“Abang gurau aje... Semua buah ni kita sedekah kat masjid malam nanti
sebab kat masjid ada buat tahlil malam ni.”
Aku pandang wajah Fauzan terharu.
“Tahlil arwah ayah kepada Puteri abang...” Fauzan memeluk aku lagi.
“Terima kasih...” Ucapku sebak.
“/Hmmm/... Tu aje?” Fauzan angkat-angkat kening. Aku menjuih bibir.
Fauzan ketawa kecil sebelum kembali memeluk tubuhku.
“Abang harap mama akan insaf sebelum masanya tiba.” Suara Fauzan berubah
sayu. Aku perhatikan dia dengan wajah simpati.
“Mama akan berubah...” Ucapku penuh yakin.
“Kita doa banyak-banyak...” Sambungku lagi. Fauzan mengangguk sabar. Aku
janji akan ikut sabar menanti.
“Abang nak solat dulu...”
Fauzan melepaskan aku dan berlalu masuk ke bilik. Aku tersenyum sambil
duduk di hadapan kotak-kotak epal. Takkan ni aje? Aku berlari anak ke
dapur mencari sesuatu. Buat bubur untuk tetamu rumah Allah malam ini.
“Tiha kena ingat, semua yang ada di atas muka bumi ini bukan milik Tiha
sepenuhnya. Satu masa nanti pasti akan ditarik balik oleh Allah S.W.T
kerana segala yang kita ada adalah hak Allah S.W.T. Allah menguji, dan
Tiha mesti kuat menempuhi ujian itu. Jadi hamba yang disayangi, jangan
jadi hamba yang dimurkai. Tiha ingat pesan ayah ni. Faham sayang?”
Masa tu Tiha baru umur 12 tahun. Sekarang Tiha dah ada suami, dan Tiha
akan sentiasa ingat pesanan ayah...
Terima kasih atas rahmat Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada aku
kebahagiaan dan Fauzan walaupun aku dah banyak melakukan dosa...
Share this novel