BAB 3 | CAPITOLO 3 (D POV)

Romance Series 19293

D POV = DANDRE POV .

WAJAH wanita itu benar-benar menggangguku sekarang. Rasa marah yang aku tahu jelas kelihatan ketika dia berjalan menuju ke keretanya. Betul-betul gila! Dia berjaya membuat fikiran aku menjadi sangat keliru dan mood aku menjadi lebih buruk! What kind of woman is that?

Aku menanggalkan semua pakaian yang tersarung ditubuh ku. Lalu, aku melangkah menuju ke bathroom atau dalam bahasa melayunya, bilik mandi. Dan kemudiannya, aku memercikkan badan pada lewat malam. Berkali-kali wajah itu tersekat di kepala aku sehingga rahang aku mengeras. Rasa sakit akibat tamparan itu juga membuatkan darah aku tiba-tiba menggelegak menjadi lebih panas apabila air sejuk yang kononnya ini membasahi badan aku malam ini.

Rasanya aku benar-benar harus memiliki bar itu agar semua orang dapat tunduk pada ku dan tak ada yang berani mengabaikan ku ataupun wanita yang menolak ku. Keinginan ku semakin kuat ingin memiliki bar itu hanya kerana seorang wanita yang menolak ku. This is crazy!

Aku akan pastikan tiada siapa yang akan menolak aku setelah kemahuan aku dikecapi. Dan sesiapa yang melakukan hal itu, dia akan menerima padahnya!

Badan aku berasa sangat letih. Setelah aku menyegarkannya semula, dan kemudian pergi ke katil aku. Aku cuba memejamkan mata, di mana esok aku akan mengadakan pertemuan penting dengan beberapa client aku.

AKU berasa segar setelah bangun dari tidur. Aku menatap tingkap bilik tidur, di mana matahari yang panas lagikan bahang berjaya menembusi dan membangunkan aku. Aku bangkit dari katil dan bersiap untuk perjumpaan aku pagi ini. Kedengaran ketukan di pintu bertalu-talu hingga aku berdecit geram dan berjalan ke arah pintu lalu membukanya.

"Masuklah ..." aku memberi keizinan pada Derek. Seorang yang aku sangat percayai dan menjadi orang kanan aku untuk mengurus semua perniagaan haram ini.

Dimana aku boleh melakukan apa sahaja yang aku mahu untuk mendapatkan apa saja yang aku mahukan. Syarikat, Restoran, Hotel, Bar atau apa sahaja yang aku mahukan. Aku dapat melakukannya dengan beberapa cara, iaitu dengan cara lembut, cara kasar atau secara paksa. Kejam? Pedulikan!

"Sepertinya Tuan Leonardo sudah menunggu kita, Dandre." Ungkap Derek sambil berjalan mengekori di belakang aku.

"Biarkan saja... apakah dia punya pilihan selain daripada menunggu aku? Tidak, bukan?"

"Hmm... bersiap lah,"

Tidak memakan waktu yang lama untuk aku bersiap. Anak buah aku sudah menunggu aku, berada di depan pintu Penthouse ku untuk menjalankan misi seterusnya.

Aku menuju ke salah satu restoran yang tak jauh dari Penthouse ku. Derek dan beberapa anak buah ku yang lain berjalan bersama ku memasuki restoran tersebut. Hingga langkah ku berhenti di sebuah meja yang di huni oleh dua lelaki yang memiliki postur tubuh hampir sama dengan Derek.

"Ciao Tuan Holland, aku Leonardo dan ini sahabat aku Mauricio," ucapnya dan menghulur tangan kepada ku.

"Ciao. Nice to meet you," balas aku sambil menyambut huluran tangannya lalu duduk diikuti dengan Derek.

Aku tidak suka berlama-lama untuk berunding dengan rakan perniagaan aku. Aku tidak suka berbincang atau memujuknya. Membazir waktu!

"I want your zouk, do you want to give it to me? The offer is quite fantastic," aku memulakan 'perbualan'.

"Bukankan kau tidak mahukan Bar itu?" bisik Derek ditelinga aku. Barangkali mungkin aneh dengan ucapan aku.

"Shut up!"

"I'm sorry Tuan Holland. Saya tak rasa saya dapat memberikannya kepada Tuan. Sekiranya Tuan hanya ingin melaburkan saham Tuan di sana, I can accept it very respectfully. I'm deeply sorry, apologize to you." Jelas lelaki yang bernama Leonardo.

"So... you don't want to give it to me?" Soalku inginkan kepastian..

"Yes, sir. I'm sorry!"

Beberapa ketika... keningku terjongket aneh sambil mataku terpaku apabila melihat wanita yang selalu membayangiku, Hasya.

"Berapa banyak pekerjaan yang dia ada?" soal aku sendirian.

Mataku bertaut kembali dengan wajah yang berubah tidak suka memandang aku lalu berjalan di sebelah kananku. Kemudian, tidak lama kemudian, dia berjalan kembali ke meja pelanggan yang memanggilnya. Dilihat beberapa kali dia melewati meja aku di mana pada masa ini, Derek sedang berbincang dengan lelaki pemilik bar yang aku mahukan. Hati aku panas menggelegak apabila mendapati pelanggan lelaki itu kelihatan menggoda dan memaksa Hasya duduk bersamanya. Namun, Hasya yang terus mengelak dan berjaya menjauhinya kemudian melewati meja aku. Bullshit!

_____

PEMIKIRAN nakal Dandre tiba-tiba terlintas di fikirannya. Dandre sengaja meramas punggung Hasya ketika dia berjalan melewati meja yang diduduki Dandre.

"Apa yang kau cuba lakukan ?!" Hasya dengan nada yang sedikit kesal dengan Dandre yang membuatkan Derek yang mendengarnya, tersentak dan merenung Hasya.

"Oppss! Sorry! aku tak sengaja." balas Dandre sambil mentertawakannya.

"Hey! Kenapa kau menjerit padanya?!" Derek bangun dari kerusinya dan memandang Hasya dengan serius.

"Dia baru saja meramas punggung aku!"

"That's not a big deal, young lady!"

"What!-"

"Excuse me... what's going on here- Oh my God, Tuan Holland! I didn't expect you to come to my restaurant!" ujar Ali selaku pemilik Restoran tersebut dengan nada yang agak teruja.

"Ah... Mr. Ali, right?" soal Dandre bangkit dari kerusinya.

"Yeah... wow! It's an honor you got to know my name- Hmm.. by the way, what's going on here, huh?"

"Your waiter is very rude to his customers. He screams incoherently," adu Derek.

"Hasya, apa yang-"

"I couldn't have shouted at the customer if nothing had happened, Mr. Ali my ass!" Hasya cuba membela diri.

"Hey! that's not a big deal, young lady!" Ulang Derek lagi.

"Argh! Bodoh!" kutuk Hasya dalam hati.

Hal itu menjadi semakin menarik bagi Dandre, apabila semua orang menyokongnya.

"Yeah, it's not a big deal, Hasya. You should apologize to Tuan Holland." sokong Ali.

Wajahnya yang merah menahan amarah yang semakin membuak-buak di dada. Nampaknya... Hasya tidak mempunyai pilihan selain daripada memohon maaf kepada Dandre. Oh man, pity her.

Hasya memandang Dandre dengan jengkel. Namun, apa yang dirasakan Dandre, berbeza sekali. Satu keajaiban apabila dia dapat menunjukkan sisi kehebatan dan kekuasaannya. Haa.. baru kau tahu, aku siapa! Sekali petik, ranap semuanya.

Setelah meminta maaf kepada Dandre, Hasya kembali menumpukan perhatiannya kepada pekerjaannya begitu juga dengan Encik Ali. Manakala, Dandre dan juga Derek pula, melanjutkan perbincangannya dengan Leonardo dan Mauricio.

Dandre, yang kelihatan tidak fokus, leka menatap wajah anggun Hasya, yang sibuk menjalankan tugasnya sebagai pelayan restoran sehingga perbualan antara Derek dan pemilik bar itu berakhir. Dan pendirian pemilik bar itu teguh untuk tidak menyerahkan bar miliknya kepada Dandre.

"Tamatkan perbualanmu, dia akan mendapat kejutan malam ini," bisik Dandre.

Mendengarkan hal itu, Derek mengikuti perintah Dandre untuk menamatkan perbualan lalu, meninggalkan restoran.

Ali, sebagai pemilik restoran, mengiringi Dandre keluar dari restorannya. Hasya yang sedang memandang Dandre dari dalam restoran dan mempamerkan jari tengahnya ke arah Dandre. Ini membuatkan senyuman Dandre melebar.

"You will be mine, baby!"

HASYA pula, semakin geram melihat Dandre yang semakin tersenyum suka. Gila ini punya orang!

"Roses are Red,
Violets are Blue.
I have got five fingers,
And the middle one is for you!"

Dalam sakit hati, sempat lagi dia balas pantun!

Tak apa... ada ubi ada batas! Ada hari, dia balas!

Share this novel

norsila
2021-10-16 23:25:17 

emmm slow benar2 ..sory dlm tpaksa ku cmpak dulu yo


NovelPlus Premium

The best ads free experience