Bab 1 : Kehidupan yang seperti biasa

True Story Series 1101

Seorang remaja sekolah menegah yang berumur 14 tahun yang hidup seperti orang biasa.Pergi ke sekolah , balik dari sekolah menjalani kehidupan seperti biasa.Bergaul sana sini seperti anak-anak murid biasa , pelajarannya sangat baik dan hidup didalam keluarga yang sederhana mewah.Ibubapa yang sentiasa ada disisi memberi perhatian yang sempurna tidak kurang sedikit pun kasih sayangnya pada remaja ini yang diberi nama Icha.Mempunya 4 orang adik beradik dan Icha adalah anak bongsu.
Ibubapanya adalah seorang perniaga dan juga penternak lembu.Abangnya ialah anak sulung yang berkerja sebagai askar memang sudah lama tidak bersama mereka kerana berkerja di tempat lain sebagai askar wartaniah.Kadang sahaja dia pulang ke rumahnya apabila ada membawa orang ataupun mempunyai tugasan yang berdekatan dengan daerah rumahnya.Icha mempunyai dua orang kakak yang satunya pun merantau untuk urusan bekerja dan kakak satu lagi ada sahaja dirumahnya.
Di dalam rumah keluarganya hanyalah tinggal ibu , ayah , kakak dan juga Icha.Kehidupan Icha sungguh sederhana mewah kerana ibubapanya adalah seorang peniaga dan penternak.Kadang-kadang Icha turut membantu ibu dan ayahnya.Icha seorang yang berperangai seperti lelaki.Kekuatannya pun sama seperti lelaki.Dialah yang selalu membantu ibu dan ayahnya mengangkat benda berat dan membuat kerja-kerja ringan.Icha sangat suka membuat kerja-kerja berat terutama sekali bila bersama dengan ayahnya.Ayahnya pergi untuk mengangkat sawit dia pun ikut kalau ayahnya pergi menghantar barang yang dipesan dia jugak yang mengikutnya.Lebih-lebih lagi apabila ayahnya membawa lori untuk menghantar barang,Icha lah orang pertama yang akan mengikuti kerana dia sangat suka naik lori.
Icha adalah seorang anak yang sangat rapat dengan ayahnya dan sangat manja dan rajin membantu ayahnya.Semua selok belok perniagaan ayahnya dia sangat tahu.Dialah satu-satu harapan ayahnya yang tinggal yang boleh menyambung perniagaan ayahnya.Ye memang betul Icha masih bersekolah dan itu juga menjadi harapan kepada ibu dan ayahnya.

Thank You For Read My Book ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience