13

Poetry Series 2488

Alhamdulillah setelah sekian lama, akhirnya terdetik jua untuk menyambung semula nukilan yang telah lama dibiar sepi...

Maafkan saya, kerana banyak perkara yang terjadi selama 2 tahun lepas yang perlu saya hadapi dan maafkan saya kerana tidak memberi khabar berita...

Ramadhan Kareem kepada semua pembaca, alhamdulillah masih diberi peluang oleh yang Maha Esa bernafas di atas muka bumi ini dan diberi peluang menyambut Ramadhan bersama orang tersayang...

Terasa begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar sudah meningkat juga umur kita

Semakin sulit jalan yang dihadapi setelah meningkat dewasa, semuanya harus dihadapi bersendirian...

Terasa mahu kembali menjadi bayi yang harum suci baunya, yang tidak perlu memikirkan betapa sulitnya kehidupan, masalah dan kesedihan...

Semakin dewasa, semakin takut diri ini terhadap realiti dunia yang sebenarnya...

Semakin sakit diri ini memikirkan masa depan

Apakah masa depan ku baik-baik sahaja?

Atau ada rintangan yang harus aku lalui...

Tetapi sebagai hamba Allah, yang mendiami dunia sementara ini, kita perlu berserah kepadaNya kerana Dia yang mengatur semuanya...

Kita harus kuat dan terus berjuang untuk menghadapinya..

Sabar, Sabar, dan terus Sabar

Redha, Redha dan terus Redha

Mungkin jalan cerita kita tidak seperti yang lain, tetapi setiap jalan cerita itu sendiri pasti ada manis pahitnya...

Biarlah betapa sulitnya atau betapa peritnya untuk dilalui,

Kaki ini tetap harus maju melangkah kehadapan..

Kaki ini tetap harus kuat untuk melangkah kehadapan..

Kaki ini harus tetap teguh berdiri...

Agar aku tidak tumbang sebelum selesai memberikan pengakhiran yang terbaik untuk jalan cerita ku.

Bertemu kita kembali.. Assalamualaikum

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience