Kuku Langsuir

Horror & Thriller Completed 5092

Salam awak tolong ketengahkan cerita saya, nama saya ****** tapi saya mahu dikenali sebagai Ina sahaja. Cerita ni berlaku di dalam rumah yang saya sewa sendiri, pada akhir tahun lepas saya dpt surat sambung belajar di salah sebuah university di kawasan kedah. Jadi disebabkan asrama dah penuh dan saya pula tiada saudara mara yang menetap di kedah. Saya mengambil keputusan untuk menyewa seorang diri, nak dijadikan cerita bila saya search rumah sewa di kawasan kedah ni. Terjumpa pula dengan rumah hanya berharga RM200 sebulan. Rumah flat tingkat tiga, mempunyai 2 bilik tidur, 1 bilik air. Mula2 tu saya pelik juga, takut pun ada. Kenapa murah sangat? Tapi disebabkan tiada pilihan lain saya pun berpindah masuk. Lansung tak bagitahu ibu saya yang saya tinggal seorang diri. Saya cakap saya tinggal dengan kawan, terpaksa menipu takut nanti tak dibenarkan belajar pula. Jadi plan saya dah pindah masuk baru cari kawan yang nak pindah masuk, tapi tak sempat pun dah jadi satu hal hmmm..

..........

Berdirinya aku di hadapan pintu rumah itu sambil memegang beg beroda di dalam genggam dan menyandang satu lagi beg di bahagian belakang. Penat waktu tu agak2 dalam 2 jam jugak lah tunggu tuan rumah tu nak datang bagi kunci. Last2 bila sampai boleh tunjuk muka tersengih-2 pula.

"Lahh budak lagi?" terpacul perkataan tu keluar jugak dari mulut aku bila tengok budak lelaki pakai baju sekolah yang datang bagi kunci.

"Aah, mak suruh bg dekat akak. Ni no account nanti nak bayar sewa rumah.." kata budak tu sambil bagi aku sehelai kertas bertulis no account bank.

"Okay, deposit macam mana?" tanya aku pula.

"Deposit tak payah, mak cakap ikhlas nak tolong.." kata budak tu pastu terus lari turun tangga. Aku kat situ masih terpinga-pinga, terima kasih tak salam tak dia dah terus pergi. Okay takpelah mungkin sebab dia nak balik cepat kot. So aku pun masuk lah, letak beg godek sini godek sana. Lepastu aku ambil keputusan untuk mandi dulu sebelum nak kemas ke apa.. Nak dijadikan cerita waktu aku amik langkah nak ke bilik air tu, aku tersepak sesuatu benda kecil je, tak besar mane pun. Aku pun amek lah, rupa dia macam kurma tapi kecut gila. Tapi yang peliknya kat situ, bentuk benda tu macam kuku burung yang besar. Bila aku try hidu, bau dia macam bunga. Aihh ni memang pelik, so aku amek benda tu aku letak dalam bilik aku. Fikir2 nak gi tanya orang apa benda tu. Lepastu aku dah mandi kemas rumah semua, aku tidur.

Malam tu! Aku kena kacau dah, haihh menyesal simpan benda alah tu. Waktu2 tengah tidur, aku memang suka buka pintu biarkan lampu ruang tamu terbuka, aku tutup lampu bilik. So tak adalah gelap sangat. Ceritanya waktu tu aku terjaga tengok jam pukul 2:47 pagi. Aku pun mengiring ke arah pintu bilik, pejam celik pejam celik aku macam ternampak seorang perempuan pakai baju hitam, dengan muka hitam, dengan rambut berjurai tengah elok duduk atas tv dekat ruang tamu pandang ke arah aku. Aku pun apa lagi, terus selubung muka aku dengan selimut dan try tidur balik. Tapi memang tak dapat tidur lansung, sampailah pagi tu aku main phone je dalam selimut. Bila dengar azan subuh baru aku keluar, perempuan tu dah tak ada.

Tapi pagi tu aku lansung tak terfikir punca dari kuku yang aku jumpa tu, so aku buat tak tahu. Tak serik lagi tu, aku tidur lagi dekat rumah tu. Aku yakin benda tu tak akan jadi lagi, bagi aku benda tu menyinggah je. So aku tidur malam kedua tu aku terjaga juga tengok jam pukul 2:53 pagi. Haihh ni memang buat hal ni, fikiran aku dah fikir yang perempuan tu ada dekat situ lagi. So aku tak pandang lansung kat ruang tamu. Aku cuba sedaya upaya untuk tidur.. Aku selubung main phone tengok cerita. Tiba tiba....

"Heii~"

Aku dengar macam suara perempuan mengilai, hah sudah matilah aku. Aku dah fikir bukan2, tapi tak jadi apa pun. Sampai azan subuh, aku siap2 pergi cari makan semua. Aku terserempak dengan seorang makcik ni. Dari A ke Z aku cerita kat makcik tu, lepastu makcik tu kata nak datang rumah nak tengok rumah. Aku pun apa lagi, mungkin ada can nak pulih. So aku heretlah makcik tu datang rumah, sampai kat rumah dia belek sini belek situ. Lepastu dia masuk bilik aku, dia suka hati je buka laci aku dan ambil kuku yang aku jumpa dua hari lepas. Aku punyalah terkejut, aku memang dah lupa sungguh pasal benda alah tu.

"Benda ni jangan disimpan, selagi kau simpan selagi tu dia tak akan pergi." makcik tu cakap kat aku, aku terkejut gila lah. Aku tak sangka pula benda tu punca aku kena kacau, lepastu makcik tu bawak pergi dapur, dia bakar benda tu. Dan dia buang dalam tong sampah, tong sampah flat tu pula jenis yang terus sampai dekat bawah rumah sampah.. Jadi tak payah beli plastik sampah ke apa.

Lepas dah buang tu aku dah tak ada kena gangguan dah, makcik tu pesan dekat aku kalau jumpa benda pelik2 jangan simpan. Bakar lepastu buang, jadi aku pun ingat pesanan makcik tu. Aku habis belajar sampai dah balik rumah lansung tak ada gangguan lagi dah. Tu jelah cerita aku, sorry kalau bosan. Aku tak pandai nak bercerita, tulah kejap AKU kejap SAYA hehehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience