BAB 1

Drama Completed 501

AKU gigit epal merah di tanganku kuat. Mataku jatuh kepada sesusuk
lelaki yang sedang berdiri kaku menunggu diriku. Tajam matanya menusuk
jauh terus ke jantungku. Aku palingkan wajah memandang ke arah lain
tidak lagi mengendahkan dirinya.

“Tiha, balik.” Tegas suara lelaki itu meniti di telinga aku. Aku
mengacah-acah kaki ke lantai sambil tersenyum sinis. Balik? Balik ke
mana? Balik ke neraka?

“Puteri Tihani!” Kali ini suara dia semakin meninggi. Aku menentang
tajam mata lelaki itu. Hati aku panas sekali.

“Siapa kau nak tinggikan suara pada aku?” Soalku keras. Lelaki itu
menghampiri aku sambil menggenggam kedua-dua tangannya. Dia letakkan
kedua-dua tangannya pada pegangan sofa tempat aku duduk lalu mendekatkan
wajahnya pada wajahku. Aku berundur sedikit kerana terkejut. Dia
tersenyum sinis.

“Dua hari tak balik, melepak rumah lelaki lain, takkan tak puas?”

Aku pandang wajah dia dengan perasaan marah meluap-luap.

“Tak puas.” Cabarku mencampakkan epal di tangan pada dada dia. Wajahnya
berkerut menahan sakit tetapi selepas itu dia kembali menentang mataku
tajam.

“Tak puas?” Soal lelaki itu. Aku paling wajah ke arah tempat lain. Asal
bukan wajah dia. Seminit kemudian, aku rasa tubuhku berada diawangan.
Bila aku tersedar, tubuhku sudah dicempung lelaki itu kuat sehingga aku
tidak mampu merungkaikan pelukannya.

“Fauzan!!!” Jeritan aku tinggal jeritan bila tubuh aku dicampak masuk ke
dalam kereta.

“Itu balasan kepada orang yang lari dari rumah kerana mengikut lelaki
lain.” Kata-kata Fauzan menampar jiwaku sehingga dadaku terasa sebak.

“Aku tak nak balik! Aku tak nak!!!”

MALAM sabtu aku curi-curi keluar dari rumah agam Fauzan dan keluarganya.
Aku turun ke kelab malam buat kesekian kalinya. Jiwaku perlu bebas!
Jiwaku perlu terbang! Jiwaku perlukan ubat kenikmatan...

Bukan sekali dua aku buat begini, tetapi saban kali itu, Fauzan
menjejaki ke mana saja langkahku pergi.

Terkinja-kinja menari di sebalik keheningan malam yang tercemar dengan
lagu-lagu /rock pop/ membuat diriku hanyut lagi.

“/Pretty girl/...” Aku dengar bisikan lelaki di telingaku. Aku toleh dan
menghadiahkan senyuman menggoda kepada lelaki yang mula menghimpit
tubuhku itu.

“Andrew...”

“Hani...”

Akhirnya tangannya terletak kemas pada pinggangku, dan tanganku melilit
juga ke tengkuk Andrew. Tak perlu ingat dosa pahala, tak perlu ingat
segala-galanya terutama dunia yang menyesakkan ini! Tak perlu.

Andrew renung kedua-dua anak mataku jauh ke dalam. Mendambakan sesuatu
pada diriku. Aku turut sama membalas renungannya dengan berani. Bila dia
tundukkan wajah menghampiri wajahku, aku tutup mata rapat-rapat. Ingin
sama merasai dan berkongsi kemanisan yang cuba dia berikan.

“Tihani!!!”

Tubuh Andrew direntap oleh Fauzan menjauhi diriku dan tanganku turut
ditarik kuat mengikut langkah kakinya. Sepanjang perjalanan, bisu. Bisu.
Dan bisu. Bisu...

Air mataku jatuh satu persatu.

“KAU semakin melampau Tihani.” Bisik Fauzan dekat pada telingaku. Aku
kakukan diri tanpa memandang wajahnya. Fauzan menyentuh bahuku kasar dan
meletakkan tangan kanannya di pipiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience