BAB 1

Mystery & Detective Completed 397

Aku sememangnya jarang bersendirian di rumah.Tetapi malam ini aku
terpaksa.Bapa dan ibu terpaksa ke Kampung Teluk untuk menghadiri majlis
perkahwinan sepupuku.Tidak mungkin untuk aku mengikut mereka kerana aku
harus mengulangkaji pelajaranku.Ini kerana peperiksaan SPM akan
menjelang tidak lama lagi.Seperti biasa,abang pergi berlatih marhaban di
rumah tuan imam.Walaupun aku sabenarnya bukan berani sangat tetapi aku
menolak pelawaan bapa dan ibu untuk pergi bersamanya.“Tijah nak
belajar,periksa tak lama lagi”,itu alasanku.

Jam dinding di biliku menunjukkan pukul sebelas malam.Aku telah belajar
sejak pukul Sembilan tadi iaitu setelah aku selesai sembayang
Isyak.Seperti biasa,mataku belum mengantuk lagi kerana biasanya aku
tidur pukul satu pagi.Aku harus belajar dengan tekun kalau mahu
berjaya.Daripada menelaah mata pelajaran Bahasa Melayu,aku beralih
kepada Geogarafi.Aku sememangnya mempunyai jadual yang ketat untuk
mengulangkaji pelajaran.Dan pada kali ini aku harus menelaah tentang
perindustrian di Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience