Rate

Part 4

Other Series 2711

Kringggggggg !!

Waktu ni lah yang di tunggu- tunggu pelajar .Iaitu pulang . Semuanya kelam-kabut mengemas barang masing-masing . Macamlah rumah dorang ni lari ! Aku lihat Aziey , D , Nana dan 4 orang lelaki tu selamba jerr kemas barang . Takde lah pulak macam yang lain ni .

" Weyy ! Kenapa hari ni takde kelas tambahan ? " soal D . Haah kan . Aku pun pelik juga . Dekat sekolah lama aku pun ada kelas tambahan untuk batch PT3 dengan SPM .

" Cikgu ada problem sikit ." Jawab Rayyan yang berada tidak jauh dari kami berempat .

" Korang berempat ni busy ke ? Maksud aku lepas balik ni . " tanya Afiq .

" Takde lah busy sangat . Cuma yelah korang kan tahu si Hani ni baru pindah sini... duduk asrama sebilik dengan kami pulak tu . So , kami nak bantu lah dia ni kemas barang dia . " panjang lebar penerangan si Aziey ni . Haiiii ... Terharu sis . Macam nak nangis dah .

" Ehh ? Tak menyusahkan korang ke ? Aku boleh buat sendiri lah . "

" Mana ada susahkan kitorang lah . Lagi menyenangkan adalah . Takkan kami nak biarkan kau kemas semua barang tu sendiri ? Kita kawan sepatutnya tolong- menolong kann ? " kata Nana .

" Bestnya dapat kawan macam korang ni . Terharu sayaaa ." kata ku seraya acah-acah melap air mata .

" Weyy ! Kami bukan tunggul kat sini ! Dahlah kena tengok lakonan tak berbayar korang . " ujar Hafidz . Ehh ? Tak perasan pulak ada mamat -mamat ni .

" Kiranya korang busy lah ? " soal Rayyan .

" Kalau kitorang busy ke tak kenapa juga ? Korang ni nak apa sebenarnya ? Sampai tanya busy ke tak . Ada apa-apa ke ? " soal D .

" Aku just tanya kalau korang busy . Kitorang nak ajak korang pergi library buat homework . Tu jerr . Bukannya ada apa-apa pun . " jawab Afiq . Aikk ? Bisu ke apa mamat Aisy ni ? Ohhh ... Baru ingat . Si Aziey nak cerita dekat aku pasal si ais batu ni .

" Sorry lah tak dapat join korang . " kata Aziey .

" Ok lah . Kitorang pergi dulu lah . Assalamualaikum . " lalu mereka berempat keluar dari kelas .

" Walaikumsalam . "

DEKAT ASRAMA

Teringat pasal kat kantin tadi . Kenapa si Aisy tu ? Diam jerr . Ish ! Kenapa aku fikir pasal dia ni ? Baru first day kut !

" Kau dah kenapa ? Habis berhambur balik baju kau . Baru first day kut kau sekolah kat sini . Kenapa ? Tak selesa ke kawan dengan kami ? " soal D .

" Ehh ! Taklah . Bukan macam tu . Aku suka kawan dengan korang . Macam dah lama kita kenal . Padahal baru hari ni aku sekolah . Just ada yang mengganggu fikiran aku sekarang ni ... " kataku seraya menyambung lipatan baju ku lalu memasukkannya ke dalam almari aku .

" Apa yang mengganggu fikiran kau ? Pakwe ehhh ? " kata Nana seraya sengih nakal . Pakwe ?? Dah lama dah tu . Tak payah nak ingat lah . Past is past Leyra !

" Bukanlah ! " aku tunduk memandang baju aku . Taknak aku dorang pandang air muka aku ni yang gelabah semacam bila si Nana ni cakap pasal pakwe . Dah lah tiga-tiga pandang aku .

" Habistu ? "

" Kenapa si ais batu tu ? Bisu ke apa ? " kataku . Akhirnya aku luahkan juga apa yang terkandung dalam fikiran aku . Pasal si ais batu tu ! Mengena sangat dengan nama Aisy .

" Ais batu ? Siapa makluk yang kau gelar ais batu ni ? " soal Aziey .

" Adoyaiii ! Si Aisy tu lah . Kat kantin tadi diam jer . Kat kelas diam juga . Bisu ke ? " ujarku seraya memandang mereka bertiga .

" Ohhh . Pasal dia . Kenapa ? Dah jatuh cinta ehh kat dia ? " soal D dengan sengih nakal . Jatuh cinta ?

" Bukanlah ! Aku just confuse . Dia tu kenapa ? Diam jerr . "

" Dia memang macam tu . Kalau ada perkara penting jer , baru dia akan cakap . Susah betul nak dengar suara dia tu . Kalau dengan member dia , dia okey jerr . " ujar Aziey

Aku just meng'ohkan kenyataan tu . Jadi bukan bisu lah ?

DEKAT LIBRARY . ( 4 Boys POV )

" Kau dah kenapa Isy ? Diam jer semenjak si Hani tu ada . Selalunya kau cakap juga dengan diorang biar sepatah perkataan . " soal Afiq .

" Salah ke aku diam ? Takkan aku nak berhuhu haha pulak . Kang dia kata aku ni macam orang tak betul . " jawab Aisy .

" Mana ada salah . Pelik lah juga . Or kau masih tak boleh move on dengan si Damia tu ? " tanya Afiq . Yang si Hafidz dengan si Rayyan ni khusyuk jer buat kerja .

" Apa kau ni !? Aku dah move on . Kau tak payah sebut nama betina tu lagi ! Aku tak suka lah ! " kata Aisy separuh menjerit .

" Shhhh . Weyy , ni library lah . Korang tak nampak tu ? ' SILA SENYAP ' . Takkan korang tak faham bahasa melayu kut ? Korang kalau nak gaduh bukan kat sini ! Pergi dekat padang sana ! " kata Rayyan . Jarang betul nampak Rayyan ni marah -marah . Selalu nampak dia buat lawak jer .

Mamat berdua ni pun macam dah hilang kata-kata . Terus senyap .

" Hah ! Kan bagus macam ni . Tenang juga akhirnya . " kata Hafidz seraya menyambung kerjanya dek terganggu oleh si Aisy dengan si Afiq .

" Diamlah kau ! " kata Afiq dan Aisy serentak .

________________________________

Sorry lambat update . Kat kepala ni takde idea . Kosong ! Sorry juga kalau cerita ni membosankan . Sebab ni first time buat novel . Keep reading and enjoy it !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience