Bab 3 : Pergaulan bebas

True Story Series 1101

Semenjak dari itu,Icha sangat bergaul bebas dan dia tidak seperti dirinya yang dulu.Di mula menghisap rokok dan juga mula melakukan kesalahan kecil di sekolah.Ketika itu dia masih lagi tingkatan 1.Dan Icha banyak melakukan kesalahan kecil dan besar di sekolah.
Icha menjadi seorang budak yang nakal di sekolah selalu terlibat dalam pergaduhan,ponteng kelas dan sebagainya.Tetapi pelajarannya masih baik dan guru-guru masih suka terhadap pembelajarannya.Dia tidak pernah mendapat kedudukan terendah didalam kelas.Tetapi pergaulan dia sungguhlah bebas apabila diluar sekolah.
Naik sahaja ke tingkatan 2 , Icha menjadi sedikit liar dan mempunya kekasih yang bergelar Achik.Mereka selalu saja ada dimana-mana berdua dan bersama geng Icha.Yah budak nakal semestinya ada geng di sekolah.
Dan bermula dari situ Icha sudah mula membohongi ibu dan ayahnya.Selepas balik sekolah ada sahaja aktiviti di sekolah yang membuatkan dia tidak dapat balik rumah.Kadang-kadang Icha selalu sudah menyediakan pakaian lebih untuk aktiviti lepas habis sesi persekolahan dan kadang-kadang Icha akan balik ke rumahnya dahulu untuk makan mandi dan akan bersiap dengan alasan ada aktiviti ataupun kelas tambahan di sekolah.Ayahnya yang selalu menghantar dan mengambilnya.Bila saja dia dapat peluang itu dia akan selalu melepak di jejantas sekolah atau di kedai komputer dekat taman berdepan sekolahnya ataupun dia akan melepak di taman permainan di dalam taman hadapan sekolahnya.
Bersama-sama dengan kawan-kawan dan juga kekasihnya Achik.Mereka tidak melakukan apa-apa pun cuma mereka suka melepak.Kalau sudah tiba masa Icha untuk pulang,Icha akan menungggu ayah nya di kedai 7 eleven atau pun di jejantas sekolah.
Masuk sahaja ke tingkatan 3 Icha menjadi semakin liar dan sudah pun mengambil dadah dan menjual dadah.Pergaulannya sungguh bebas dan siapa tahu dia sudah pun jarang datang ke sekolah dan juga selalu sahaja tiada dirumah.Mulai dari itu Icha merasakan kehidupannya sungguh bebas.Walaupun kadang -kadang ada juga dia kene marah dengan keluarganya tapi dia buat tak tahu sahaja.Dia menjadi seorang yang sangat keras kepala.Tapi pelajarannya tidak terjejas walaupun dia seperti itu.
Icha seoalah olah menghancurkan dirinya sendiri yang sudah pun hancur.Dia seperti hilang arah tuju dia ketika malam peristiwa hitam itu berlaku.Dan semenjak itu dia terus melakukan benda-benda yang tidak sepatutnya dia lakukakan..yah seperti tadi di menghancurkan dirinya sendiri yang sudah hancur.
Perwatakan dan kelakuan Icha jadi semakin teruk apabila kes dia melibatkan polis,tapi dia masih selamat sebab dia masih di bawah umur.Tetapi pergaulannya masih bebas.Semua orang yang di kenal dan orang yang membawa dia keluar rumah semuanya keluarga dia kenal sebab semua orang itu akan mengambil Icha di depan rumah Icha sendiri dan di perkenalkan oleh Icha sendiri.Walau macam mana sekali pun ibu dan ayahnya tidak boleh buat apa-apa kerana Icha seorang yang suka memberontak.
Sampailah Icha tingakatan 5,awal permulaan minggu pertama dia sekolah di berhenti sekolah.Tapi bukan di yang ingin berhenti.Icha pernah kemalangan jatuh motosikal dan bahu kirinya patah pada usia dia 15 tahun iaitu tingkatan 2.Pada satu hari, Icha sedang cuti sakit kerana bahunya ketika Icha sedang tidur.Kedengaran di telinganya sangat bising seperti ada orang yang sedang berbual di atas kepalanya.Apabila Icha bagun dan mendongak kepalanya keatas terlihat seorang cikgu displin,seorang cikgu lelaki dan juga seorang budak perempuan yang di kenali.Icha terus bagun dan terus pergi mandi..setelah mandi Icha datang balik ke ruang tamu dan cikgu displinnya datang untuk menyuruh Icha menandatangani surat berhenti sekolah.Rela atau tak,suka atau tidak Icha terus menandatangu surat tersebut.Kerana bagi Icha bukan dia yang
mahukan ..tetapi gurunya sendiri yang mahukan.Lagipun Icha tahu apa sebab gurunya buat begitu..
Semenjak dari itu kehidupan Icha sungguh bebas.Pergaulan bebas,boleh keluar sesuka hati.Dan sebernya Icha sudah pernah hidup merantau ke tempat orang lain untuk berkerja.Ibu dan ayahnya bukan tidak pernah marah kepadanya.Tetapi dia sahajalah satu-satunya anak perempuan yang tinggal dengan keluarganya.Icha sudah terbiasa tidak balik rumah,berkerja di kilang,berjalan jauh-jauh,balik lewat malam dan melepak di depan rumahnya.

Bersambunggg.......

#Kisah Ini Ada sambungannya,jika anda mahukan boleh komen nak dibawah.

Thank You❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience