BAB 1 | CAPITOLO 1

Romance Series 19306

DI sebuah bar yang amat terkenal di kota Puglia, kelihatan ramai orang yang hadir di bar tersebut. Suasana yang bingit dengan muzik-muzik yang berdentum kuat di halwa telinga. Lampu-lampu neon yang berkelipan memeriahkan lagi suasana. Namun, suasana tersebut tidak menjadi penghalang untuk berseronok! rata-rata pengunjung di bar atau lebih dikenali sebagai kelab malam, menikmatinya sambil menari dengan lenggang-lenggoknya.

Wanita-wanita di situ juga menggoyangkan badan dan pinggul mereka dengan sangat menggoda! Tubuh badan mereka yang langsing dan pakaian-pakaian mereka yang tidak ubah seperti berbogel, menampakkan liang-liuk tubuh badan mereka. Para lelaki di situ, kebanyakannya mengajak mereka menari bersama dan ada juga yang sedari tadi memerhati kaum hawa tersebut dengan pandangan miang apabila disajikan bahagian sensitif wanita di kornea matanya.

Pada masa yang sama, kelihatan seorang wanita berambut blonde, teragak-agak dia membuka langkah berjalan menyusuri setiap ruangan yang kelihatan sama persis semuanya. Wanita itu memegang telefon pintarnya yang berjenama iPhone 12 Pro, sambil anak matanya melilau seakan mencari-cari mencari sesuatu. Langkah terus diayun hingga berhenti tepat di muka pintu bilik yang bernombor 08. Lantas, tangannya terus memulas tombol pintu bilik tersebut.

Pintu terkuak, dibuka luas. Terpampang wajah sekumpulan lelaki yang berpakaian serba hitam yang disebut dengan nama "Mafia's Outfit" atau yang sering didengar dengan "Mafia Sacra Corona Unita" dengan beberapa wanita yang berpakaian seksi seakan telanjang bulat sedang menari dengan galak serta menuangkan minuman bir kepada beberapa lelaki yang duduk di atas sofa.

Kedengaran sedikit perbualan rahsia soal penyeludupan rokok, senjata, dadah dan aktiviti perdangangan manusia serta beberapa lagi aktiviti haram yang tidak difahami oleh wanita tersebut.

Seketika dia kembali kaku, sebelum dia terkejut dan menyedari jikalau dia tersilap memasuki ruangan bilik kerana ruangan bilik yang ditujuinya adalah ruang biliknya bersama rakan-rakannya.

Melihatkan seseorang yang masuk ke dalam ruang bilik itu secara tiba-tiba membuatkan semua yang berada didalam ruang bilik itu memanggung kepala memandangnya.

"Adakah dia juga salah seorang yang akan menjadi santapan malam kita pada malam ini, Derek?" soal lelaki yang bertubuh gempal tersebut.

Kelihatan seorang lelaki lain melepaskan coat blazernya dan menyandar badannya di sofa tersebut sambil meneguk air kencing syaitan yang telah dituangkan oleh salah seorang wanita yang berpakaian seksi tadi. Lalu, pandangan matanya dihala ke arah pintu. Lagaknya seperti ketua dari geng tersebut.

"Emm... maaf, Tuan. Saya rasa, ini bukan bilik yang saya mahu tujui. Saya tersalah masuk bilik!" ucapnya dengan sedikit gementar sebelum berlari meloloskan diri daripada bilik itu. Fuh, nasib baik!

"Sial! kunci lah pintu tu bodoh!" teriak Derek, kesal.

Pandangan Dandre masih lagi menghala pada pintu yang kini tidak lagi kelihatan wanita tersebut.

"I akan tuangkan air syurga ini pada you, Tuan Dandre!" ujar seorang wanita yang berambut merah dengan wajahnya yang menggoda pada Dandre.

Dandre Holland, seorang ahli perniagaan haram yang terkenal dan mempunyai peranan yang sangat penting di beberapa kota terkenal seperti Puglia, Eropa Timur dan Colombia.

Dandre sudah lama menjalankan perniagaan haramnya yang terdiri daripada penjualan dadah, penyeludupan senjata api, hotel, restoran, mengambil alih sesebuah syarikat, wait.. mengambil alih? No! Merampas! dan pemerdagangan manusia (aktiviti pelacuran).

Namun, dia juga mempunyai beberapa pekerjaan profesional dan pegawai penting yang bergabung dalam lingkaran iblisnya sehingga dia dapat mencapai titik tertinggi didalam kehidupannya.

Tiada istilah takut didalam dirinya kerana dialah yang paling berbahaya. Dia bebas melakukan apa-apa pun yang ingin dia lakukan. Memaksa? Menyakiti? Merogol? Menculik? bahkan membunuh siapa saja yang membangkang keputusannya ataupun mengacau-bilaukan rancangannya, katakan saja! semuanya telah dia lakukan.

Malam ini dia memgunjungi salah satu bar yang akan dijadikan selanjutnya sambil ikut turun padang mengajak anak buahnya untuk menikmati 'keindahan' malam ini dengan 'makan besar' yang disediakan oleh pemilik Bar tersebut.

Dandre melorek senyuman sinis apabila mengingatkan wajah terkejut wanita tadi yang entah benar atau tidak yang wanita itu tidak sengaja memasuki ruangan biliknya.

Dandre menarik pinggang langsing salah seorang wanita yang ditugaskan untuk menemaninya dan anak buahnya malam ini dan terus mengulum bibir merah bak delima milik wanita itu dengan liar. Ciuman dan cumbuan yang cukup panas dilakukan sambil menjamah tubuh wanita itu dengan selamba dihadapan kesemua anak buahnya.

Wanita itu berasa sedikit kesakitan saat tubuhnya dicengkam kemas oleh telapak tangan Dandre. Namun, dia tetap merelakan kerana dia tahu, Seorang lelaki yang bernama Dandre Holland tidak menyukai sebarang penolakan!

Dandre melepaskan tautan ciuman dan menyeka bibirnya yang basah dengan air liur gara-gara ciumannya yang panas itu. Kemudian, wanita itu ditarik oleh Derek untuk memuaskan nafsu serakahnya dihadapan semua yang diminta batinnya apabila melihat adegan panas ketuanya.

"Vuoi ancora questo posto?" (Apa kau tetap menginginkan tempat ini?) soal Derek sambil matanya terpejam erat menikmati wanita tadi.

"Ovviamente!" (Tentu saja!) tegas Dandre.

"Sei sicuro che ce lo darà stasera?" (Apa kau yakin dia akan memberikannya pada kita, malam ini?) soal Derek lagi.

"Kau sendiri tahu akan jawapannya, Derek! Dia akan sangat menyesal kerana tidak memberikannya kepada kita." ujar Dandre sambil keningnya dijongket dan meneguk bir yang berada di tangan kirinya.

"Setidaknya, dia akan beruntung jika menjualnya padaku. Dia akan memiliki keuntungan untuk membuka bar lainnya sebagai pengganti! Namun jika tidak? dia akan terlihat sangat menyesal!" sambung Dandre dengan matanya yang mencerlung tajam.

"So... adakah kita akan mengambilnya malam ini?"

"No! maybe next time,"

Dandre beranjak dari sofa mewah yang diperbuat daripada kulit itu, yang membuatkan kesemua anak buahnya termasuk Derek yang masih menjamah tubuh wanita itu menghentikan aksinya lalu, dia mengikuti Dandre yang melangkah keluar dari ruangan bilik tersebut.

Langkah besarnya berhasil menyusuri jalan keluar bar itu yang terlihat masih ramai pengunjung di saat malam semakin larut.

Lelaki yang berbadan tegap, bersut hitam yang ditugaskan sebagai pembantu pengawal atau lebih tepat, bodyguardnya membuka pintu kereta untuk Dandre dan mempersilakannya masuk ke dalam diikuti pula dengan Derek.

Kereta itu meluncur laju keluar dari tempat itu sambil Dandre yang kelihatan sedang membuang pandangan ke tingkap kereta.

"Fermare!" (Berhenti!) Pinta Dandre menyuruh menghentikan keretanya.

Dandre menurunkan tingkap keretanya lalu menatap ke arah wanita tersebut.

"Need a ride, baby?" Soalnya dengan senyuman smirk.

"No, thanks!"

Dandre memandang wanita itu dari hujung kaki hingga ke hujung rambut dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan sesiapa pun. Perasan dengan tatapan tersebut, wanita itu kelihatan resah dan mengalihkan pandangannya apabila melihat kedatangan lelaki yang dinanti-nantinya yang mengenakan motorsikal berjenama BMW. Sementara didalam kereta mewah itu, Dandre hanya bersikap tenang dan memandang wanita itu menuju ke lelaki berkenaan dengan bersahaja.

"Okay, kau boleh kembali jalan." Arah Dandre kepada bodyguard yang memandu kereta mewahnya yang berjenama Porsche.

Sepanjang perjalanannya menuju ke Penthouse miliknya, fikirannya masih terbayang-bayang akan wanita itu.

Kereta mewah yang berwarna hitam berkilat itu tiba di Penthouse milik Dandre. Pintu kembali dibuka dan dia melangkah keluar menuju pintu masuk dan naik ke lif dimana lantai kamarnya berada.

HASYA KAYLA yang menikmati malamnya sebentar tadi dengan rakan-rakannya sehingga dia meminta Kash, kekasihnya untuk menjemputnya di hadapan bar. Dimana dia juga sempat digoda oleh seorang lelaki asing sebelum kedatangan Kash.

"Kenapa lambat?" soal Hasya sambil mengeluh.

"Sorry baby, tadi ada hal penting yang nak di uruskan." balas Kash sambil menonggeng motor bikenya.

"Lelaki tu ada kacau baby ke?" sambungnya lagi.

"Tak lah. Dia cuma nak hantarkan Hasya pulang," balas Hasya sambil menjongket bahunya.

"Sepertinya memang dia tergoda dengan wajahmu," puji Kash sambil ketawa.

Motorsikal itu berhenti di hadapan rumah Hasya dengan sebuah kucupan singkat di bibir yang menjadi pemisah pertemuan mereka malam ini.

"I love you," ujar Hasya penuh dengan rasa cinta yang menggebu sebelum Kash kembali menonggeng motorsikalnya.

Hasya kembali membuka langkah berjalan masuk ke dalam rumahnya di mana, seorang gadis bernama Anneira, sepupunya sedari tadi telah menunggunya di dalam bilik mereka.

"Rara, kau okay? sakit lagi tak?" soalnya, bimbang.

"Sepatutnya kau halang aku keluar malam ni," keluh Hasya, serba salah sambil menyelimutkan Rara.

"Kau tak payah lah risau sangat, aku okay je. Oh, ya.. siapa yang hantar kau balik tadi? Kash ke?"

"Ya.."

"Korang dah berbaik? Baguslah... lepas ni, kalau ada masaalah, bincang elok-elok."

"Ya..." balas Hasya singkat sambil mengganti pakaiannya dihadapan Rara.

Kemudian, Hasya beralih ke tempat tidurnya setelah selesai menggantikan pakaiannya. Dia memejamkan kelopak matanya sambil menarik selimut menutupi badannya. Such a long, day!

TDH mempunyai unsur mature content. Jadi, sesiapa yang tidak boleh menerima unsur sebegini, di minta untuk tidak baca karya ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience