Wanita di bilik sebelah

Horror & Thriller Completed 5092

Admin, tolong post cerita saya ye.
Nama panggilan saya Hazmi, cerita saya ni adalah sewaktu saya pergi bercuti di Kuantan bersama-sama tiga orang lagi rakan saya. Iaitu dua perempuan dua lelaki (saya dan kawan saya).

Sewaktu sampai di depan hotel, macam biasa kalau pergi cuti mana-mana, aku yang akan disuruh keluar tanya bilik kosong. Namun rata-rata hotel yang kami pergi semua tak ada bilik kosong, mungkin sebab hari cuti umum, memang ramailah keluarga yang ambil keputusan nak melancong jauh. Jadi ceritanya kita orang pun berpusing-pusing dah dekat 2jam cari hotel tak jumpa-jumpa, sebab selalunya kami memang tak booking awal. Tapi tak pernah pula jadi sampai 2 jam tak dapat bilik lagi, entah apa nasib malang menimpa kami haritu.. Sampailah kami di sebuah hotel ni, tanya reception kata ada satu je bilik kosong. Di sebabkan kita orang dah penat sangat, ada lah plan nak ambil juga, pura-pura adik bradik je. Tapi mungkin dah nasib aku dan Hadi, ada pula seorang mamat ni turun cakap dekat reception nak tukar hotel. So reception tu bagi lah aku dan Hadi bilik mamat tu dekat tingkat paling atas tingkat lima, dan dua orang lagi kawan perempuan aku dapat bilik tingkat satu. Mula-mula masuk macam biasa kita orang akan mandi-mandi dulu, lepastu keluar makan kejap. Bila balik tu aku terpandanglah bilik dekat sebelah bilik aku dan hadi tu, berkunci dan siap ada lambang pangkah lagi. Tapi aku buat tak tahu jelah, aku fikir mungkin sebab bilik tu dah rosak atau terbakar macam tu je. Jadi malam tu Hadi dah tidur dulu, aku pula memang jenis tidur lewat suka main phone dengar lagu dulu and then baru tidur. So waktu tengah sedap-sedap tengok cerita Adnan Sempit, aku terdengar muzik datang dari bilik sebelah.. Bunyi dia kuar sangat dah macam disco, tapi dimainkan lagu-lagu lama. Jadi disebabkan aku malas nak keluar bilik, aku pun call reception buat complain.

"Tolong suruh orang yang duduk di bilik 502 ni senyap sikit, saya nak tidur pun tak dapat."

"Tapi bilik 502 tu tak ada orang encik, bilik tu memang dah dikosongkan dah dua tahun dah"

Kata-kata perempuan yang jaga reception tu memang buat hati aku panas, disebabkan aku tak percaya hantu-hantu ni semua, jadi aku anggap perempuan tu saja nak menakutkan aku. Lepastu aku pun terus letak genggang phone tu, aku keluar dan cuba ketuk bilik sebelah tu. Banyak kali aku ketuk tak ada orang buka juga. Aku pun try lah intai dari lobang pintu tu, apa yang aku nampak seorang perempuan cantik dalam lingkungan baya aku pakai baju gaun menari-nari seorang diri dalam bilik itu. Mungkin sebab aku dah jatuh cinta dengan kecantikkan dia, aku pun jadi lupa nak marah. So aku terus masuk tidur dan buat tak tahu je.

Keesokkan pagi pula, semua kawan-kawan aku dah turun tak sabar dah nak mandi pool. Tapi aku stay dekat depan pintu bilik aku, nak tengok kalau-kalau perempuan tu keluar. Boleh juga aku minta no handphone, tapi agak setengah jam juga aku tunggu tak ada siapa keluar. So aku pun mengalah jelah dan turun mandi pool sama-sama dengan dia orang. And then malam tu jadi juga, aku dengar muzik dimainkan pada pukul 3 pagi, jadi disebabkan hati aku kuat berkata perempuan tu mesti tengah menari lagi. Aku pun pergi mengintai, betul tekaan aku.. Perempuan tu ada, pakai baju yang sama engage menari-nari, tapi kali ni aku terdengah suara merdu dia turut menyanyi sekali. Lepas beberapa minit aku intai, kaki aku jadi lenguh so aku pun masuk tidur balik.

Tapi kejadian malam ketiga ni lain sikit, aku pergi intai lagi lepas dengar bunyi muzik dimainkan. Tapi yang aku nampak hanya warna merah. So aku masuk bilik call reception dekat bawah.

"Korang ada cat bilik 502 ni warna merah ke?"

"Tak ada encik, kenapa?"

"Haritu saya ada buat complain pasal muzik kat sebelah kuat sangat, korang cakap bilik tu kosong. So saya pun intai lah nak pastikan bilik tu kosong ke tak, saya nampak ada seorang perempuan tengah menari-nari dalam bilik tu. Dah beberapa hari saya nampak dia menari-nari, tapi harini saya nampak warna merah je. Awak ada cat bilik tu ke? Tak nak orang tengok?"

"Maaf encik, kami terpaksa rahsiakan hal ini, tapi disebabkan encik dah tanya. Harap encik tak kongsi dengan orang lain pasal ni... Bilik tu dikunci sebenarnya dua tahun lepas anak perempuan pemilik hotel ni bunuh diri dalam tu, selepas tu semua penyewa buat aduan kena kacau dalam bilik tu. Mungkin yang encik lihat tu anak perempuan pemilik hotel ini..."

"Ish, tak mungkin lah.. Saya tak percaya lah hantu-hantu ni wujud. Tapi apa yang awak tahu pasal anak perempuan dia? Awak kenal dia?"

"Saya tak kenal dia encik, tapi orang kata waktu perempuan tu bunuh diri dia pakai gaun putih, rambut dia diikat sanggul macam pengantin, rupa dia cantik sangat tapi mata dia MERAH"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience