Bab 5

Mystery & Detective Series 4048

Malam itu Haniey tidak dapat tidur dengan nyenyak. Seolah-olah ada suatu suara yang mengganggu tidurnya.Ianya seperti memanggil-manggil namanya.

"Haniey?Kak Haniey?Tolong Haleen,kak.Ayah..."

Kemudian,Haniey meronta-ronta di atas tilam kecilnya dan tersedar.

"Huh.Huh." Tercungap-cungap Haniey.Muka berubah warna,berpeluh, habis badan basah.Lepas itu,Haniey mengurut dadanya dan membaca surah-surah yang diketahui kemudian menyambung tidurnya yang diganggu tadi.Namun,suara itu berterusan.

Keesokannya,

Encik Ryzam tiada di chalet.Jadi,Haniey menduga

"Mama ,ayah mana?"
"Ayah pergi pass gambar Haleen."balas. mamanya.

"Oh"

Haniey kemudian duduk disofa.Bermulalah saat dia termenung...Kini,dia sedang termenung memikirkan keselamatan adiknya.

"Ayah...ya ayah.Ayah mesti ada kaitan dengan kes adik hilang.Tapi apa?Betul ke ayah ada kaitan dengan semua ini?Betul ke ayah yang buat kitaorang risau pasal adik?Apa semua ini ?Benarkah ayah punca kucar-kacir ini?" Entah berapa soalan yang diajukan dalam hatinya sendiri. Soalan-soalan itu kerap bermain di mindanya.

Malam esoknya begitu.Gangguan itu makin meyakinkan Haniey bahawa Encik Ryzam ada kena mengena dengan kes Haleen.

"Kalau ayah ada kena mengena dengan kes Haleen,apa motif ayah?"

Haniey seolah-olah tidak percaya apabila ternampak Haleen di tepi almari.

"Kak,jangan takut.Haleen…Haleen nak bagi tahu ayah...bunu..."

"Astaghfirullahalazim!" jerit Haniey setelah tersedar dari mimipinya.

"Mimpi rupanya,"kata Haniey perlahan.Tetapi mengapa perkara tersebut seolah-olah memang berlaku?

"Betul ke apa yang aku mimpikan tadi?Ayah ada orang laon selain mak? Dan diaorang bunuh Haleen?Ya Allah,apa semua ini? Kenapa seolah-olah apa yang akan aku hadapi ni macam sangat berat dan perit?Why?" Bisik hati Haniey.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience