Mentua Ragging!

Drama Completed 172832

4.

Flashbacks

            "Apa dia?Keluarga biasa?Grey...kamu ni dah tak ada calon lain ke?"

            "Mama...jangan la cakap macam tu. Depan Khalida lagi tu..."

            "Salah ke mama cakap?Dah budak perempuan ni berasal dari keluarga yang sederhana. Malu la mama dengan kawan-kawan mama nanti kalau mereka tahu teman wanita kamu ni tiada status berada."

Khalida di sofa menghadap Puan Emilia dan Encik Baron waktu itu hanya pandang dengan renungan dingin. Berasa terkutik dengan cemuhan yang dilemparkan kepadanya sejak tadi. Dia tidak sangka selepas dia mengakui dirinya ini berasal dari keluarga biasa yang tiada nama, mama Grey terus tunjuk sikap sebenar kepadanya. Tapi tapis lagi tu. Buat dia kagum!

             "Grey cintakan Khalida. Dan tak kira sama ada mama dengan papa setuju atau tidak. Kami berdua akan tetap berkahwin."

            "Grey.."Encik Barron menegas.

            "Berapa usia kamu?24 tahun?"

           "25 tahun aunt.."jawab Khalida.

          "What ever...aunt tak nak tahu. Ni aunt nak tanya. Kamu bersama dengan Grey ni sebab nak hidup senang dan tumpang kekayaan kami atau kamu benar-benar mahu bersama dengan anak kami?"Puan Emilia menyilang tangan ke dada saat pandang judging akan Khalida.Betapa tidak Sukanya pada gadis picisan seperti Khalida ni. Sekali pandang dia tahu Khalida ni tidak sesuai menjadi pasangan anak lelakinya.

End of flashbacks

Seorang maid berjalan masuk sambil diekori seseorang dari belakang.

Tersentak dengan kehadiran itu, Puan Emilia dengan bersemangat hendak bangun dari duduknya di kerusi makan tapi setelah dia menyedari siapa yang masuk ke ruang makan itu, dia tidak jadi berdiri. Malah membuat muka tidak suka.

             "Seorang aje?Di mana Grey?Kenapa dia tak bersama dengan kamu?Mama tunggu selama sejam semata nak tengok muka menyampah kamu ni?"

Khalida beri tundukkan menyapa ke Puan Emilia sebelum memandang akan Encik Barron di kepala meja.Lalu ke dua beradik Grey yang ada di kanan dan kiri meja saat itu.

            "Apa khabar mama...papa. Maaf atas kelewatan saya. Tadi saya baru pulang dari meeting terus ke sini. Dan saya cuba hubungi Grey...tapi dia beritahu Grey tak dapat datang. Katanya sibuk dengan urusan kerja dia. Jadi saya datang ke sini selepas menghantar pesanan kepada dia."

Maid di situ menarik kerusi untuk Khalida duduk.

            "Tak payah duduk!"tegas Puan Emilia disaat Khalida hendak gerak mendudukkan diri di kerusi.

See!

Dah agak punya situation akan end up macam ni!

Kalau macam tu kenapa beria suruh dia ke sini?Khalida pandang dengan riak tidak kisah ke Puan Emilia.

Ini bukan kali pertama dia dilayan kasar semasa Grey tidak bersama. Sudah lima tahun dia menjadi isteri Grey, selama lima tahun itu jugak la dia menghadap sikap talam dua muka mentuanya ini.

Depan anak boleh la berpura manis dan peramah. Kalau anak tak ada segala jenis tanduk ekor semuanya keluar! Dah hilang terus imej jahat tu kalau Grey ada.

Fake betul tau!

Ini bukan mengutuk mentua sendiri tapi memang itu kenyataannya!

             "Kalau macam tu mama nak apa dari saya?"

             "Ni...mama nak tanya!Apa gunanya kamu jadi isteri Grey hah?takkan bawa suami jumpa mak ayah sendiri pun tak boleh?Itupun nak diajar?"Puan Emilia mengherdik.

             Khalida apalagi, dia pandang ke Encik Baron. "Papa rasa kenapa Grey tak nak balik rumah?"

             "Eh...mama tanya kau kan..yang kau tanya papa kenapa pulak?"Jaime anak pertama bersuara.

              Encik Baron pandang akan Khalida sebelum menggeleng kepala kekesalan. "Kamu jangan salahkan mama kamu dalam hal ni Khalida...."

Lah...kesitu pulak perginya..

Bukan salahkan...cuma bertanya, kan ada bezanya dekat situ!

               "Kalau macam tu nak salahkan siapa?Saya jugak?"Khalida tanya dengan perlahan saat pegang dadanya sendiri. "Salah saya kalau mama dengan papa buat dinner date tanpa maklumkan lebih awal? Salah saya kalau saya tak dapat hubungi Grey untuk ke sini?Salah saya sebab tak kawal jadual kerja Grey?"dia pandang Puan Emilia dengan sengih meleret di bibir.

              "Kau ni kalau orang bercakap tu memang nak melawan aje kerjanya ya?"Bailey anak kedua pula yang menyampuk.

Khalida dengan perlahan menjeling akan iparnya di situ. Bukan main galak lagi bersuara. Tak sedar diri tu macam mana?

Yang sulung jadi biawak hidup dalam rumah ni. Tak kerja tak apa ...membesarkan perut  dan membesarkan mulut tu!

Yang seorang belajar sampai sekarang tak habis-habis. Kata nak jadi seorang peguam, sampai sekarang masih dekat semester yang sama sebab kena repeat paper. Tak menghabiskan masa menghabiskan duit keluarga.

Tak hairan la kenapa tiap bulan Grey minta duit dari dia!Tengok sendiri keluarga mentua dia ni macam mana?

Ada hati nak menegur dia?Jangan nak buat lawak!

            "Yalah...salah kamu. Kan kamu isteri Grey!"bidas Puan Emilia. "Tak sepatutnya mama kahwinkan kamu berdua. Lihat saja sekarang. Anak tiada, suami entah ke mana. Datang sini melenggang-lenggang..."cebiknya dengan menyampah.

Gosh!Please la...Khalida menguatkan cengkamannya pada tali handbag yang ada bersama dengannya waktu itu sambil merenung tepat ke wajah berlagak Puan Emilia. Asyik itu sajalah yang nak diungkit. Rasanya kalau telinganya ini boleh bernanah, agaknya dah bernanah mungkin setiap kali dengar topik anak diungkit!

             "Lihat la sendiri kamu. Kerja sepanjang masa.   Meeting sana sini. Kursus la outstation la..apa lah. Mana nak ada anak. Mana nak peka dengan suami sendiri ke mana buat apa...Entah-entah kamu biarkan anak mama tu berlapar dengan kesibukan kamu tu.."

              "Emilia...Sudahlah tu..jangan dipanjangkan lagi.."Encik Baron cuba bersuara.

               "Awak diam...awak tak nak cakap..biar saya  yang cakap!"tepis Puan Emilia dengan kasar.

Seperti yang diketahui, hubungan Khalida dengan Puan Emilia ini memang sejak awal tidak baik. Jadi Puan Emilia sebolehnya mahu menyeksa mental Khalida dengan kata-kata cemuhan dan herdikannya dengan harapan Khalida akan mental dan emosi kerananya.

Tapi itulah...berurusan dengan orang seperti Khalida ini ibarat memukul gendang. Makin dipalu makin kuat bunyinya. Semakin ditekan, semakin degil Khalida hendak mengalah!

Lantas Khalida menyilang tangannya ke dada. Dia pandang penuh sinis ke Puan Emilia. Kecik besar dia perhatikan ibu mentuanya ini. Kalau bukan mengenangkan suaminya, memang sudah lama orang tua ini dikerjakan!

              "Baiklah. Kalau begitu biar saya bertanya dekat mama pula."

Kening Puan Emilia berkerut.

               "Kenapa mama persoalkan saya?Mama pernah tak tanya Grey sendiri?Kenapa kami tidak mempunyai anak sehingga sekarang, kenapa dia sentiasa sibuk?Kenapa dia jarang menjenguk mama?Kenapa saya sibuk cari duit?Cuba mama tanya ..Kalau mama nak anak kesayangan mama tu ingat mama, lawat mama...mama cuba tunjukkan sikit mama tu adalah ibu dia. Bukannya mama marah-marah dan mencari salah saya seorang..."beritahu Khalida dengan nada perlahan dan tenang bersahaja. Tiada sedikitpun riak marah di wajahnya.

               "Kamu nak mengajar mama?"

Khalida menggeleng.

Buang masa! Kalau dia mengajar bukannya boleh pandai. Malah sia-sia lagi adalah.

Bercakap dengan manusia seperti depannya ini ubatnya cuma satu je!

                 "Bukan mengajar. Tapi beritahu, mama. Walaupun saya isteri Grey, tidak bermakna saya perlu babysit dia 24/7 untuk tahu semua urusan dia. Sama seperti saya, Grey juga ada kerja dan urusannya sendiri. Mama perlu tahu tentang hal tu. Soal anak, bukannya saya tak cuba...sebenarnya dah cuba...kalau mama tak tahu apa-apa. Jangan buat anggapan sendiri...sebab takut salah malu nanti." tambahnya.
 
               "Kurang ajar kamu ya. Grey tiada boleh la kamu melawan kata. Sebab ini la dari awal mama tak berkenan dengan kamu tahu tak!Kurang ajar!Anak dari orang miskin ni memang tak ada adab ya?Tak ada otak!?"

             "Sudah Emilia!"Encik Baron menyampuk lagi. "Jangan melampau!"

            "Dah memang betul kan. Menantu awak ni memang tak guna!"

Dengusan kecil pun lepas dari Khalida. Masih tersenyum sinis, dia turunkan tangannya ke bawah.

Hah~~

Pedas!Tapi dia tak terasa.

            Nafasnya dihela panjang kerana berasa tenang. "Kalau tiada apa-apa lagi saya minta diri dahulu. mama..papa..selamat menjamu selera dan selamat malam.." tunduk Khalida selepas itu sebelum berpaling.

          "Tak payah balik sini semula pun tak apa!"teriak Bailey semasa Khalida berjalan keluar dari situ.

Jaime pandang tidak percaya dengan apa yang dilihat. Serius beritahu, dia tak suka akan Khalida! Harapkan aje muka cantik, perangai menyakitkan hati!Kan bagus kalau Grey tengok dan dengar semua tadi! Confirm Grey akan marahkan Khalida serta merta!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience