PROLOG

Romance Completed 249896

Pintu ditendang hingga pecah. Dia memasukkan tangannya untuk membuka tombol pintu itu dari dalam rumah. Jeritan seisi rumah semakin kuat kerana ketakutan.

Setelah berjaya membuka pintu itu. Dia masuk ke dalam rumah dengan sepasang wajah yang bengis dan dingin.

Sepasang suami isteri saling berpelukan dengan riak wajah yang ketakutan melihat lelaki di hadapan mereka. Beberapa pengikut lelaki itu masuk dan mula menyelongkarkan barang-barang di rumah itu.

"Kau tau aku datang sebab apa kan?" Soal lelaki itu sambil menghalakan pistol ke arah lelaki tua itu. Si isteri menjerit histeria dengan meminta tolong mengharapkan ada seseorang yang datang menolong mereka.

Kedua orang tua itu memiliki hutang pada dia sebanyak RM50k. Hutang itu dibuat sejak tahun lepas dan hari ini telah masuk 9 bulan mereka tidak membayarnya semula.

Yang buat dia semakin marah adalah saat lelaki itu hendak mengutip hutang mereka rupa-rupanya mereka telah pindah di rumah baru ini tanpa pengetahuan dia hanya semata-mata ingin lari dari membayar hutang yang telah mereka buat tahun lepas.

Hal itu telah menambah kerjanya untuk mencari mereka semula. Jika mereka tidak lari, dia juga tidak akan berkasar seperti itu.

"Kau jerit, aku tekan" isi peluru dimasukkan ke dalam lubang pistol. Jarinya hanya tinggal menekan butang pistol itu saja untuk melepaskan pelurunya ke arah kepala lelaki itu.

Wanita tua itu terdiam semula. Dahinya berpeluh-peluh di hadapan. Kedua mereka membisu. Barang-barang di rumah itu habis dibongkarkan hingga berselerak dengan teruk.

Dia menoleh ke kanan. Matanya terfokus pada gambar keluarga lelaki tua itu. Lelaki itu mendekati gambar yang digantung di dinding itu.

Di dalam gambar itu terdapat kedua orang tua itu, dua orang lelaki dan seorang gadis. Wajah gadis itu direnung dengan tempoh yang lama.

Wajah gadis itu sangat manis dan berbeza dari mereka yang lain. Gadis itu terlihat seperti kacukan arab walhal ibu dan ayah serta dua orang abangnya hanya terlihat seperti orang cina sahaja.

Hanya wajah gadis itu yang berbeza dari ahli keluarganya yang lain. Mungkin dia anak yang diangkat? Atau memang anak kandung kepada orang tua itu

Selang beberapa saat lelaki itu menoleh dengan senyuman yang sinis ke arah kedua orang tua itu semula.

"Kau ada anak dara?" Soal lelaki itu pada mereka. Kedua mereka mengangguk kepala dengan ketakutan.

"Aku ada cara untuk kau lunaskan semua hutang kau tanpa menggunakan duit" cadang lelaki itu sambil tersenyum aneh. Pengikut lelaki itu terhenti mendengar ucapan tuan mereka sebentar tadi. Apa yang tuan mereka itu maksudkan?

"Bawa anak perempuan kau dekat tempat aku. So hutang kau will be settled begitu saja" kata lelaki itu namun tawarannya itu kurang menyenangkan mereka.

"Bagi saya masa Tuan..saya janji akan bayar semuanya" minta lelaki tua itu iaitu ayah kepada anak perempuan yang lelaki itu mahukan sebagai tawaran melunaskan hutangnya.

"Aku bagi kau tempoh sampai minggu depan. If kau tak settle bayar lagi. Rela tak rela, kau kena serahkan anak perempuan kau dengan aku"

"Sekali lagi kau cuba untuk lari. Kau akan tau akibatnya nanti" pesan lelaki itu sebelum dia berbalik tubuh lalu meninggalkan rumah si penghutang itu.

Pengikut-pengikutnya turut pergi dari situ setelah tuan mereka keluar daripada rumah si penghutang itu.

Ayasha mengeluh berat. Namanya terus dipanggil oleh majikannya untuk buat semua pekerjaan di kedai makan itu.

Dengan gaji yang serendah RM900 sebulan itu hanya cukup makan sahaja. RM600 akan diambil oleh ibu dan ayahnya untuk melunaskan hutang mereka yang banyak sementara sisanya untuk Ayasha.

Namun walaupun begitu. Selebihnya itu akan dibelanjakan untuk membeli barang-barang keperluan di rumah. Sedikit pun bukan untuk dia bersenang-senang.

Apa yang masih ada dan yang masih boleh digunakan itu dia tetap hargai dan dimanfaatkan dengan baik. Apa-apa pun menyara keluarganya dengan gaji kecil itu adalah perkara yang penting baginya.

Ayasha bergegas membersihkan meja makan yang telah selesai digunakan oleh pelanggan yang sebelumnya tadi.

Bila malam mula menjelang mereka harus sedia bekerja lebih masa kerana sekumpulan pakcik-pakcik dan remaja muda akan lepak dan makan di situ.

"AYA!" Ayasha menoleh mencari pemilik suara yang dia kenal itu.

Itu ayah dia.

Ayah sedang berjalan pantas ke arah dia. Namun yang buat dia binggung adalah riak wajah ayahnya ketika itu. Wajah ayah terlihat sangat marah padanya.

"Balik sekarang!" Mata Ayasha membesar. Kenapa tiba-tiba saja ayah marahkan dia dan menyuruh dia pulang? Padahal dia sudah minta izin untuk keluar bekerja pagi tadi.

Larangan di kampung mereka tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara zina sahaja. Ayasha bahkan tidak berdua-duaan dengan lelaki sama sekali. Bercinta pun lagi tidak pernah.

Disebabkan undang-undang di kampung mereka itu terlalu ketat. Dia jadi tidak berani melakukan hal yang terkutuk. Jika dilanggar maka mereka akan dikeluarkan daripada kampung itu oleh seluruh orang kampung.

Hidup di kampung ini membuatkan dia merasa seperti tinggal pada tahun 80-an. Kampung yang dia tinggal terlalu kuno dan terlalu mementingkan cara kehidupan zaman nenek moyang mereka dahulu.

Agak pelik namun itulah yang terjadi pada kampung yang Ayasha tinggal sekarang.

"Abi ada apa?" Soal Ayasha dengan gelaran Abi sebagai ayah. Dia sudah biasa guna gelaran itu sejak dia kecil lagi.

"Balik sekarang!"

"Tapi Aya masih kerja abi.." balasnya dengan reaksi yang binggung melihat perubahan ayahnya itu.

"Kenapa susah sangat nak faham. Abi suruh balik. balik jela! Tunggu apa lagi! Balik sekarang!" Jerit ayahnya dengan tinggi hingga dia naik tangan kepada Ayasha.

Ayasha terpaksa meninggalkan kerjanya sebentar. Jika dia terus di situ, orang ramai akan perhatikan mereka dan itu akan menjadi buah mulut orang-orang kampungnya nanti.

"Kita nak ke mana ni abi?" Soal Ayasha pada ayah namun ayahnya hanya membisu sepanjang perjalanan mereka menaiki bas awam itu.

Selepas ayahnya menyuruhnya pulang tadi. Ayah tiba-tiba meminta dia untuk bersiap keluar. Tapi kenapa perlu sampai marah-marah saat menyuruh dia pulang tadi.

Dan sekarang tiba-tiba ayahnya mahu bawa dia ke suatu tempat yang dia sendiri tidak tahu di mana. Itu buat dia tertanya-tanya hingga sekarang. Seperti ada yang tidak kena saja.

Ayasha memandang ke luar tingkap bas itu. Bas tiba-tiba berhenti di kawasan istana iaitu istana dimana tempat Raja Muda terakhir tinggal.

Ayasha turun daripada bas setelah ayahnya meminta dia untuk turun. Dia memandang ke sekeliling tempat itu. Matanya terbungkam melihat istana yang terbina megah di hadapannya itu.

Sejak dia lahir, dia tidak pernah jejak kawasan ini walaupun istana itu berada di dalam negerinya sendiri. Bahkan wajah Raja Muda terakhir pun dia tidak pernah tahu bagaimana.

Tiada siapa yang tahu muka dia bagaimana. Wajah orang-orang penting adalah rahsia terbesar negeri itu. Hal itu dirahsiakan untuk menjaga keselamatan Raja Muda dan kaum kerabatnya yang berkedudukan tinggi.

Namun segelintir mereka yang tinggal di istana telah melihat muka Raja Muda seperti hamba-hamba yang bekerja di bawah Raja Muda serta ahli keluarga Raja Muda tersebut.

Ayasha mengikuti ayahnya dari belakang. Pengawal istana membuka gerbang utama untuk beri mereka masuk.

Dahinya berkerut dengan riak wajah yang binggung. Pengawal itu seakan-akan tahu yang mereka akan datang ke situ makanya dia membuka gerbang itu tanpa bercakap banyak.

Kerana yang Ayasha tahu hanya orang tertentu saja boleh masuk ke dalam istana itu.

"Abi ada urusan dengan Raja ke? Kenapa kita ke sini?" Soal Ayasha yang tidak henti ingin tahu itu.

"Mulai hari ni Aya adalah hamba milik Raja Muda. Kerja untuk dia"

Langkah Ayasha terhenti. Dia terkejut mendengar jawapan ayahnya itu. Kenapa tiba-tiba saja dia dijadikan sebagai hamba milik Raja Muda. Padahal dia tidak buat apa-apa kesalahan sama sekali.

Bahkan ayahnya tidak meminta pendapatnya sebelum dia dibawa ke sini.

Untuk menjadi hamba adalah bersebab. Pertama untuk melunaskan hutang yang tertunggak, kedua untuk menyara kehidupan mereka yang miskin dan yang terakhir untuk dijadikan gundik buat sang Raja Muda itu.

"Apa maksud abi. Kenapa tiba-tiba Aya kena jadi hamba Raja Muda?"

"Aya taknak..Aya taknak jadi hamba" kata Ayasha yang enggan menerima kenyataan itu. Dia sanggup mati daripada dijadikan hamba. Hamba adalah status yang paling rendah baginya.

"Kau dah sampai?" Suara lelaki garau itu menganggu Ayasha yang sedang menentang untuk jadi hamba kepada Raja Muda itu.

Ayasha tersentak. Lelaki itu adalah penagih hutang mereka. Namanya Vin. Bagaimana dia boleh ada di sini? Bukankah mereka sudah larikan diri dari dia. Bagaimana dia boleh jumpa keluarganya di sini.

"Apa maksud semua ni abi? Kenapa abi diam?" Soal Ayasha dengan nada suara yang sedikit lantang.

Tapi dia lupa yang itu tidak penting sekarang. Yang lebih penting adalah kenapa dia dijadikan hamba di sini.

Ayasha memandang ayahnya di sebelah. Wajah ayah terlihat sangat ketakutan membuat keputusan. Dia seperti teragak-agak nak untuk menjelaskannya.

"Abi gadai Aya? Betulkan?" Teka Ayasha yang sudah mula mengerti apa yang ayahnya sedang lakukan sekarang. Ayah terlihat cuak dan gelisah.

"Kau milik aku" lengan Ayasha ditarik oleh lelaki itu kemudian dia bawa Ayasha kebelakang dia.

"Kau boleh pergi sekarang. Hutang kau aku kira dah selesai sepenuhnya" air mata Ayasha berlinang ke pipi. Bagaimana ayahnya sendiri sanggup melakukan ini semua kepada dia? Apa salah dia?

"Lepaskan aku!" Pengikut lelaki itu menahan Ayasha dengan kuat saat Ayasha berusaha untuk melarikan diri dari genggaman Vin tadi.

Hatinya hancur dan remuk melihat ayahnya pergi meninggalkan dia tanpa menoleh ke belakang sama sekali. Pandang dia untuk kali terakhir pun tidak.

Ayahnya meninggalkan dia tanpa berkata selamat tinggal bahkan tanpa persetujuan dia sama sekali. Ini benar-benar satu penghinaan yang besar baginya.

"Bawa dia ke ruang periksa"

"Ruang periksa?" Ayasha berkerut dahi. Ruang jenis apa itu? Kenapa tiba-tiba dia harus dibawa ke situ? Untuk melaksanakan pemeriksaan ke? Kedua tangan Ayasha ditarik dengan kuat.

"Aku boleh jalan sendiri lah!" Bentak Ayasha dengan kuat. Mereka menahan pergelangan tangan Ayasha terlalu kuat hingga dia merasa kepedihan namun dia tetap tahan.

Author nak cuba sesuatu yang baru. Terima kasih yang sudi singgah <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience