11

Poetry Series 2488

Ujian,

Ujian hadir di dalam hidup aku terlalu banyak.

Kadang-kadang aku tertanya mengapa.

Mengapa harus aku menerima ujian sebegini.

Perjalanan hidup aku tidak semudah yang lain.

Terlalu banyak yang perlu aku tempuhi.

Pernah terlintas di fikiran aku untuk mengakhiri hidup aku.

Meninggalkan semua kesakitan yang aku rasai.

Kerana aku tidak kuat untuk menghadapinya.

Tetapi ingatlah, ujian yang datang adalah kerana Allah menyayangi hambanya.

Allah Maha Mengetahui sekuat mana hambanya mampu bersabar.

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

"Usahalah yang terbaik agar kau merasa lega dan gembira"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience