadap Adra.

Amirul dan Adra memarkir kereta masing-masing di porch rumah Adra. Adra berjalan untuk memasuki rumah tetapi ditahan oleh Amirul.

"Abang nak bawa Ad jalan-jalan," kata Amirul lantas menarik tangan Adra kearah keretanya. Pintu kereta itu dibuka untuk Adra.

"Kita nak pergi mana,?"tanya Adra kehairanan. Dia masih belum memasuki kereta Amirul.

"Adalah," balas Amirul sambil menolak lembut Adra ke dalam kereta.

"Abang, cakap la nak pergi mana ni,?" tanya Adra.

"Suprise!" balas Amirul masih berahsia.

Akhirnya Adra terlelap setelah setengah jam memulakan perjalanan yang dirahsiakan oleh Amirul itu.

p/a: maaf lambat update sehari. next bab pada 22/09/2017. Tinggalkan komen anda agar saya dapat memperbaiki mutu penulisan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience