Completed
4441
Namun, semua pinangan itu ditolak termasuk pinangan anak Penghulu Ahmad sendiri iaitu Mizan. Itulah namanya jodoh. Jodoh tidak mengenal pangkat dan harta. Apabila diselidiki betul betul, tahulah mengapa Siti Zurina boleh jatuh hati dengan Nasri. Nasri bukan sahaja tampan malah rajin dan bertanggungjawab. Tidak hairanlah sekarang mereka boleh hidup senang setelah tanaman Nasri kini dikomersialkan setelah mendapat bantuan dari kerajaan.
Juri yang keempat adalah Tuan Haji Suhaimi Ali. Seorang penulis dan sasterawan yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Mantik. Beliau kini bekerja sebagai seorang wartawan bahagian pengembangan sastera dalam sebuah akhbar tempatan. Beliau diundang sebagai juri kerana beliau adalah seorang pengkritik sastera yang agak kritikal. Dengan adanya beliau, sudah pasti pertandingan itu akan bertambah hangat dan kecoh kerana kepedasannya dalam mengkritik.
Peserta peserta yang menyertai pertandingan kali ini semuanya hebat hebat berlaka. Pelawak pelawak muda dan tua berganding bahu untuk menjayakan pertandingan itu termasuklah Borhan dan Baha. Pasangan adik beradik ini memang terkenal sebagai pelawak. Datuk dan bapa mereka adalah seniman panggung bangsawan suatu ketika dahulu. Sebenarnya sudah tiga tahun mereka menyertai pertandingan itu namun tidak pernah berjaya mendapat tempat pertama.
Mereka berharap agar pada tahun ini mereka berjaya meraih tempat pertama. Mereka adalah pelawak senior Kampung Mantik. Sudah lama mereka mencari rezeki dengan cara berlawak dengan penduduk kampung di samping mengusahakan kedai runcit tinggalan arwah ibu mereka.
"Aku rasa kali ni kita mesti menang. Kita kena membuat persediaan yang lebih rapi lagi kalau kita nak menang." Ujar Borhan dengan nada yakin ketika mereka sedang minum pagi di Warung Wak Pan.
"Betul tu. Tapi boleh ke kita kalahkan pelawak pelawak junior tu? Aku tengok mereka semua hebat hebat." Soal Baha.
Share this novel