Prolog 4

Short Story Completed 1277

"DUM!!!," bunyi itu mengejutkan semua orang, termasuk Farah yang berada di dalam kereta BMW 675 itu. "Alamak! Apa yang aku dah buat ni...?!!!," keluh Farah sendirian. Dia telah melanggar seorang lelaki yang melintas tadi. Kelihatan, sekujur tubuh menggigil kesakitan di atas jalan raya dengan darah yang berlumuran di seluruh tubuhnya. " Daniel!!! Ya Allah! Apa yang dah jadi dengan kamu ni!," Puan Raziah merintih melihat keadaan Daniel yang teruk dilanggar itu. "Ma...ma...," suara Daniel tersekat memanggil ibunya yang memangku dia di atas riba. Farah yang panik terus membawa keretanya meninggalkan kawasan itu sementara Kak Sofea mengambil nombor plat kereta Farah untuk diserahkan kepada pihak polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience