BAB 2

Mystery & Detective Completed 397

Baru aku membaca tiga baris buku panduan Geografiku,telingaku terdengar
suara salakan anjing yang panjang.Suara itu tidak dapat aku pastikan
arahnya tapi aku yakin jauh dari rumahku.Rumahku sebenarnya agak
terpencil dengan rumah-rumah lain di kampungku.Jiranku yang paling dekat
jaraknya adalah setengah kilometre dari rumahku.Sebagai sebuah rumah
kampung,rumahku terletak di kawasan kebun kelapa.Setengah kilometer di
belakang rumahku adalah kawasan belukar.Aku menjangka suara anjing yang
panjang macam suara serigala itu dari situ datangnya.

Aku meneruskan pembacaanku.Sekali lagi salakan anjing yang panjanng itu
tertengkap oleh telingaku.Kali ini suara itu rasakan semakin hampir
dengan rumahku.Hatiku tersentak sedikit dan buluh roma tanganku terasa
meremang.Aku cuba berbuat selamba,seolah-olah seperti biasa.Tapi
ternyata aku tidak boleh menipu diriku sendiri.Dadaku mula
berdebar.Serentak dengan itu aku dengar bunyi daun-daun kelapa berlaga
ditiup angin.Apabila angin dari luar menerjah kemukaku,barulah aku sedar
tingkap masih terbuka.Aku bergegas bangun untuk menutupnya.

Aku menyanyi-nyanyi sendiri untuk menenangkan fikiran tetapi tertanya
tidak boleh.Aku duduk semula di meja belajarku dan cuba menatap buku
semula.Busahaja aku duduk,telingaku terdengar daun pintu rumah
diketuk.Debar dadaku bertambah kencang.Siapa? Hatiku bertanya sendiri
tetapi tidak dapat menjawabnya.Kalau bapa ibu sudah balik,masakan bunyi
enjin motorsikalnya tidak aku dengar.Begitu juga kalau abang
balik.Masakan mereka hanya mengetuk pintu sahaja tanpa memberi
salam.Senyap.Tetapi hanya sekatika.Salakan anjing dari belakang rumah
bergema kembali seolah-olah ada sesuatu yang sedang diperhatikan oleh
anjing itu untuk diberitahu kepada temanya.Telingaku kembali mendengar
ketukan di muka pintu.Kali ini agak kuat.Tetapi kenapa sudah berhenti ?
Aku masih terduduk kaku di depan meja tulis.Tidak berani untuk alu
menghampiri pintu.Biarlah ketukan itu terus bergema, biarlah!Hanya
ketukan yang disertai salam sahaja yang akan aku buka.Biarlah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience