Rate

Part 3

Other Series 2711

" Ini kunci bilik kamu . Rakan sebilik kamu , Aziey , Della dan Afrinna , mereka juga ada kunci masing-masing . Jadi tidak susahlah kalau kamu mahu masuk bilik ni . " kata Cikgu Natasya sebaik kami tiba di depan bilik . Aku just mengangguk .

" Kamu jangan kemas barang kamu dulu . Sekarang waktu pembelajaran . Kamu letak sahaja barang kamu ni . Lepas sahaja balik nanti , baru kamu kemas . "

" Baik , Cikgu ." kataku lalu menarik bagasi ku ke dalam bilik .

DI KELAS ( masa Leyra dekat asrama )

" Weyy , aku dengar ada budak baru . Betul kah ? " soal Nana kepada Aziey dan D .

"Haah . Form 3 jugak . Aku ngan Aziey terjumpa dengan dia tadi . Tak tahu lah dia kelas mana . " jawab D mewakili Aziey yang tengah ulangkaji while Cikgu Farid belum masuk .

" Aku kat mana masa korang jumpa dia ? Bukan aku sama korang jugak ke ? Lelaki ke perempuan ? Kalau lelaki mesti hensem kann .. " Kata Nana sambil angkat-angkat keningnya . Gatal kamu ehh .

Baru sahaja D mahu jawab soalan Nana . " Hah ! Ada pelajar baru ? " soal Hafidz yang baru sahaja tiba di tempat 3 dara Itu . Hahahh .
Ni lagi satuu... Sama jak dengan si Nana. Kasi kahwin kang . Gerutu D .

" Tak boleh tanya satu-satu ke ? Pening kepala aku . Dahlah kau main serbu jak . Mana yang lain ? " soal D . Hafidz garu kepalanya yang tidak gatal .

" Dorang tu . Tak siap lagi kerja yang Cikgu Farid bagi . Tulah melekat je dengan meja tu . " jawab Hafidz sambil tunjuk kat meja Afiq , Aisy dan Rayyan .Nasiblah aku dah siap . Kalau tak , kena nanti dengan rotan panjang Cikgu Farid .

" Aikk , Takkan si Aisy tu tak siap ? " soal Nana . Selalunya si Aisy ni mesti siap kerja . Mustahil pulak tak siap . Top student (pandai ) kot . Monolog Nana dalam hati .

" Si Aisy tu ? Kau kata tak siap ? Hahah . Dia tu ... mana pernah tak siap kerja . Kau pun kenal dia kan .. " jawab Hafidz .Hailah minah sorang nii .

Tok ! Tok !

" Semua berdiri ! Assalamualaikum Cikgu " kata Izzul selaku ketua kelas . Hafidz cepat-cepat pergi tempat duduknya . Huh ! Nasib Cikgu Farid tak nampak . Gerutu Hafidz .

" Walaikumsalam . Semua duduk . " jawab Cikgu Farid . " Semua dah siap kerja yang saya bagi ? " soal Cikgu Farid kepada semua pelajar 3 Olivine .

" Dah Cikgu ! " sahut pelajar kelas itu .

*******************

Aku mengambil alat tulis dan beberapa buku while Cikgu Natasya meronda kawasan asrama . Kot-kot ada yang ponteng kelas . Tapi bukankah pagar asrama dikunci waktu persekolahan ? Entahlah ...

" Dah siap ? Kita ke kelas kamu sekarang ya . " kata Cikgu Natasya yang entah dari mana timbul . Aku pun kelam kabut ambil barang .

" Baik Cikgu ." kataku lantas menuju ke pintu lalu menguncinya . Mana tahu dekat asrama ni ada pencuri , habis hilang barang aku .

Aku hanya mengikuti langkah Cikgu Natasya sehingga sampai di hadapan sebuah kelas . Sebaik sahaja tiba , Cikgu Natasya lantas mengetuk pintu kelas itu .

Toktoktok !

" Assalamualaikum , maaf menganggu Cikgu Farid dan pelajar sekalian . Ada pelajar baru yang akan masuk ke kelas kamu ni . Sila perkenalkan diri kamu . " kata Cikgu Natasya seraya menyuruhku perkenalkan diri . Berdebarnyaa !

" Assalamualaikum semua . Saya Hani Auleyra . Korang panggil saya Hani atau Leyra . Sila beri tunjuk ajar . " ujarku sambil tersenyum . Sopannya anak Nadzhan Irfan ni bak kata Cikgu Natasya . Ahaks !

" Okey . Aziey dan Della , kamu berdua tolong tunjukkan sekitar kawasan sekolah ni kepada Hani . Tapi bukan sekarang . Bila - bila masa sahaja . Pasal nametag kamu , kamu tak perlu risau , Hani . Kalau ada pengawas tegur , cakap kamu ni pelajar baru ehh . Nametag kamu akan Cikgu bagi nanti . Itu sahaja . Terima kasih . " tutur Cikgu Natasya lalu berlalu keluar kelas .

" Kamu duduk dekat situ . Takde orang jugak kat situ . " ujar Cikgu lelaki ni sambil tunjuk kearah satu tempat kosong . Apa nama cikgu ni ? Gerutuku .

" Baik Cikgu ." kataku lantas berjalan ke arah tempat yang Cikgu tu tunjuk .

" Baik kelas . Kita sambung pembelajaran yang tergendala tadi . Bla.... Bla.... bla . "

Aku ternampak D dan Aziey memandangku sambil tersenyum . Mereka duduk dihadapan ku . Senang lah nanti . Ada juga D dan Aziey teman aku .Aku melihat pelajar di sebelah ku yang ku sedari tadi memandangku . Aku just senyum . Tak tahu nak mula macam mana .

SKIP

waktu rehat

" Aku tak sangka kau masuk kelas ni . " kata D . Sekarang waktu rehat . So sekarang berada di dewan makan lah . Nak makan ! Lapar !

" errrr... yaa . " ujarku . sampai tergagap aku nak menjawab . It' s time to eat ! Aku just beli nasi lemak dan mineral water . Yang lain aku tengok , beli orange juice lah , spaghetti lah . Spaghetti pun ada !?

" Ohhhh . Inilah budak baru tu kan ? Yang korang terserempak tadi ? " soal pelajar di sebelah aku . Apa namanya ehh ? Macam rapat jak dorang ni .

" Haah . Ni lah . " jawab Aziey . Aku just tersengih menampakkan gigi putihku . hahah

" Hai ! Aku Afrinna Adora . Kau panggil aku Nana jelah . " kata Nana sambil buat simbol peace .

" Ingat comel ? " ujar seorang lelaki . Tah dari mana dia timbul . Lalu dia duduk di hadapan Nana

" Kau fikir kau tu hensem lah ? Sedap jer mengata orang . Tak sedar diri ! " jawab Nana kepada lelaki itu .Garangnya minah ni .

" Apa korang ni ! Pantang berjumpa . Mesti ada hal yang nak digaduhkan . Kahwinkan kang nanti . Baru tahu . " kata lelaki yang baru datang lalu duduk di sebelah lelaki tadi .Apa nama korang ehh ? Aku tak tahu !

" Biarlah ! " kata Nana dan lelaki yang digaduhnya serentak .

" Don't copy me ! " again .

Aku dah macam tunggul kat sini wahai rakan sekalian . monologku .

" Hai budak baru ! Aku Rayyan Haqqim . Suka hatilah kau nak panggil aku apa .Rayyan ke.... Haqqim ke... Ian ke... "
kata Lelaki yang baru datang tadi . Ohhh Rayyan nama dia ...Wait ?! Dia panggil aku budak ? Muka aku macam budak-budakkah ? soalan itu hanya berlegar di minda .

" Banyaklah kau punya ke... Hah ! Aku Amirul Hafidz . Panggil Hafidz jerr . " kata lelaki yang gaduh ngan Nana . Aku just berikan senyuman manis sampai nampak lesung pipit aku . hahah

" Ehh ? Mana lagi dua orang tu ? " soal D . Aikkk ? Dua orang ? Siapakah gerangan dua orang itu ? Adakah rakan mereka ?

" Sini ! " jawab seorang lelaki . Lalu mereka berdua menuju ke tempat yang kami duduki . Seorang lelaki duduk depan D , seorang duduk depan aku ???

" Asal korang lambat ? " soal D setelah meneguk apple juice miliknya .

" Ramai orang kut kat dewan makan ni . Susah sikit nak ambil makanan . " jawab lelaki depan D . Ini lagi sorang . Apa nama kau ?

" Aku Aiman Rafiq . Panggil Afiq jer . Ni Aisy Naufal . Kau panggil Aisy jelah . " macam dia tahu jer apa berlegar kat kepala aku . Ahli nujum ehh ?

" Aku bukan ahli nujum . Dah nampak muka kau berkerut- kerut , aku kenalkan lah diri aku . " ujar Afiq . Memang sah ! Dia pandai baca air muka orang . Depan aku ni ? Macam sombong jer orangnya ..

" Dia memang macam tu . kau tak payah tanya . Nanti aku cerita kat kau . " bisik Aziey .

" Ohh okey . " kataku sambil sambung makan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience