Hantu di bilik stor?

Horror & Thriller Completed 5092

Nama aku , Faeez . Aku ingin menceritakn sebahagian daripada pengalaman seram yang aku alami ketika aku berusia 19 tahun .

Cerita bermula ketika aku berkerja sebagai Sales Assistant di Jusco . Macam biasalah , kadang-kadang aku kene bekerja "Full-shift", jadi sentiasa akan balik lewat malam demi mencari rezeki .

Sering juga aku dengar khabar-khabar angin yang disampaikan dari rakan tempat kerja aku tentang penampakkan dan gangguan makhluk halus yang berlaku di stor simpanan barang makanan basah . Waktu sudah tepat pkul 11.00 malam , semua pekerja Jusco sudah balik awal , tinggal aku seorang saja waktu tu, disebabkan waktu itu aku tertinggal beg duit di kaunter . Sebenarnya aku pun tak berapa ambil tahu dengan hal-hal yang mereka ceritakan itu , cuma aku tidak sedap hati bila aku lalu di depan stor itu dan merasakan seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikan aku .

Jadi hati aku tergerak untuk nak lihat apa yang ada didalam stor itu , kalau-kalau lah aku dapat terserempak dengan "benda" yang sering disebutkan itu . Aku pun buka suis lampu , aku memerhatikan di sekeliling ruang di dalam stor itu . Bau busuk daging dan ikan mentah kuat menguasai ruang stor itu.

Aku pun menutup semula suis lampu dan berjalan keluar dari stor itu . Tiba-tiba ,
aku terbau bau bangkai yang tak tahu dari mana datangnya . Dalam fikiran aku mungkin itu bau daging2 mentah yang da disimpan terlalu lama . Tapi tiba-tiba saja satu bekas telur ayam dari rak di dalam stor itu jatuh .

Aku tergamam seketika selepas melihat telur itu jatuh lalu aku terus beredar dari situ tanpa memikirkan apa yang menyebabkan ia terjatuh . Jelas .. seperti dijatuhkan oleh sesuatu yang kuat sehingga mampu menolak ia . Boleh dikira jarak rak bekas telur Nutriplus itu agak jauh sedikit dari tempat dimana telur itu terjatuh .

Aku tergesa-gesa keluar dari pintu masuk pekerja, lalu pergi mengambil topi keledar dan beg aku didalam "locker room" . Tiba-tiba aku terbau lagi bau bangkai yang sama semasa di dalam bilik stor tadi . Kali ini ia membuat aku terasa seperti nak muntah , tak dapat bayangkan bagaimana busuknya bangkai tu seolah-olah muka aku sedang menghidu tepat ke bangkai mayat manusia !

Aku terus bereda keluar sambil berlari menuju ke  motosikal aku . Selepas sahaja aku menghidupkan enjin motosikal , aku terasa agak berat sedikit dibahagian belakang . Aku hanya berfikir mungkin hanya beg aku yang penuh dengan barang .

Aku mulakan perjalanan itu dengan keadaan yang tak berapa selesa . Bulu roma yang sentiasa menegak , tidak dapat dijelaskan bagaimana perasaan aku ketika itu . Takut , seram , risau , semuanya menyelubungi perasaan aku. Aku lalu di sebatang jalan yang kiri kanannya terdapat hutan tebal , aku terbau lagi bau yang sama ! Kali ini ia membuatkan aku betul-betul termuntah di bawah satu pokok di tepi jalan .

Apa yang aku makan waktu rehat tadi semuanya keluar balik . Selepas selesai muntah aku mendongak ke atas, tiba-tiba aku ternampak seperti susuk seorang wanita sedang bertenggek di atas pokok!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience