BAB 3

Mystery & Detective Completed 397

Diluar angin kencang terus bertiup.Ini aku ketahui melalui bunyi gemuruh
daun-daun kelapa berlaga.Mendengarkan bunyi angin bertiup itu hatiku
teringat sesuatu.Pada minggu lepas satu pembunuhan telah berlaku di
kampungku ini.Seorang perempuan tua telah dijumpai mati dalam keadaan
yang mengerikan.Tubuhnya dikelar-kelar dan mayatnya digantung di pokok
getah.Sehingga kini pihak polis belum dapat mengesan lagi
pembunuhnya.Adakah pembunuh itu berada di luar?Adakah pembunuh itu yang
mengetuk pintu tadi?Tidak!Hatiku membentak.Mulutku kumat-kamit membaca
al-Fatihah dan ayat-ayat suci yang aku hafal.Tetapi gementar
dadahku,perasaan khuatirku,takutku dan gelombang perasaanku terus
bermaharajelela.

Tiba-tiba aku terdengar suatu benda terjatuh dari bumbang rumah.Aku
begitu terkejut.Kalau tidak telingaku mendengar suara kucingku,sudah
pasti aku menjerit.Rupa-rupanya kucingku,sudah terjun ke lantai dari
bumbung kemudianya bunyi salakan anjing di belakang rumah bergema
semula.Kali ini rasakan semakin hampir di dapur rumah.Mulutku semakin
laju berkumat-kamit membaca ayat-ayat suci.

Sekali lagi aku dengar pintu rumah diketuk.Kali ini dengan agak
kuat.Sementara itu angin kencang tadi mula disertai hujan gerimis.Atap
zink rumahku disirami hujan gerimis sehingga bunyinya meriuhkan lagi
suasana.Baru aku sedar bahawa badanku sudah menggigil.Aku sudah lupa
langsung segala apa yang telah aku ulangkaji tadi.Bunyi ketukan semakin
kuat.Bunyi anginpun semakin kuat.Dan semakin kuat bunyi rintikan hujan
ke atas zink.Semuanya berpadu sehingga melahirkan suasana yang begituh
riuh.Keriuhan menambah gementar dan takutku.

Ketakutan semakin kuat di pintu.Aku tetap terpaku di kerusi.Tiba-tiba
aku terdengar pintu dikuak orang.Aku memejamkan mata.Pintu biliku telah
sejak tadi aku tutup rapat-rapat.Kalau ada sesuatu yang nanti
menghampiri bilikku,senjata utama yang aku gunakan ialah dengan
menjerit,walaupun aku sedar jeritan iti tidak akan didengar oleh orang
lain.Sangkaanku rupa- rupanya tepat.Sekarang bunyi ketukan sudah beralih
ke pintu bilikku.Maknanya pembunuh itu sudah berada di dalam rumahku.Aku
memejamkan terus mataku,dan serentak dengan itu aku menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience