Bab 2 : Perkenalan yang tidak sepatutnya berlaku

True Story Series 1101

Dihadapan rumah Icha adalah rumah sepupunya iaitu adik beradik kepada ayahnya.Yang tinggal disitu satu keluarga dan anak-anaknya semua lelaki dan semuanya adalah sepupu kepada Icha.
Suatu hari,datanglah seorang lelaki bersama isteri dan dua anaknya yang datang ke rumah sepupunya itu.Icha pun tidak mengenali siapakah orang itu.Icha selalu memerhatikan lelaki itu dari rumahnya.Kadang lelaki itu pun terperasan juga apabila Icha melihatnya hampir setiap hari.Sehinggalah satu hari Icha langsung tidak terlihat isteri dan anak-anak lelaki itu.Tetapi Icha tidak ambil kisah terhadapnya.Sampai satu ketika Icha cuba berhubung dengan lelaki itu,mengambil nombor telefon lelaki itu dan mula berhubung dengan lelaki itu.Nama lelaki itu adalah Haizzad dan sudahpun berumur 32 tahun.Tapi ketika itu Icha leka dengan perkenalan itu dan dia terus berhubung dengan lelaki itu tanpa henti.
Selalu memperhatikan Haizzad didepan rumahnya.Kadang-kadang Haizzad juga memerhatikan Icha.Mereka selalu berhubung dalam panggilan,mesej dan juga memerhatikan depan rumah sahaja.Sampai satu ketika mereka memberanikan diri berjumpa dibelakang rumahnya.Haizzad hanya berada diluar tingkap dan Icha berada di dalam biliknya.Mereka selalu berjumpa pada waktu malam dan kadang-kadang petang ketika ibu dan ayahnya tiada dirumah.Semanjak itu mereka makin rapat dan seling berjumpa dengan cara begitu.
Setelah 2 hingga 4 bulan perkenalan mereka pada suatu malam Icha dan Haizzad sedang bercakap di telefon lelaki itu berkata ' jom kita jumpa dekat rumah belakang ' .Tanpa Icha sedari dia termakan dengan ajakkan lelaki itu.Ketika itu dibelakang rumah Icha ada sebuah rumah yang diduduki oleh salah seorang adik beradik sepupunya yang tinggal didepan rumahnya.Yang digelarkan sebagai Mamat .Mamat tinggal bersama dengan kekasihnya dan ketika itu Mamat dan kekasihnya baru sahaja keluar untuk pergi berkerja.
Tepat jam 12.00 malam Icha berjalan keluar dari biliknya senyap-senyap dan membuka pintu rumahnya senyap dan Icha jalan keluar rumah dengan keadaan yang gelap gelita.Sampai sahaja di belakang rumahnya Haizzad sudah pun menunggu di dalam kegelapan itu.Icha mencapai tangannya dan terus berjalan memasuki rumah sepupunya itu.
Tanpa Icha sedari dia termakan dengan kata-kata Haizzad.Malam itu berlalu dengan pantas dan Icha tidak sangka dia semudah itu percaya dengan kata-kata lelaki itu.Dan waktu itu dia melihat lampu biliknya sudah pun terbuka.Mereka sungguh menggelabah dan mencari tempat sembunyi.Ketika itu ibu,ayahnya dan juga sepupu-sepupunya mula memanggil namanya dan juga menyerbu rumah itu.Sampai satu saat Icha beranikan diri dan keluar dari tempat dia bersembunyi dalam kegelapan itu.Icha menangis dan memeluk sepupunya dan meminta tolong.Sepupunya hanya berdiam saja dan sambil memeluk Icha dia berkata ' mana budak itu bersembunyi ? '.Icha hanya bergeleng kepala sahaja sambil memeluk erat sepupunya itu.
Ibu kepada Icha menarik dan menjerit kepada Icha supaya balik ke rumah.Ibu Icha mengunci Icha di dalam biliknya.Icha hanya berdiam diri sahaja sambil melihat semuanya di balik tingkap.Haizzad langsung tidak keluarga dan bersembunyi diam diri.Selepas semuanya beredar baru lah Haizzad keluar dan berlari mengambil motosikalnya yang diletakkan di tepi jalan dan berlalu pergi.
Mulai pada hari itu,Icah langsung tidak berhubung dengan Haizzad lagi dan Icah menjalani kehidupannya seperti biasa sahaja.Tetapi makin hari pergaulannya makin liar.Seolah-olah dia memberontak kepada dirinya sendiri setelah apa yang jadi.

Make Your Smile Everday

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience