Chapter 4

Romance Completed 127872

Adira menekan malas remote tv. Entah sudah kali keberapa dia pusing ulang punat yang ada di situ. Cuba mencari siaran yang menarik perhatiannya namun tetapi juga tiada cerita yang menarik. Asyik-asyik benda yang sama sahaja yang ditayangkan.

Membosankan!


"Hah...kamu ni...duduk saja memangnya dekat rumah ni tak ada kerja nak buat ke?"tegur ayahnya yang baru siap makan di dapur kerana pulang lewat bekerja sebagai pegawai polis di ibu pejabat polis malam semalam. Jam siang tadi baru balik. "Cuba la kamu tengok kakak kamu tu sikit...hujung minggu ke tak...dia bekerja...malam belajar...cuba la contohi dia sedikit?Ini tidak pagi petang membuta tak buat apa-apa...besarkan badan saja. Pemalas betul!Baik kamu duduk asrama sana!"

Mendengar teguran itu buatkan dia melepaskan keluhan. Ini la bila jadi anak kedua...bila kita dah buat kerja bagai nak rak hendak patah pinggang, baru hendak mencari nafas sudah di tuduh pemalas. Tahu tak dari awal pagi tadi dia sudah kemas rumah, masak, basuh pinggan, cuci kain, basuh laman, siram pokok, sidai kain, lipat baju segala bagai. Ini hah, baru sahaja duduk mahu berehat.

"Apa yang awak bebelkan ni?"tegur ibunya yang baru muncul dari tingkat atas bersama koyok melekat di tepi kepala.

Adira kerling akan mama dia yang kelihatan pucat dan letih Bersama renungan resah. Keningnya Berkerut kerana ibunya ini bukan sihat sangat. Kenapa la susahkan diri turun ke bawah.

"Ini hah...anak kesayangan awak ni...bermalasan je tahunya.."beritahu ayah dia Sewaktu menjuih bibir ke sofa dimana Adira sedang duduk.

Diana palingkan kepala. Dia kerling akan anak keduanya Bersama senyuman serba salah. "Mana Adira malas...kalau dia malas tak adanya awak dapat jamah makanan tadi.."beritahunya bernada perlahan.

"Yalah...awak tu tahunya membela Adira sajalah...biar besar kepala Budak ni.."bebel Evans semasa mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas sambil diperhatikan Diana serta Adira sendiri.

Melihatkan suaminya hilang dari pandangan, Diana palingkan kepala ke Adira dan mendapatkan anak perempuan keduanya itu. Disentuh perlahan rambut lurut separas bahu itu. Diusap-usapnya dengan penuh kasih sayang.


Adira balas renungan itu dengan senyuman senang di bibir. Kalau ayah dia tak suka pada dia, dia ada ibunya yang amat menyayanginya tanpa berbelah bahagi. "Kenapa ibu turun?"

"Kalau ibu tak turun, kena la kamu menadah telinga mendengar bebelan ayah kamu tadi"seloroh Diana dengan suara perlahan sakitnya.

Adira terus merebahkan kepalanya di bahu Diana. Wajahnya tunduk merenung hujung kaki sendiri. Hatinya sebak!Jika dibandingkan dirinya dengan adik-adik yang lain, hanya dia yang paling rapat dengan ibu dan ayahnya. Lantaran itu, dia sering di larang dari melakukan apa yang diingini. Kehendaknya selalu saja di bantah dengan pelbagai alasan.

Akhirnya dia hanya mampu melihat Adalia belajar di univerisit berprestij, adik lelakinya, Adrian di asrama, adik perempuannya, Arisaa di akademi private. Sementara dia, hanya belajar di akademi biasa. Menetap di sana sepanjang waktu kecuali cuti musim panas. Hingga ke saat ini, lambaian adik-adiknya masih berbekas di hati.


"Ibu cepat sihat ya...Dira tak suka tengok ibu sakit sepanjang masa macam ni.."bisiknya perlahan.


Diana menghela nafas Panjang. Tahu perasaan anak keduanya itu. Apakan daya, mana yang sihat akan sakit, inikan lagi yang hidup sudah semestinya bakal mati. "Ibu sakit sikit saja...jangan la risau.."


" Dah banyak kali ibu janji....tapi sakit ibu tak pernah surut"ungkit Adira perlahan. "Bila ditanya ibu tak nak beritahu Dira.."

Diana terkedu. Sedar yang dia tidak dapat menyimpan rahsia lama-lama. Anaknya ibu bukan 8 tahun tapi 18 tahun. Pasti la akan ketahuan lambat laun.


"Maafkan ibu..sayang. Ibu memang tak sakit teruk.."Diana bukan enggan tidak mahu memberitahu. Dia cuma tidak mahu pentingkan kepala Adira yang bakal menduduki peperiksaan akhir nanti.


"Dulu Dira nak pergi buat kerja sambilan....ibu tak kasi. Dapat tawaran kerja pun...bila cuti tak boleh pergi mana-mana.." sekali lagi dia mengungkit. "Bila Dira dekat rumah je, ayah asyik bising.."


Keluhan Diana kedengaran. "Dira tak kesiankan ibu ke?Ayah?"

"Bukan macam tu ibu. Tapi-"kata-kata Adira mati setakat itu sahaja. Tidak tergamak meneruskan kata-katanya kerana dia faham kenapa dia selalu mengalah. Yalah belajar bukannya seberapa, nak kata pandai pun tak sehebat seperti adik beradik yang lain.

Alunan rentak lagu dari radio di tepi rak buku semakin lama semakin perlahan bunyinya. Mata yang tadi segar bugar juga semakin mengecil. Malah otak yang serabut dengan perkara tidak penting mula tenang sedikit demi sedikit. Dan suasana tadi terang beransur-ansur gelap.

"Dira.."panggil suara lembut. Pada masa yang sama bahunya di sentuh perlahan.

Malas melayan, Adira yang sudah hampir hanyut dalam lenanya berpaling ke kanan. Matanya baru sahaja mahu terlelap tapi sudah ada yang menganggunya. Padalah bukannya selalu dia dapat tidur waktu tengah hari begini!

"Dira bangunla sekejap...."


Adira merenggus perlahan. "Ada apa ni?Dira baru nak tidur."Tanpa berpaling dia bersuara.


" Bangunlah...aku nak cakap sesuatu dengan kau-"

Belum sempat orang itu hendak menghabiskan kata-katanya, Adira sudah pun duduk tegak.

Sekali lepas dia pandang ke tepi, mata dia terjegil bulat. Terkejut melihat kakak sulungnya berada di dalam bilik tidurnya. Sejak bila pulak Adalia sampai ke sini?


"Lia..apa kau buat dekat sini?Bila kau balik?"


Adalia Berkerut kening susah hati. "Ibu ada dekat rumah ke?"

"Ada...tapi dia tak berapa sihat.."jawabnya yang masih kebingungan sendiri. Bukan ke kakaknya ini berada di university nun jauh di sana. Kenapa balik tak beritahu.


"Ayah?"


"Tengah tidur mungkin...ada apa ni Lia?"


"Bagusla kalau macam tu. Akak nak minta tolong kau ni...dan janji dengan akak yang Dira takkan beritahu sesiapa tentang hal nitermasuk ibu dan ayah. Janji!?"


Hati Adira berdebar-debar semacam. Lain macam saja tingkah kakaknya ini. Buat dia jadi takut pulak. "Apa dia?"


"Janji la dulu"


"Tapi Lia-"


"Janji?"potong Adalia dengan pantas.


"Dira janji kak. Apapun terjadi...Dira simpan rahsia akak sampai bila-bila"rela dalam paksa dia melafazkan janji. Jauh di sudut hati, dia tahu kakaknya ini dalam kesusuahn. Kalau bukan dia sebagai adik yang membantu, siapa lagi yang boleh diharap?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience