Bab 3

Mystery & Detective Series 4048

The journey took 2 hours.Along their journey,Haleen dan Haniey tertidur...Mungkin sedang bermimpi kahwin dengan orang kaya agaknya.Hmm.Berangan...Setelah tiba,Encik Ryzam menempah chalet.Kemudian,mereka pun bergegas ke chalet mereka.Chalet yang agak luastapi cuma ada 1 katil.Encik Ryzam,bapa mereka ,tempah lagi satu tilam kecil,lalu dibentangnya di ats lantai.Mereka yang penat berbaring sebentar...

Sekitar 2petang ,barulah mereka bermandi manda di kolam yang disediakan.Haleen dan Haniey saling memercikkan air.Habis rambut mereka basah.
Keesokannya,

Mereka masih lagi tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi.Mungkin terlalu penat semalam .Kemudian,jam loceng berbunyi menandkan pukul 8:45 pagi.Mereka semua terjaga.Disebabkan bilik air hanya ada satu,mereka terpaksa mandi bergilir-gilir.

"Ayah!Cepatlah sikit !Badan orang dah melekit-lekit dah ni!" jerit Haniey sambil menggaru-garu badannya.

Lalu,ayahnya berkata,"Jap!Tengah gosok gigi ni."Mulut yang penuh berbuih,hm tapi boleh cakap dengan jelas.

Usai ayahnya mandi,Haniey terus menutup bahagian kepalanya lalu bergegas ke bilik mandi.Basahkan badan,sabun badan,syampu rambut,menyanyi dan menari,serta meroyan seperti orang gila.

Selepas beberapa minit,mereka bersarapan.Haniey dan Haleen membuka mulut dengan besar ketika memasukkan sandwich sardin itu ke dalam mulut mereka.Lapar sangat agaknya.Tengok dari riak wajah ,memang tengah kebulur tu...

Seterusnya,Haniey seperti biasa,membaca novel yang bertajuk 'Mengapa'.Novel yang amat diminatinya...Ditulis oleh novelis yang disukainya.Sebab itulah kalau dah baca sekali,memang confirm melekat.Boleh tahanlah seronok novel tu...Mulut mama Haniey dah berbuih suruh Haniey buat something yang berfaedah.Tapi,mama Haniey ibarat bercakap dengan Remy atau Ririn.Rasanya kalau cakap dengan diaorang lagi ok kut.
_______________________________________

Sudahnya,hampir 2jam Haniey menelaah novelnya,habis juga.Sekurang-kurangnya lega jugak hati mamanya tengok novel itu disimpan didalam beg Haniey.Tapi,jangkaannya meleset.Hankey mengeluarkan lagi satu novel.

Dalam pukul 4:15 petang,mereka pergi ke pantai yang terbentang luas.Haniey dan Haleen duduk di atas batu yang terletak berhampiran dengan pantai itu.

Hampir 2 jam bermandi,mereka pun pulang ke chalet.Di dalam chalet,baru mereka tersedar,Haleen tiada.Lalu ,Haniey menjerit

"Haleen!Haleen!Adik kat mana?"

Dan,baru Haniey perasan ,ayah mereka tiada.

"Mama!Papa pun tak de!"teriak Haniey.

Tanpa melengahkan masa,mereka berdua kembali ke pantai tadi,mencari-cari Encik Ryzam dan Haleen.Namun hasilnya menghampakan.Tiba-tiba,

"Ma,Haniey, kenapa tak balik chalet lagi?"

Rupanya,orang yang menyapa mereka ialah Encik Ryzam.Lalu,Haniey memberitahu ayahnya tentang Haleen.

"Yah,ayah tak nampak ke dia kat mana tadi?"

"Tak.Ayah tak nampak.Tadi,ayah pergi beli air kopi ni hah."balas Encik Ryzam sambil menunjukkan air yang dibelinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience