Isteri Tidak Rasmi

sunny.z

Romance Completed 247244
5
(1606 ratings)

Synopsis

Hidup di kampung itu, segala undang-undang wajib dipatuh. Orang kampung yang miskin, yang tidak mempunyai kedudukan ataupun darah kerabat akan terus ditindas, dipijak, dan dihina. Kekuasaan sepenuhnya terletak pada orang-orang kaya, orang yang memberi pinjaman wang dan kaum kerabat Raja Muda terakhir. Bagi mereka mengekalkan cara hidup nenek moyang mereka adalah satu khazanah yang wajib dikekalkan. Namun yang lebih hina lagi apabila seorang rakyat dijadikan hamba kepada Raja. Hamba? Apa mereka mengerti apa yang dimaksudkan oleh hamba? Menjadi hamba adalah satu penghinaan yang besar. Menjadi hamba pasti ada sebabnya. Pertama adalah untuk melunaskan hutang yang tertunggak, kedua untuk menyara kehidupan mereka yang miskin dan yang terakhir untuk dijadikan gundik buat sang Raja Muda. "Abi gadai Aya? Betulkan?" - Ayasha. Ayasha gadis muda yang malang. Dirinya telah diserahkan kepada si penagih hutang demi untuk melunaskan segala hutang yang telah dibuat oleh keluarga. Remuk. Hatinya hancur apabila ayahnya sanggup menyerahkan dia sebagai nilai untuk menyelesaikan hutang keluarganya. "Bukan aku yang minta kau di sini. Sepatutnya kau sedar akan posisi kau yang rendah itu Aya. Dan fikir secara waras dengan siapa kau sedang berbicara sekarang" - Arash Arkawi. Demi apa pun Ayasha tidak boleh menidakkan apa yang telah berlaku. Akur, patuh dan dengar daripada dia dianggap menderhaka kepada pemimpin yang mereka sanjung-sanjungkan itu. "Dikau bermula membalas mesra saat aku sudah nirrasa" itulah pengakhiran bagi cinta yang pernah berputik dihatinya saat itu. *Jalan cerita, watak, budaya dan sejarah yang terdapat dalam novel ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan perkara hidup di dunia sebenar. Ini hanyalah imaginasi fantasi penulis semata-mata*


Share this novel

Rate this story


Comments

yeos_s
2024-06-18  2 Replies

aaiishh...tiba2 mlm ni chapter dh kena lock...tak puah hati betul laa..

babybiy
2024-05-02  1 Replies

akhirnya semua watak bahagia dgn pasangan masing masing.. tahniah sunny terbaik novel ni

melati
2024-05-02  1 Replies

Wow best .. happy ending. tak sangka ratu pregnant lagi..

sunny.z

1025 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience