BAB 14

Short Story Completed 1277

"Di mana pun awak berada, saya akan tetap merindui awak. Jangan lupakan saya, Farah...," kata roh Daniel. Sebentar lagi, Farah akan dibebaskan. "Awak pun... janji dengan saya, jangan lupakan saya!," kata Farah kepada roh Daniel. Tak lama kemudian, seorang anggota polis datang. Dialah yang membawa Farah keluar dari sel itu. Sesampainya Farah di hadapan pintu utama masuk penjara, kelihatan Aidil dan Tan Sri Mustafa melambai - lambai ke arah Farah. Farah hanya memasamkan mukanya. "Hai, sayang," tegur Aidil. Dia cuba mahu memeluk Farah. "JANGAN PELUK I...!," kata Farah, kasar. Dia terus meluru ke arah kereta mewah milik Tan Sri Mustafa di tempat parkir kereta. "Biarkanlah dia, Aidil... Lama - lama eloklah tu," pujuk Tan Sri Mustafa. Aidil hanya mengangguk pasrah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience