6

Poetry Series 2488

Ketika aku masih kecil

Aku merasakan betapa indahnya kehidupan sebagai seorang kanak-kanak yang hanya tahu bermain.

Terus bermain bersama kawan-kawan,biarkan masa terus berlalu detik demi detik.

Tidak perlu melakukan hal yang orang dewasa harus lakukan.

Tidak mempunyai masalah yang harus aku selesaikan.

Bermain hingga aku tidak kenal apa itu erti penat.

Tidak kenal erti siang dan malam.

Yang aku tahu hanyalah terus menghabiskan masa dengan bermain.

Tatkala aku semakin membesar,

Barulah aku sedari,

Banyak liku-liku kehidupan yang harus aku tempuhi.

Harus aku pilih untuk kebaikan diri aku di masa hadapan.

Apabila dewasa barulah aku kenali apa itu erti penat.

Apa itu erti siang dan malam.

Dan apa itu erti kehidupan yang sebenarnya.

Banyak yang perlu dilakukan.

"Mahu rasakan delima di syurga,iman jangan benam"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience