Bab 2

Mystery & Detective Series 4048

Petangnya...

Haniey,Haleen!Bangun ,ayah ajak kita pergi mandi-manda.Cepat siap-siap..."Jerit mama mereka sambil menyikat rambutnya .

"Ah?Nak pergi mana?Baru tidur ni,... ngantuk lagi lah." Rengek Haniey.

"Nak gi mandi-manda ,Haniey. Dah,kejut Haleen sana."balas ibunya.

******************************************
"Haleen,bangun dik...Kita nak pergi mandi-manda ni..."kata Haniey sambil menggoncang badan adiknya.

Selepas beberapa saat,Haleen terjaga,lalu berkata

"Ye kak...kenapa ni?Nak gi mana?Kalau nak pergi supermarket tu,pergi jelah,Haleen tak nak ikut.Ngantuk ni..."Besar mulut Haleen menguap.

"Ahh!Haleen!Ular kat badan Haleen!"

Haleen terus terjaga dan menjerit

"Mana-mana!"

Habis pucat lesi muka Haleen.Haniey ketawa kecil dalam hatinya.Kemudian Haniey berkata

"Mana ada...Bangun kita nak pergi Tanjung Balau!Jom!"

Haleen yang tadinya menguap terus segar biji matanya...

"Hah?Mandi-manda.Yeah!!"riang sekali wajah Haleen.

Tidak sampai 20minit,Haleen sudah siap mandi dan mengemas barangnya.Tidak seperti Haniey dan ibunya,40minit pun belum tentu mereka sudah siap.Disebabkan mereka akan bermalam di chalet selama seminggu..Haleen membawa baju dan seluar yang amat banyak.

Dia tidak lupa juga untuk membawa teddy bearnya,Remy dan Ririn.

Dalam kereta...
"Tak sabarnya!"jerit Haleen sambil melepaskan tangan yang memeluk Ririn .Remu pula entah ke mana.Nasib baik,kereta besar .Remy mungkin sedang menyorok di seat belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience