BAB 9

Romantic Comedy Completed 4441

"Betul cakap abang tu. Ibu Sunarti yang dah tua kerepot tu pun nak jadi juri. Jalan pun macam orang sawan nak jadi juri." Kata Baha, Penonton mula ketawa. Mereka menjadi teruja.

"Pandai kau. Ada ke patut Siti Zurina dilantik jadi juri. Dia sepatutnya jaga anak dan suami kat rumah. Aku rasa dia patut jadi petani macam suami dia. Tanam jagung kat ladang tu. Boleh ke? Tengok lipas pun dah lari lintang pukang." Kata Borhan.

"Yang sasterawan tu pun sama. Macam bagus saja. Tulis pun novel novel cinta. Tak pernah pun baca novel dia sampai guling guling kat lantai sebab ketawa. Dia bukan pandai buat lawak pun tapi nak tunjuk pandai." Kata Baha.

Keadaan sudah menjadi kecoh. Belum pernah lagi ada peserta yang berani menghina juri sebegitu rupa. Ada yang ketawa dan ada yang mencemuh dengan lawak yang dibuat oleh Borhan dan Baha itu. Mereka seolah olah membalas dendam kepada juri kerana mengkritik mereka dengan pedas pada minggu lepas. Apabila tiba juri juri memberi ulasan, mereka dikritik teruk terutama dari Tuan Haji Suhaimi Ali.

"Pada pandangan saya, mana mana pelawak yang berlawak dengan cara menghina orang ramai sepatutnya disingkirkan. Seorang pelawak adalah penghibur masyarakat dan bukannya menghina masyarakt seperti yang kamu buat ini. Kamu sudah sepatutnya bersara. Kamu adalah pelawak bersara. Kamu berdua sudah tak ada ilham lagi untuk menghasilkan lawak lawak bermutu. Lawak lawak kamu semuanya sudah basi dan memecah belahkan masyarakat." Hentam Tuan Haji Suhaimi Ali.

Kata kata Tuan Haji Suhaimi Ali itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton. Mereka bersetuju dengan komentar yang diutarakan oleh Tuan Haji Suhaimi Ali. Seperti yang diduga oleh penonton, Borhan dan Baha tersingkir pada malam itu. Mereka benar benar terkejut apabila Penghulu Ahmad mengumukan markah mereka sebagai yang paling rendah.

Mereka benar benar sedih dan kecewa. Mereka sangkakan mereka mampu meraih tempat pertama tetapi ternyata mereka silap. Mereka kecundang pada awal permainan. Selepas pertandingan tamat, Penghulu Ahmad berjumpa dengan mereka.

"Kan aku dah kata. Hati hati dengan apa yang kamu katakan. Lihatlah padahnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jujurnya aku bersetuju dengan pendapat Tuan Haji Suhaimi Ali itu. Kamu adalah pelawak bersara.. Sudah sepatutnya kamu bersara daripada buat lawak lagi. Pada tahun hadapan, kalau ada lagi pertandingan ni, kamu tak payah masuk lagi. Kamu patut bersara. Kamu berdua adalah pelawak bersara." Ujar Penghulu Ahmad dan berlalu dari situ.

Baik Borhan dan Baha cuma mampu memandang lesu dan sedih pada langkah derapan kaki penghulu Ahmad. Beribu penyesalan menghimpit mereka namun apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Mereka sepatunya menurut nasihat Tuan Haji Suhaimi Ali dan Penghulu Ahmad dan patut sedar sedari dulu lelucon mereka sudah basi dan dimamah waktu. Sudah tiba masanya lelucon bernafas baru dari orang baru menggantikan tempat mereka yang bertaraf pencen ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience