Rate

Bab 2

Romance Series 7063

Ikma berjalan seiring dengan Thaqif,Faris dan Amzar menuju ke arah kelas. Beberapa perempuan yang merenung mereka langsung tidak dihiraukan. Mereka berbisik sesama sendiri sambil merenung keempat-empat jejaka itu.

"Thaqif,aw..awak semua nak kemana,?" sapa seorang pelajar perempuan yang memakai tag nama Adriana.

Thaqif berhenti secara tiba-tiba apabila ditegur. Dia menoleh kearah rakan-rakannya yang lain. Dia perasan Adriana sesekali mengerling kearah Ikmal. Ish dia ni minat aku ke Ikmal?! Kalau minat aku, tengok aku la! Kau terjeling-jeling Si Ikmal tu kenapa? gerutu hati Thaqif.

"Cik Adriana..kita datang sekolah nak belajar. So kitaorang ni nak pergi kelas la. Nak belajar. Paham tak? N.A.K B.E.L.A.J.A.R." jawab Thaqif sakit hati apabila dia merasakan bahawa dia cuba digunakan oleh Adriana untuk mendekati Ikmal.

Merah padam muka Adriana apabila dibidas begitu. Selama ini, dia mendengar gosip-gosip rakan-rakannya bahawa Thaqif seorang playboy. Takkan seorang playboy melayan perempuan sebegitu.

Ikmal,Faris dan Amzar hanya tersengih apabila mendengar jawapan Thaqif. Adriana tertunduk malu sambil mengerling Ikmal. Dia berasa sangat malu diperlakukan sebegitu.

Muka Ikmal tiba-tiba berubah apabila dia terlihat susuk tubuh yang menjadi igauan mimpinya selama ini. Gadis itu berjalan bersama seorang lelaki. Siapa lelaki di sebelah itu,? Hatinya membentak geram.

Ikmal berjalan dengan laju lalu melanggar bahu gadis itu.

"Auuwww! Sakitlah!" Adra terjerit apabila bahunya dilanggar secara tiba-tiba.

Ikmal berjalan sambil tersenyum puas apabila dapat menyakitkan hati gadis kuntilanak itu. Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang. Ikmal segera berpusing dan memandang ke arah lelaki yang memegang bahunya.

"Dah salah tu, mintak la maaf," bicara Amirul masih mengawal nada suara. Ikutkan hati dah lama jantan ni makan flying kick kerana menyakiti gadis kesayangannya itu.

"Kau ni apehal hah?!!!" balas Ikmal kasar. Pengawas yang berada di hadapannya adalah lelaki yang berjalan beriringan dengan gadis kuntilanak tadi. Dia ni memang mencari pasal dengan aku,kata hati Adra.

"Aku cakap elok-elok. Kau dah langgar Adra, sepatutnya kau minta maaf,!" balas Amirul masih cuba mengawal nada suara.

"Jadi kuntilanak tu nama Adra," bisik Ikmal perlahan, lebih kepada bercakap kepada diri sendiri.

"Kalau nak cakap, cakap bagi jelas. Tadi bukan main lagi kau sound aku!" balas Amirul tegas.

"Aku takkan mintak maaf dekat kuntilanak tu lah!" bentak Ikmal, cuba untuk menahan amarah yang membuku disebabkan kemesraan yang dipamerkan Adra dan Amirul sebentar tadi.

"Abang Am, sudahlah. Janganlah bergaduh dekat sini," kata Adra yang tercungap-cungap menuruni tangga untuk mengejar Amirul. Setelah dia dilanggar, Amirul kelihatan begitu marah sekali. Dia tidak dapat menahan Amirul daripada mengejar lelaki itu.

Serentak dua kepala berpusing menghadapnya apabila dia bersuara. Dia merenung muka Amirul yang sedang menahan amarah lalu matanya dialihkan terhadap lelaki di hadapan Amirul. Matanya menjadi bulat tiba-tiba.

"Jadi, ni pakwe kau,?" tanya Ikmal sinis sambil merenung kearah Adra.

"Dia abang aku lah!" balas Adra tinggi.

"Kalau aku pakwe dia, kau nak buat apa?" Amirul mencelah. Adra terdiam. Amirul sedikit bersedih mendengar jawapan Adra tadi. Berubah riak wajahnya.

"Abang, dah la.. Tak payah la gaduh dengan mamat ni," pujuk Adra lembut.

Amirul mengatur langkah menujuk ke arah Adra yang berdiri beberapa tapak darinya. Tangan gadis itu dipegang.

"Jom Ad, dah lewat nak masuk kelas,"bicara Amirul lembut walaupun hatinya masih terkilan dengan apa yang dikatakan oleh Adra sebentar tadi. Adra yang mengikut Amirul apabila tangannya ditarik sambil menunjukkan penumbuknya terhadap Ikmal.

Ikmal hanya merenung dua manusia itu meninggalkannya. Bibirnya menguntum senyuman. Jadi lelaki tu abang kau,bicara hatinya gembira. Tetapi senyuman itu tidak bertahan lama apabila dia teringat akan kata-kata Amirul dan perubahan riak wajah Amirul. Faris,Thaqif dan Amzar kehairanan. Mula-mula masam, lepastu senyum, tetiba masam balik. Haih!

"Abang,?"

"Hmm,"

"Kenapa senyap je,?"

"Ad pun senyap,"

Adra mati akal. Amirul kelihatan tidak mahu bercakap dengannya sejak dari sekolah. Dia kehairanan. Lihat dalam kepalanya memikirkan punca perang bisu yang tercetus antara mereka sekarang. Sepatah ditanya, sepatah jugaklah dijawab.

Adra melangkah turun dari kereta Amirul sebaik sahaja sampai di hadapan pintu pagar rumahnya.

"Abang tak nak lepak sini dulu,?" tanya Adra lembut.

"Tak apa lah, Abang penat. Nak balik tidur," balas Amirul langsung tidak menoleh kearah Adra.

"Abang, kalau Ad ada buat salah, Ad minta maaf. Jangan layan Ad macam ni," kata Adra. Dia menunggu jawapan dari Amirul tetapi lelaki itu hanya mendiamkan diri. Adra berpusing untuk masuk ke dalam rumah.

"Ad,"

Adra tidak menoleh tetapi langkahnya terhenti.

"Tak ada apa-apalah"

Langkahnya diteruskan. Amirul melepaskan keluh kasar. Dia menghentak stereng keretanya. Kenapalah mulut ni payah sangat nak cakap,? Rengusnya dalam hati kasar. Stereng dipusing dan kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Adra

Ikmal tersenyum di sofa. Bunyi petikan gitar yang bingit tidak dihiraukan. Studio ini telah menjadi rumah kedua bagi Ikmal. Dia akan menghabiskan masa lapangnya di sini. Faris memerhatikan Ikmal. Dia mencuit bahu Thaqif yang leka membetulkan gitarnya. Thaqif menoleh. Faris melirikkan matanya kearah Ikmal.

"Apehal tu,?" soal Faris kepada Thaqif kehairanan.

Thaqif menoleh kearah Ikmal seraya mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu.

"Woi!"sergah Thaqif terhadap Ikmal.

"Apa kau ni,? Mengacau ja," balas Ikmal kasar.

"Yang kau tersengih-sengih dari tadi kenapa,? Dah angau dengan Batrisya gedik tu,?" tanya Thaqif disambut dengan gelak tawa dari yang lain.

"Tak ada pasal aku nak angau dengan minat 3G tu. Daripada aku angaukan dia, baik aku angaukan anak mak cik kantin kita tu," kata Ikmal. Gelaran 3G yang bermaksud gedik, galak dan gatal itu memang direka khas untuk Batrisya. Gadis yang menggatal melebihi ulat bulu. Ulat bulu kalau disentuh, baru terasa gatalnya. Minah ni tak payah sentuh, pandang dari jarak 500 meter pun dah terasa aura gatalnya.

"Kau ada syok dengan sesiapa ke Ikmal,?" tanya Faris ingin tahu.

"Entahlah," jawab Ikmal perlahan. Ikmal merenung ke lantai. Dia mengangkat mukanya apabila terasa dirinya diperhatikan.

"Kenapa korang tengok aku macam tu,?" soal Ikmal hairan

"Dari hanya kerana mata, aku tergoda tergoda menikam jiwa," Amzar menyanyikan lirik lagu itu sambil tersengih-sengih dengan meliuk-lentukkan badannya seperti penari dangdut.

"Gilalah korang ni. Dah la, aku nak balik," kata Ikmal lalu beredar dari situ. Panggilan dari sahabatnya tidak dihiraukan.

Ikmal merenung kearah jam tangannya. Sepatutnya dah keluar ni, bisik hatinya. Dia bersandar di motor sambil merenung kearah Mitsubishi Lancer yang diparkir di bawah bumbung. Tiba-tiba dia dapat menangkap bayangan dua manusia yang berjalan menuju kearah kereta itu. Dengan pantas dia menyarung helmetnya untuk menutup muka.

