BAB 1

Romantic Comedy Completed 4441

Heboh satu kampung tatkala mendengar pengumuman yang baru sahaja diterima. Apa taknya pada minggu hadapan Kampung Mantik akan mengadakan pertandingan lawak. Nah! Sudah pasti ramai pelawak dan seniman dari Kampung Mantik dan kampung kampung yang berdekatan akan turut serta dalam pertandingan lawak itu. Penghulu Ahmad selaku penghulu di kampung itu telah menyediakan hadiah yang agak lumayan pada tahun ini. Sebenarnya pertandingan lawak ini telah dibuat selama tiga tahun berturut turut. Sepanjang tempoh itu, sambutan penduduk kampung amat menggalakkan. Pertandingan itu bukan sahaja ditonton oleh penduduk Kampung Mantik, malahan penduduk kampung yang berdekatan.

Apa signifikannya pertandingan ini, semua bersetuju bahawa ia bukan sahaja memberi hiburan kepada penduduk kampung, malahan boleh mengeratkan perpaduan di antara mereka. Pertandingan ini juga boleh menarik ramai pelancong dan pengunjung yang mahu menonton pertandingan lawak itu. Sudah pasti dapat menjana keuntungan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Ini adalah cetusan idea daripada Penghulu Ahmad sendiri. Bekas pesara guru itu memang seorang yang bijak. Oleh sebab itu, dia amat disenangi oleh penduduk Kampung Mantik.

Pertandingan lawak pada tahun ini akan diadili oleh empat orang juri. Juri yang pertama bernama Datuk Mansur. Beliau adalah wakil rakyat di kawasan itu. Dia amat disenangi oleh penduduk setempat. Seorang yang baik hati dan tidak sombong. Dia sangat disayangi oleh penduduk setempat kerana sifatnya yang selalu membantu rakyat di dalam kesusahan. Tidak hairanlah dia mampu menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama empat penggal. Selama ini dia hanya menjadi penonton sahaja. Apabila penghulu Ahmad menawarkan jawatan juri kepadanya dalam pertandingan itu, dia lantas bersetuju.

Juri yang kedua pula adalah Ibu Sunarti. Pelakon panggung bangsawan veteren yang sudah bersara dalam dunia lakonan. Keluarganya berasal dari Indonesia. Dia sudah lama menetap di bumi Malaysia semenjak sebelum merdeka lagi. Dia juga telah berkahwin dengan orang tempatan dan dikurniakan tiga orang anak serta dua orang cucu.

Juri yang ketiga pula adalah Siti Zarina. Pemenang Pertandingan Ratu Kebaya sebanyak tiga tahun berturut turut. Seorang yang sangat cantik dan menjadi kegilaan pemuda pemuda kampung suatu ketika dahulu. Namun, dia memilih Nasri yang merupakan seorang petani di kampung itu. Ramai orang terkejut kerana dia memlih Nasri yang miskin itu sebagai suami sedangkan begitu ramai pemuda pemuda kaya yang masuk meminangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience