Rate

Part 1

Other Series 2711

Omg ! Are you kidding me ? Hari ni hari pertama sekolah dekat Emerald Highschool . Dahlah aku tak tahu nak pakai baju apa ! Okey fikir Leyra fikir .....

Aku berjalan menuju ke wardrobe lalu membukanya . Mama kata hari ni aku kena pakai baju kurung . Maigod ! Leyra tak suka pakai baju kurung ! Tolonglahhhh ! Nak tak nak , aku
terpaksa pakai baju kurung . Aku pakai baju kurung warna biru langit dan shawl warna senada . Macam nak beraya lah pulakkk . Aku letak bedak sedikit dekat muka aku dan calit lip balm supaya bibir tak lah pucat sangat . Kang nanti ada yang jadi mayat hidup !

Aku rapikan tudungku dan sembur sedikit minyak wangi kegemaran aku . Aku lihat diriku di pantulan cermin . Okey siap !

'Macam mana lah rupa sekolah tu ehh ..... '

Lamunanku terhenti apabila mendengar jeritan 'merdu' mama dari tingkat bawa yang menyuruhku turun untuk breakfast .

" I'm coming mama. " jeritku dari bilik lalu bergegas ke bawah .

" Selamat pagi mama papa ." kataku lantas duduk di kerusi meja makan untuk sarapan .

" Selamat pagi anak papa ." sahut papa .

" Amboi.... Lawanya anak mama ni . Macam budak tingkatan 5 dah padahal umur baru 15 . " kata mama sebaik sahaja tiba di meja makan . Aihh mama ni . Hari-hari pun kena puji , mana tak kembang semangkuk Leyra ni . Haha

" Pa sekolah Leyra dekat mana ehh ? Cantik tak ? Cikgu dia garang ke ? Papa temankan Leyra ehh... " ujarku sebaik sahaja habis makan .

" Aihh Leyra ni ... Tanya lah satu-satu . Pening kepala papa tau . " kata papa . Hailah anak aku sorang ni .

" Sorry Pa ." kataku seraya menyusun sepuluh jari memohon maaf . Ehh ? macam raya lah pulak .

" Leyra tak payah banyak soal . Lepasni kena gerak dah . Leyra dah lewat ni . Leyra tak usah risau . Papa dah urus pasal sekolah Leyra tu . Nanti papa teman Leyra sampai pejabat sekolah tu ehh . " kata papa . Kalau macam tu takde lah yang nak dirisaukan .

Sebaik sahaja aku mengucup tangan mama , aku terus berlalu ke kereta Alphard papa . Aku melambai tangan ke arah mama . Mama membalas lambaian aku . Macam tak balik jak kau ni Leyra . Lalu kereta papa selamat membelah jalan . I'm coming Emerald Highschool !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience