Chapter 3

Romance Completed 127872

Tanggisan Jade memecah kesunyian. Namun Adira terus hanyut dalam dunianya. Wajah doctor muda itu mengingatkannya pada memori lama dalam simpanannya. Saling tidak tumpah dan dia tahu dia tidak salah orang. Lelaki di depannya ini adalah lelaki yang sama pernah dia temui 6 tahun lepas. Meskipun ditambah perkataan 'doktor' di awalnya, tetapi juga orang yang sama.


"Adira..."suara garau tetapi lembut menyapu gegendang telinga.

Adira pandang Greyson dengan wajah terpinga-pinga. Buat seketika dia termangu sendiri kerana masih belum sober dari terkejutnya. Tersentuh sekejap hatinya bila dengar namanya meniti di bibir itu.


"Ada apa doctor.."tanya Adira perlahan. Sempat dia kerling ke wajah Jade yang basah dengan air mata. Ingin sahaja dia menepuk dahinya. Terlalu leka melayan perasaan sampaikan dia lupa. Lupa yang anak dia memerlukan dirinya.

"Nampaknya anak awak meragam tidak mahu di sentuh.."beritahu Greyson.

Tubuh Jade yang masih menangis didekati. Adira menyeka air mata dari pipi itu berkali-kali. Lantas tubuh kecil itu di dudukan di kerusi sebelahnya. Dikucup sekali. Hati ibu mana yang tidak susah bila tengok anak yang dikasihi sakit dan menangis begini.

"Syhh...jangan nangis sayang...doctor cuma nak check aje..kejap lagi semuanya okey..jangan nangis.."pujuknya perlahan. Kali ini rambut halus itu diusap dengan kasih.


"Jade takut mommy..."


"Mommy ada dekat sini...nak takut apa?Jangan nangis okey..malulah kalau doctor tengok kamu menangis macam ni.." beritahu Adira.

Mendengar kata-kata Adira yang bersahaja membuatkan Greyson tersenyum sendiri. Itukah caranya seorang ibu memujuk anak?Entah lah. Dia sendiri tidak tahu sebab dalam usia 28 tahunnya ini dia masih belum berkeluarga. Mungkin bila dia sudah mempunyai anak, keadaannya pasti sama seperti ibu muda itu.


"Mari sayang...dekat doctor..."kali ini Greyson turut memainkan peranan. Dari tadi dilihat Jade seakan-akan takut padanya.

Pantas Adira mengangkat kepala taktala mendengar kata-kata doctor itu. Dia tertanya-tanya, kenapa la siap panggil anak dia sayang segala bagai?Panggil nama je pun dah cukup pun?Entah kali yang ke berapa matanya bertembung dengan Greyson. Gugup kembali bertandang ke hatinya.

Jade mahu tak mahu mengangguk kepala, dia menarik muncung tidak sukanya memberi persetujuan.

Kemudian, Greyson bangun dan menghampiri Jade yang bersandar longlai atas kerusi.

Adira perhatikan gerak geri Greyson dengan kening mencerlung susah hati. Hati yang tadi sudah tenang mula berombak hebat. Saat melihat jari jemari kasar Greyson menyentuh jemari halus Jade, air matanya seakan-akan mahu luruh. Dia terasa mahu mengamburkan air matanya saat ini juga. Tapi untuk apa?


"Macam mana keadaan Jade doctor?" tanya Adira tenang.

Jade yang ralit dengan ipad yang diberikan oleh Adira dipandang sekali imbas. Melihat wajah girang itu, dia terasa seperti ditiup dengan angin tepi pantai. Surut dan sejuk. Lupa seketika dia yang sedang berhadapan dengan Greyson.

"Tak ada apa-apa...hanya demam campak biasa sahaja. Kejap lagi awak boleh ambil ubat di kaunter dan beri makan mengikut aturan yang ditetapkan. Lagi satu...antibiotic kena makan sampai habis.."terang Greyson satu persatu.

"Baik la doctor...kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu.."

Greyson tersentak. Dadanya berdebar-debar. Ada perkara yang dia ingin tanyakan kepada Adira. Tetapi dia tidak tahu bagaimana harus memulakan kata. Tapi jika dia terus diam, bila lagi peluang akan datang?Mungkin nanti lepas ini dan sampai bila-bila mereka tidak akan bertemu lagi.


"Hmm...nanti dulu."

Adira berkerut kening. Dia membuat muka tidak faham pada masa yang sama kecut perut kerana takut. Ah sudah!Apa pulak Greyson mahukan dari dia?Jangan disoal yang macam-macam pulak!Nak cekau mana jawapan nanti!


"Ada apa doctor?Saya tak boleh lama-lama sebab saya ada banyak kerja lain nak buat.."tanpa ditanya dia menerangkan. Namun kemudian Adira menyesal. Memangnya apa urusan doctor depannya untuk tahu tentang aktivitinya.


"Maaf kalau menganggu awak..tapi ada benda yang saya nak tanyakan.."


"Apa dia?"Adira menelan air liur, Kesat!Tolong la sesiapa lenyapkan dia sekarang jugak! Semuanya dah berlalu dan Greyson tidak perlu tahu apa-apa. Dia sendiri pun dah malas nak ungkit cerita lama.


"Awak apa khabar?"

Damn!Adira mengetap bibir dengan erat mendengar soalan itu. Keningnya berkerut sedikit hampir mahu menangis.


"Tak silap saya...6 tahun dah berlalu. Itupun kalau awak ingat saya lagi Adira.."kata Greyson sambil lirik ke Jade di sisi Adira. Seribu persoalan bermain dalam fikirannya suatu masa dahulu. Namun selepas lihat apa yang ada di depannya, segala jawapan sudah terjawab.


Hampir mahu menangis di situ, Adira ketap gigi dan kawal emosinya sebaik mungkin. "Saya?Apa kaitannya dengan saya?"soalnya dengan reaksi tidak faham.


"Serius?Awak tak ingat saya?Rasanya 6 tahun itu bukan tempoh yang lama sampaikan awak lupakan teman lelaki seakademi awak ni?"tanya Greyson dengan sengih meleretnya.


Adira tersenyum sendiri. Wajah Greyson direnung lama. Kacak. Tapi sayang, kacaknya lelaki itu tidak ada maknanya lagi buat dia. "Mungkin ya mungkin tak.."jawabnya dengan bersahaja. "Benda dah lama pun..."


Greyson memejamkan mata seketika. Ada resah yang menguasai dirinya. Dia tahu wanita di hadapannya ini adalah wanita yang sama dia kenali beberapa tahun lalu. Sampai bila-bila pun dia tidak akan lupa wajah ini. "Jade anak awak?"sengaja nak alih topik.


"Yup...saya mommy Jade..Anything wrong?"


Senyuman kelat terukir di bibir Greyson. "Sebab ini ke awak hilangkan diri secara tiba-tiba dan putuskan hubungan dengan saya?"soalnya. "Awak ada anak diluar pengetahuan saya?" Greyson pandang judging ke Adira.


Enough!Air muka Adira tegang. Dia bingkas bangun dari situ lalu mendukung Jade ke dalam pelukannya."Kalau tak ada apa-apa..saya minta diri dululah.."pintanya selamba. Langsung tidak ada apa-apa perasaan yang terpamer di wajahnya.

Greyson ikut berdiri mahu menghalang, tetapi tidak sempat kerana Adira sekelip mata sahaja sudah keluar dari situ.

Adira di luar pintu sudah menggigil menahan diri dari break down di situ. Dia peluk Jade dengan erat dan jalan lekas merentasi koridor hospital tersebut. Mahu pergi dari situ dengan lekas!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience