Rate

BAB 2

Short Story Completed 3394

Sejak itu hidupku seolah-olah tanpa pegangan, yang aku lakukan hanya menangis dan menangis tanpa bertindak apapun. Sadar dengan keadaanku yang sebegini rupa.

"aku sedar semua ini hanya akan membuat hidupku hancur! bukan hidupku saja yang akan musnah.. aku bimbang hidup anak-anakku turut terkena tempiasnya..." bisik hati kecilku.

Aku tidak mahu hancur dan menjadi insan yang lemah!….aku tak mahu hanyut dlm kesedihan….itu yang tiba-tiba ada dlm benakku, yang membuatku bangkit dan bangun dari tidur panjangku. Akupun bangkit untuk memujuk kembali hatiku yang tlah membeku karana kecewa.

Aku mencuba untuk bangkit dari mimpi buruk ini, aku mencuba sedaya upaya, walau mengambil masa.. tapi aku optimis yang aku boleh! Diantara kepingan hatiku, aku berusaha berdiri tegak walau aku tak kuat dan memerlukan dorangan dan sokongan moral..

Sebagai langkah awal, aku mengambil wudhu dan membaca alquran bagi memenangkan diriku yang telah tak tentu hala... Subhanallah…….. disaat aku memerlukan jawapan atas persoalan hidupku, ada secercah jawapan dariNya. Jawapan yang membuatku lega dan boleh tersenyum kembali.

“Kami tidak akan menurunkan Al-qur’an ini kepadamu agar kamu celaka” (quran surah Thahaa ayat 2) ayat ini yang telah membuatku tersenyum kembali, ayat ini yang telah membuatku kembali bersemangat untuk kembali dan …tentu banyak kalam Allah yg membuatku kembali berdiri teguh diatas jalannya.

Ya…aku boleh menerima semuanya sekarang walau aku masih memerlukan seseorang untuk menguatkanku.

“Apakah kamu tidak ingin masuk syurganya Allah..?” kalau kamu redha, iklas dan sabar, insyaAllah syurga dlm genggamanmu, tapi kalau kamu tidak mampu menghadapi ujian ini dengan sabar, kamu boleh mengajukan cerai...walau ianya dibenci Allah.”“

" Untuk menggapai syurga Allah, tidak hanya dengan jalan ini saja sarah, masih banyak lagi jalan yang boleh membawa kita menuju ke syurga Allah..?iya kan sarah?” nasihat seorang sahabat baik terhadapku.

“Ujian yang kamu hadapi sekarang ini adalah menunjukkan kamu kuat untuk menghadapinya ...Allah memberikan ujian ke atas umatnya sesuai dengan kemampuan umatNya… Allah maha tahu” jawab sahabatku dengan penuh kelembutan dan wibawa.

Itulah dialog antara aku dan sahabatku di saat aku tidak sanggup lagi untuk memendam masalahku seorang diri.

Dengan berbagai pertimbangan, akhirnya…akupun menyetujui dan merestui pernikahan suamiku. Keputusanku ini bukan bererti tanpa melalui perdebatan yang sengit, antara aku dan suamiku, juga antara aku dan batinku.

Bahkan aku berkali kali meminta nasihat dgn orang yang aku anggap boleh menjawab dan memberikan aku jawapan kepada masalah yang aku hadapi tika ini.

Dan aku tinggalkan semua rasa pedih dan sakit hati. Segala yang aku inginkan hanyalah demi kebaikan semua pihak.

Waktu yang telah ditunggu-tunggu oleh suamiku telah berkunjung tiba…aku sibuk menyiapkan segalanya…..ya segalanya!! …menyiapkan pernikahan suamiku, mulai dari urusan hal tetamu jemputan, catering sampai urusan bilik pengantin disebuah hotel terkemuka di petaling jaya.

Semua ini tidak berat bagiku.. menyediakan semua ini..Yang paling berat adalah menyiapkan hati dan perasaanku agar aku boleh menerima semua ini bahkan sampai ke level ikhlas...

Disebuah masjid yang sudah tertata emas dan dingin, dengan karpet merah terhampar indah, tak lupa ada meja pendek ditengah dgn sebuah vas bunga nan cantik… aku duduk disebelah suamiku.

Para tetamu pun datang sebelum waktu yg telah ditetapkan, sesekali aku menghela nafas panjang…ada rasa sakit dan sesak yang kurasakan... benak ku bersuara, " sanggupkah aku menghadapi semua ini? "

Dan… mempelai wanita dengan memakai kebaya putih kelihatan sangat anggun dengan solekan moden yang telah bersedia untuk menjadi pendamping suamiku kelak.

Ya Allah….kuatkan aku…kuatkan aku, suara batinku tak henti-hentinya bersahutan, karana melihat suamiku bersanding dgn wanita lain. Teringat aku akan sumpah setia suamiku dulu, akan setia kepadaku hingga ke nafas terakhirku, namun.. *aku menghela nafas panjang*

Tak boleh kubendung lagi.. air mataku perlahan bercucuran seiring dengan desahan nafasku. “aku tak tahan ya Allah….kuatkan aku…kuatkan aku Allah…kembali lagi aku memohon kekuatan kepada Allah dari bilik hatiku!! semua ini sekejap sahaja!! teriak hati kecilku.. namun akal warasku menafikan itu semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience