BAB 2 | CAPITOLO 2

Romance Series 19293

TIGA hari kemudian, Dandre dan anak buahnya mengunjungi bar yang berhadapan dengan bar yang sebelumnya dia kunjungi. Rata-rata pengunjung di situ tidak lah seramai dan semeriah bar yang dia kunjungi sebelum ini. Namun, bagi Dandre, bar ini mempunyai keunikan yang tersediri. Dimana, keunikan yang menjadi penarik baginya. Langkah diayun menuju ke sebuah meja yang berada di tingkat dua bar tersebut.

Dandre masih lagi melihat keadaan dari tingkat dua yang sedang dia berpijak ketika ini. Matanya melilau-lilau sehingga terhenti pada seorang pelayan yang berada di meja panjang itu.

Dandre kembali turun ke tingkat bawah dimana terlihat lebih ramai pengunjung berbanding tingkat dua yang khusus untuk pelanggan VIP. Kakinya tepat berhenti di hadapan meja bar tersebut sambil memerhatikan pelayan wanita itu yang menuangkan arak kepada pelanggan lelaki lain.

"Nak yang mana satu, Tu-" bicara Hasya tergantung apabila pandangannya bertaut dengan Dandre. Dia memerhatikan wajah tampan Dandre yang kelihatan sangat mirip dengan lelaki yang mengajaknya pulang bersama beberapa hari yang lepas. Namun, Hasya berlagak tenang seakan tidak mengenalinya dan berusaha untuk dia terlihat sibuk melayan pelanggan lelaki lain.

"Hmm, aku ingin memesan... Kau!" balas Dandre, bersahaja.

Mendengarkan kata-kata yang terbit di bibir Dandre yang bersahaja itu, dia menjulingkan mata ke atas dan terus melangkah jauh meninggalkan Dandre bersendirian dan melayani para pelanggan yang lain.

"Hey, perempuan! Macam ni ke cara kau melayan pelanggan? Tak hormat langsung!" Teriak Dandre dari belakang.

Langkah Hasya terhenti. Dia menarik nafas sebelum kembali kepada lelaki tadi.

"Sila maklumkan pesanan anda." ujar Hasya dengan nada formal.

"Kau tak dengar ke, apa yang aku cakap tadi? Do I need to repeat? I want You!" balas Dandre sekaligus mengulang kembali permintaannya.

Hasya menggeleng kesal. Dia kembali pergi meninggalkan Dandre hingga langkahnya terbejat.

"Wait! Fine.. aku nak something yang manis tetapi mampu membuatkan aku terasa bahagia." ucapan Dandre itu membuatkan Hasya menjongket keningnya. Bahagia? Namun, seketika akalnya mula memahami apa yang disampaikan lelaki ini. Dia mengerti!

Hasya menuangkan bir ke dalam segelas yang berukuran kecil di hadapan Dandre.

"Aku nak kau teman aku seperti gelas ini yang berada di hadapan aku." sambung Dandre lagi.

"Selamat menikmati minuman mu, Tuan." ucap Hasya lalu meninggalkan Dandre berseorangan.

Sikap Hasya membuatkan Dandre tertarik padanya. Rasanya seperti cabaran bagi Dandre untuk menjadikan Hasya bersikap sopan kepadanya.

Dandre kembali ke tingkat dua bersama Derek, diikuti juga dengan anak buahnya. Dia memerhatikan Hasya yang kelihatan begitu mesra dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Berbeza pula dengan layanan yang diterimanya.

Dandre menunduk dan meneguk bir sambil matanya masih lagi menatap ke arah Hasya.

"So... kau pilih bar ni atau bar yang kemarin?" soal Derek memecah keheningan.

"Aku menginginkan bar ini!" tekan Dandre.

"Why...? bar ni tak seramai bar yang kemarin, Dandre. We can get more than-"

"Hati aku memilih bar ini! I don't care! tapi aku tetap nak bar ni!" suaranya naik seoktaf.

Wajah Dandre mula menegang dengan setegang-tegangnya. Melihatkan hal itu, serta-merta Derek mendiamkan diri. Amarahnya jangan sesekali dicabar, kerana impaknya tiada siapa yang tahu. Dandre kembali menoleh ke hadapan memandang Hasya. Namun, kelibatnya tidak kelihatan. Dia berdecit geram. Dandre bangkit dan turun semula ke tingkat bawah.

"Damn! mana dia?" keluh Dandre pada dirinya.

"Hey, kau! mana perempuan yang jaga kat sini tadi?" soal Dandre pada seorang pelayan lelaki.

"Hasya? Dia dah balik. Shiftnya sudah berakhir," jelas pelayan tersebut.

"Hasya.. nama yang indah." ucap Dandre dan berjalan keluar dari bar tersebut.

Dia berlalu menuju ke arah pintu tersebut. Anak matanya meliar mencari bayahgan seseorang. Dan ternyata, Hasya sedang berdiri di tepi jalan raya sambil melihat telefon pintar. Barangkali mungkin sedang menunggu seseorang.

"Hasya..." panggil Dandre.

Hasya tersentak. Dia menoleh mencari si empunya suara yang memanggilnya. Dia mengecilkan mata setelah dapat menangkap pemilik suara yang memanggilnya dan ternyata! lelaki itu adalah lelaki yang asyik menganggunya dan tidak diketahui identitinya.

"Are you waiting for someone else?" soal Dandre.

"What's your business? Leave me alone!" tegas Hasya sambil menjeling Dandre.

Kata-kata Hasya tidak diendahkan oleh Dandre. Langkahnya semakin hampir dengan Hasya. Kemudian, menarik pinggang Hasya yang langsing hingga mencecah badannya yang tegap.

"Lepaskan!" Hasya memberontak.

Berulang kali dia meminta Dandre melepaskan dan meronta tetapi kekuatannya tidak cukup kuat untuk mengalahkan cengkaman Dandre sehingga tamparan memukul wajah kacak Dandre.

Pang!

"Damn! What the hell!"

Dandre menolak Hasya sehingga dia tersungkur dan pergelangan tangannya berdarah.

"Shit! How dare you slap me!" Jerit Dandre dengan marah.

Melihat wajah yang tiba-tiba menakutkan itu, membuatkan Hasya gemetar ketakutan dan perutnya menyusut. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di sebelah kanan Dandre. Rara keluar dari keretanya dan menolong Hasya yang jatuh ke tanah.

"Hasya kau okay?- Oh shit! tangan kau berdarah!" Kata Rara kesal sambil memandang Dandre.

"Hey! What are you doing to her?!" soal Rara berbaur herdikan kepada Dandre.

"Rara jangan-" Halang Hasya yang sedang berdiri setelah mengimbangkan tubuh badannya lalu menarik Rara untuk tidak berurusan dengan Dandre.

"Tapi kau sak- "

"Jangan berurusan dengan orang asing." pintas Hasya dan menarik lengan Rara kembali ke keretanya.

Kedua-dua matanya secara tidak sengaja saling bertaut di mana Hasya yang sedang berjalan menuju ke keretanya dan Dandre yang diarahkan kepadanya. Malah Dandre melihat pergelangan tangan Hasya terluka akibat kemarahannya tadi.

"Argh! Sial!" Dandre berkata kesal ketika kereta tersebut meninggalkannya.

Dengan rasa frust yang menggila, Dandre kembali ke bar untuk menamatkan malamnya. Derek, yang menyedari hal itu, bertanya apa yang baru saja terjadi pada Dandre dan pada masa yang sama seorang wanita yang disewa di bar datang dan duduk di pangkuan Dande. Ini menjadikan Dandre semakin kesal dan marah.

"Stay away... Don't come near me...'' ujarnya yang membuat wanita itu bingung. Di mana yang dia tahu, Derek yang mengarahkannya untuk melayan Dandre malam ini.

"Now!" herdik Dandre.

''Wow! What happened? kenapa suasana hati kau berubah? bukan kau suka, ke perempuan seksi datang menggedik pada kau?'' soal Derek yang juga bingung ketika ini.

Wanita itu sangat terkejut dan ketakutan dengan herdikan Dandre hingga dia pergi meninggalkan Dandre

''Enough! Jom balik!'' arah Dandre bangkit dari sofanya setelah meneguk habis bir miliknya.

Derek mengikuti langkah Dandre yang sedang menuju ke arah luar pintu bar diikuti juga dengan anak buahnya. Dandre memberhentikan langkahnya.

Derek yang melihat hal itu berjalan mendekati Dandre.

''Ada apa?''

''Aku nak kau cari maklumat seorang perempuan bernama Hasya di bar ini. Dia salah seorang pelayan di sini, '' kata Dandre sebelum meneruskan langkahnya untuk ke Penthousenya.

Tiada pertanyaan mengenai Hasya yang di ajukan Derek, Dia hanya mengangguk menerima perintah dari Dandre.

I know, ada di antara readers yang takut nak baca story... takut jika si Author unpublish atau tidak akan update lagi. But, don't worry, Novel D, D takkan sesekali unpublish. Tak kisahlah, jika dituduh plagiat.. atau apa apa tuduhan. D akan pertahankan! Because ini karya saya! Dan saya takkan benarkan mana-mana "toksik people" menuduh saya memplagiat atau memplagiat karya saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience