BAB 18

Short Story Completed 1277

" Farah, inilah pertemuan kita yang terakhir. Saya akan pergi buat selama - lamanya. Tolong jaga diri awak baik - baik, ya?," kata roh Daniel. Air mata Farah menitis laju. "Saya tak mahu berpisah dengan awak, Daniel! Saya tak mahu...," belum sempat Farah menghabiskan kata - katanya, roh Daniel meletakkan jari telunjuknya di bibir Farah. "Shhtttt," kata roh Daniel. "Usahakanlah untuk mencintai suami awak dengan sepenuh hati. Saya akan lepaskan awak kat sini...," kata roh Daniel. Tiba - tiba, badan roh Daniel bercahaya, menandakan dia akan pergi buat selama - lamanya. "Daniel!!! Jangan tinggalkan saya! Daniel!!!," raung Farah dengan sekuat hati. Namun, sayangnya, roh Daniel sudah pergi. Rintihan Farah kedengaran kuat sehingga Aidil terjaga dari tidurnya. "Sayang, kenapa ni?," kata Aidil lalu memeluk Farah yang menangis - nangis di ruang tamu. Aidil cuba memujuk Farah. "Aidil," panggil Farah. "Ya, sayang?," sahut Aidil. " Saya berjanji dengan awak yang saya akan berusaha jadi isteri yang terbaik untuk awak," kata Farah. "Ya, sayang...," balas Aidil. Aidil mengesat air mata Farah. Pelukan mereka semakin erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience