1.
Alunan lagu Mozart yang bergema dimainkan pemain piring hitam memecah keheningan pagi di rumah mewah banglo tiga tingkat. begitu merdu lagi menenangkan alunan tersebut menghiasi paginya. Sejenak dia termenung menikmati suasana tenang itu. Kemudian barulah Khalida mengemas semua nota dan kertas kerja lalu dimasukkannya ke dalam briefcase. Grey sudah bersiap hendak ke pejabat ketika Khalida ke dapur menyediakan air.
Khalida menyediakan sarapan pagi dan memasak lebih kurang untuk dibekalkan kepada Grey. Dia tidak mengharapkan orang gaji atau suaminya membeli di luar. Bagi Khalida air tangan sebagai seorang isteri itu lebih baik dan mengeratkan lagi hubungan mereka suami isteri. Dia bersyukur kerana Grey sendiri tidak banyak bersungut atas kesibukan kerja yang dialami walaupun dia jarang balik ke rumah kerana perlu hadiri kursus dan kerja di luar daerah.
Menjadi seorang Wanita yang bekerjaya bukan mudah untuk Khalida walaupun sudah lima tahun berkahwin dan tidak mempunyai anak untuk dijaga. Tetapi kesibukkannya itu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupannya. Tetapi oleh kerana Grey sendiri yang menggesa Khalida untuk terus bekerja dan merancang untuk tidak mempunyai anak lagi, Khalida menurut akan permintaan suaminya.
Adakala itu Khalida termenung sendiri juga. Yalah, walaupun dia ada nama, kerjaya yang bagus, hidup mewah tapi sedikit pun Khalida tidak berasa gembira seperti yang diimpikan. Tapi dia jalankan tugasnya sebagai isteri sebaik mungkin untuk membahagiakan suaminya Grey Lawson.
Usai menghidangkan sarapan barulah Khalida bersiap-siap untuk ke pejabat. Dia harus bersedia lebih awal kerana Grey tidak mempunyai masa untuk menunggu. Kalau lambat, alamatnya akan terkandas di kesesakan lalu lintas. Mereka berdua bekerja di syarikat berbeza. Kebetulan Khalida tidak boleh memandu. Jadi dia mengharapkan suaminya sahaja memandangkan mereka satu laluan sahaja. Walaupun syarikat telah menawarkan pemandu untuk Khalida, dia tetap memilih untuk Grey menghantar dia pergi dan balik kerja. Tapi bukan selalu Grey dapat menghantar atau menjemput dia balik. Ada masa tu Grey terlalu sibuk sampaikan Khalida ambil keputusan untuk pulang menaiki Uber atau teksi.
Khalida duduk menanti Grey setelah siap mengunci pintu rumah. Khalida masih ingat waktu dia awal-awal kerja. Suaminya selalu meleteri dirinya kerana sering lewat bersiap kerana Grey tertunggu-tunggu. Apabila masa berlalu, Khalida belajar untuk jadi isteri yang serba sempurna dan disukai Grey. Jadi dia bersiap awal dan lengkap ke semuanya sebelum mereka berdua bertolak ke tempat kerja masing-masing.
"Sayang!Berapa kali saya beritahu...saya kena masuk pejabat awal. Kalau awak selalu macam ni , saya kena pecat macam mana?"
"Sorry...saya terlupa letak dokumen sayang dekat mana tadi. itu yang lambat.."
Khalida menggeleng kepala bila teringat akan sikapnya yang dulu. Bukan main pemalas dan suka berlengah. Sekarang tidak lagi, dia sudah belajar untuk lebih peka dan cekap. Sebab dia tidak mahu Grey bosan dengan sikapnya. Jadi dia berubah ke arah lebih baik untuk senangkan hati suaminya.
"Saya ada meeting sekejap lagi. Nak menghantar sayang lagi...terkejar-kejar saya nanti.."
"Ya...ya...sorry la. Saya janji saya takkan buat lagi."
"Semalam sayang janji perkara sama dengan saya...masih lambat jugakkan.."
Kenangan pertengkaran dulu sering terlayar dan bermain di fikirannya. Itu dulu. Sekarang Grey banyak mendiamkan diri. Suaminya tidak seperti dulu. Kalau dulu rajin berkongsi cerita dan berbual dengan Khalida tentang semua perkara termasuk la budak dispatch jatuh motor pun dikisahkan sekali. Mungkin kerana kesibukan mereka juga la hubungan mereka tidak lagi seperti dulu.
Balik pun lewat, keletihan terus tertidur. Tidak sempat hendak berbual. Kalau ada antara mereka berdua akan outstation untuk jangka masa yang lama. Makin jarang la mereka luangkan masa untuk berbual atau bergaul.
Bersilih ganti datang dan pergi orang-orang dari Estet Black Oak tetapi mereka masih tetap di situ. Khalida cuba berkira-kira sama ada hendak bertanya bila mereka akan bertolak. Namun Grey di sebelah tempat pemandu khusyuk dengan telefon di tangan.
Beberapa hari saja lagi umur perkahwinan mereka akan masuk ke tahun kelima. Khalida dah merancang pelbagai pelan untuk hari istimewa mereka. Tak tahu la Grey pun begitu juga. Dia harap suaminya suka dengan kejutannya nanti.
"Awak...hari Jumaat ni boleh awak free kan jadual awak?"soal Khalida memandang tepi muka kacak suaminya dengan senyuman lebar di bibir.
"Untuk apa?"Grey tidak memandang Khalida. Lelaki itu sedang tekun memandang skrin telefon.
Mata Khalida pun gerak mengerling ke skrin telefon Grey ingin tahu apa yang buatkan suaminya tekun sangat dengan telefon itu sejak tadi. "Tak adalah...saya ingat nak ajak awak makan malam dengan sayang. Kalau boleh awak balik la awal..."tangan kanan suaminya yang ada di atas peha di genggam.
Barulah Grey mengangkat kepala. Dia pandang tangan yang Khalida genggam sebelum ke muka isterinya itu. "Sayang nak makan malam dengan saya?Tak ganggu jadual sayang ke?"keningnya berkerut sedikit.
Manja-manja Khalida menggeleng kepala sambil tersenyum. "Tak adalah...semuanya dah selesai pun. Sayang dah kosongkan jadual saya untuk awak je."
"Okay..."Grey mencubit lembut pipi Khalida sebelum bawa tangan yang Khalida genggam tadi lalu dikucup perlahan. "Saya pun rindu dengan sayang sebenarnya. Yalah...baru semalam sayang balik dari outstation...tak sempat nak luangkan masa dengan sayang lama-lama."
"Kan...sebab itu saya mintak awak kosongkan schedule dan balik awal jumaat esok. Okay?"
"Okay sayang...anything for you."akur Grey sebelum dia memegang gear console dan mula memandu keluar dari kawasan garaj menuju jalan raya.
Khalida di sebelah tidak lekang dari senyum telinga ke telinganya sepanjang perjalanan itu.
Share this novel