Enjin motor dihidupkan. Ikmal mengekori kereta itu dari jarak yang tidak beberapa jauh. Tiba-tiba kereta itu berhenti di hadapan sebuah rumah mewah. Gadis yang.menjadi tumpuannya turun dari kereta merah itu. Dia melihat gadis itu melambai manja kearah pemandu kereta tersebut.

'Macam tu ke abang adik,? Kenapa lelaki tu tak turun sekali," getus hatinya pelik.

Persoalan itu dibiarkan sahaja tanpa jawapan. Dia sudah mengetahui rumah gadis pujaannya. Dia yakin hatinya telah jatuh tergolek-golek terhadap gadis kuntilanak itu.

Enjin motor dihidupkan kembali lantas dengan laju dia meninggalkan tempat itu.

Amirul menunggu Adra di hadapan pintu pagar. Manalah Ad ni,? Lambat betul. Tadi punyalah suruh dia datang awal. Siap ugut nak merajuk lagi kalau datang lewat seminit. Ni dah dekat 20 minit dia terpacak depan ni, batang hidung Adra pun belum nampak lagi. Hon kereta ditekan beberapa kali.

"Sorry, Ad cari handphone tak jumpa tadi," kata Adra tanpa ditanya. Langsung tidak menoleh kearah Amirul.

"Dah tu, jumpa ke tak,?" tanya Amirul balik.

"Jumpa,"

"Dekat mana,?"

"Bawah sofa,"

Amirul menggeleng. Macam manalah handphone tu boleh ada bawah sofa. Pelik-pelik betul minah ni. Kereta dipandu menuju ke bengkel untuk mengambil kereta Adra.

Adra menoleh kearah Amirul. Terpegun seketika. T-shirt polo putih bercampur merah berlengan pendek, seluar jean slim cut hitam, dengan jam di sebelah kiri dan seutas gelang kulit berwarna dark brown. Cermin mata yang dipakai menambah lagi kekacakkan Amirul. Rambutnya yang digayakan ala-ala Fade. Sumpah handsome gila! Selalunya Amirul hanya mengenakan t-ahirt dan seluar jean dan kekadang sweater disarungkan.

"Abang nampak lain la," komen Adra tiba-tiba.

"Apa yang lainnya,?" balas Amirul sambil tersenyum. Nak kata aku handsome tu, kata ja lah.

"Entahlah, tapi nampak lain," kata Adra. Entah kenapa dia tiba-tiba berasa malu untuk memuji Amirul hari ini. Apa kena dengan aku ni,? Selalunya aku tak pernah rasa macam ni.

Adra mengerling beberapa kali kerarah Amirul. Amirul yang menyedari tindakan Adra tetapi tidak dihiraukan. Gembira di hati tidak terkata. Kalau dengan pakaian ni boleh menarik perhatian Adra, tiap-tiap hari dia akan pakai macam ni.

'Apa kena dengan kau ni Ad,? Kenapa tiba-tiba rasa kekok dengan Abang Am pulak ni,? Tak pernah-pernah pulak kau kisah apa yang dia pakai. Tapi hari ni, sumpah Abang Am menawan gila. Hmmm biarlah. Tapi kalau hati kau tiba-tiba jatuh tersungkur ke pangkuan Abang Am, macam mana,? Ish!! Jangan-jangan! Tak boleh! Malu kau nanti!' monolog Adra dalam hati.

Amirul kehairanan. Apa kena dengan Ad ni,? getus hatinya. Kejap-kejap tersenyum, kejap-kejap menggeleng. Takkan otak dia dah tak betul lepas tengok aku handsome macam ni,? Amirul tersengih sendiri apabila dia sendiri memuji dirinya. Memang dah masuk mesin basuh tekan butang START sendiri!

"Ad,?" panggil Amirul sambil melayang-layangkan tangannya di hadapan muka Adra.

"Hah? Apa?" tanya Adra terkejut. Apalah kau ni,Ad? Melayan perasaan sampai tak sedar apa yang jadi di sekeliling.

"Kita dah sampai, sayangggg" balas Amirul sengaja dipanjangkan perkataan 'sayang' itu.

"Hah,? Dah sampai,? Jom la turun," balas Adra gelabah apabila dipanggil 'sayang'. Dia cepat-cepat turun dari kereta itu. Amirul hanya tersenyum meleret.

p/s: Bab seterusnya akan diupdate pada 16/09/17 atas nama Ku Tunggu Cintamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience